- Kempen Meraikan Produk Ikonik dan Saat Pemakaian Levi's® yang Tulen
SAN FRANCISCO, 1 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Jenama Levi's® hari ini telah mengumumkan pelancaran kempen jenama globalnya yang baharu, "Live in Levi's®," usaha pertama yang dibangunkan daripada kolaborasi kreatif tersuai khusus yang tersendiri antara FCB – Foote, Cone & Belding, The House Worldwide serta jenama Levi's®. Diilhamkan oleh jutaan kisah yang diceritakan pengguna tentang aktiviti yang mereka lakukan sambil menggayakan Levi's® mereka, kempen itu menjangkau platform digital dan platform sosial, TV, wayang dan juga bahan bercetak pada peringkat global sambil ia menyasarkan untuk melibatkan dan turut mengaktifkan para pengguna dengan mendalam melalui kejadian sebenar dan juga kejadian maya, serta pengalaman mudah alih dan pengalaman di dalam kedai.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140630/122946
Teras kempen baharu ini terdiri daripada keraian saat "Live in Levi's®" kehidupan sebenar – daripada janji temu pertama dan kelahiran cahaya mata pertama hingga kepada pertandingan rodeo dan juga pengembaraan selang setiap hari yang berlalu. Dengan memaparkan koleksi Musim Luruh 2014 baharu, kempen itu mengetengahkan seluar jeans kaki tirus Levi's® 511™ Slim serta seluar jeans tirus ketat Levi's® Revel™ untuk wanita, selain produk ikonik yang diolah semula seperti seluar jeans 501®, kemeja koboi dan juga jaket Trucker. Rangkaian baharu ini memberi penghormatan kepada semangat, butiran perincian serta hasil seni tangan untuk gaya asli seluar jeans tersebut yang digemari ramai.
"'Live in Levi's®' bukan sekadar kempen sahaja, malah turut merupakan arah baharu optimis yang memberi nafas baharu kepada jiwa jenama Levi's®. Tenaga, penceritaan serta seluar jeans ikonik yang menjadi teras usaha itu akan memperkukuh lagi apa yang penggemar setia Levi's® suka tentang jenama itu, dan bertindak untuk menarik para peminat baharu dari seluruh dunia. Kami meraikan semangat optimis abadi dan produk ikonik yang menjadikan jenama Levi's® kekal hebat dan relevan selamanya," kata Jennifer Sey, ketua pegawai pemasaran untuk jenama Levi's®. "Kami komited untuk meraikan ekspresi diri yang tulen serta produk yang mendefinisikan kategori yang menzahirkan ciri tersendiri dan ekspresi diri. 'Live in Levi's®' menegaskan dengan penuh yakin dan bangga yang pakaian Levi's® benar-benar untuk semua orang yang bukan sekadar sesiapa sahaja semata-mata."
Setelah lebih 140 tahun selepas seluar jeans biru dicipta – satu perkara sudah jelas. Pakaian Levi's® sememangnya digemari orang yang memakainya – daripada presiden, hinggalah bintang filem, petani kepada ikon fesyen, usahawan dan juga orang biasa. Kempen ini menyasarkan untuk menawan semangat jenama ikonik itu yang sudah lama menjelmakan kejadian tertentu selama zamannya.
"Ketulenan berada pada teras jenama itu. Levi's® telah mencipta seluar jeans biru manakala 'Live in Levi's®' pula mengabadikan makna yang terhasil daripada pemakaiannya," kata Eric Springer, Ketua Pegawai Kreatif FCB Barat. "Kempen ini menunjukkan semangat keriangan yang boleh tersebar kepada semua orang jika hidup dinikmati tanpa keraguan. Levi's® anda umpama teman setia anda sambil anda menjalani kehidupan."
Di barisan hadapan kempen "Live in Levi's®" ini pendekatan digital yang inovatif, yang berperanan untuk melibatkan dan turut mengaktifkan komuniti global peminat Levi's® yang meluas berkisarkan pengalaman berkongsi mereka. Filem sosial yang memaparkan kisah orang ramai dan produk yang tidak dapat diceritakan oleh jenama lain akan dilancarkan pada awal bulan Ogos. Filem untuk tayangan televisyen dan wayang itu, diarahkan oleh Fredrik Bond, dan memaparkan lagu oleh pemuzik rock blues bersuara serak Jamie N. Commons, meraikan individu yang menikmati hidup dan berseronok ketika memakai produk Levi's® mereka dan akan ditayangkan bermula lewat bulan Julai di layar perak seluruh dunia.
Kempen luar dan bercetak yang berwarna-warni telah ditangkap oleh Jason Nocito dan berjaya mengabadikan kegembiraan tanpa tolok banding serta keyakinan yang tidak goyah. Dengan slogan iklan seperti "Untuk semua orang yang bukan sekadar sesiapa sahaja semata-mata" dan "Tampak hebat untuk apa yang anda bakal alami" berada di pusat kempen itu. Pada bulan Ogos, cawangan cetak fesyen, muzik, sukan serta budaya akan memaparkan koleksi Musim Luruh 2014 baharu. Tambahan lagi, pengiklanan kreatif luar akan mula dijalankan pada lewat bulan Julai dalam pasaran utama termasuk: New York, San Francisco, London, Paris, Berlin, Shanghai, Hong Kong, Bandar Mexico, Mumbai dan juga Tokyo serta bandar utama lain pada peringkat global.
LATAR BELAKANG FCB
Dengan kepakaran komunikasi selama lebih 140 tahun, rangkaian sedunia FCB merangkumi 150 cawangan di 90 negara, dengan lebih 8,000 orang, dan merupakan sebahagian daripada Interpublic Group of Companies (NYSE:IPG). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.fcb.com. Ikuti kami di Twitter dan Instagram (@FCBglobal) serta Facebook (FCB Global).
LATAR BELAKANG THE HOUSE WORLDWIDE
The House Worldwide dilancarkan pada bulan Mac 2013, membawa ke pasaran rangkaian komunikasi global yang tersendiri. Bakat berpengalaman, yang didatangkan daripada semua saluran dan kepakaran komunikasi, menawarkan penyelesaian kreatif yang strategik dan bertaraf dunia kepada para pelanggan dengan perkhidmatan persendirian peringkat tinggi.
Perkongsian sedang diwujudkan dengan beberapa syarikat komunikasi yang paling inovatif di dunia termasuk Digital Luxury Group, CumminsRoss, Red 212, ChinaMADRID, Kitchen 8, Change, Prime PR, PATH, ToscaHouse, Noah London, Rhino Worldwide dan juga Equizone Global. Rangkaian itu telah mewujudkan kempen merentasi semua saluran untuk jenama penjagaan rambut berkelas tinggi yang ikonik ghd, jenama kereta mewah Maserati serta jenama champagne Laurent-Perrier. Pada suku pertama tahun 2014, ia berjaya memuktamadkan beberapa perjanjian perniagaan baharu termasuk untuk komunikasi pemasaran global Levi's; syarikat komputer peribadi nombor satu dunia, Lenovo; dan juga peruncit UK Argos. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.thehouseworldwide.com.
LATAR BELAKANG JENAMA LEVI'S®
Jenama Levi's® ialah contoh unggul gaya Amerika klasik dan gaya hebat yang ringkas. Sejak ciptaannya oleh Levi Strauss & Co. pada tahun 1873, seluar jeans Levi's® sudah menjadi jenama pakaian yang paling dikenali dan paling banyak ditiru di seluruh dunia – menawan imaginasi dan kesetiaan orang ramai selama beberapa generasi. Hari ini, portfolio jenama Levi's® terus berevolusi menerusi semangat rintis dan inovatif yang tidak jemu-jemu dan tiada tandingan dalam industri pakaian. Rangkaian jeans dan aksesori kami yang menerajui pasaran boleh didapati di lebih 110 negara, membenarkan individu seluruh dunia mengekspresikan gaya mereka yang tersendiri. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang jenama Levi's®, produk dan kedainya, sila lawati levi.com.
LATAR BELAKANG LEVI STRAUSS & CO.
Levi Strauss & Co. ialah salah satu syarikat pakaian berjenama terbesar di dunia dan peneraju global dalam pakaian jeans. Syarikat itu mereka bentuk dan turut memasarkan jeans, pakaian santai serta aksesori berkaitan untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak di bawah jenama Levi's®, Dockers®, Signature by Levi Strauss & Co.™ dan Denizen®. Produknya dijual di lebih 110 negara seluruh dunia melalui kombinasi pekedai rantaian, gedung membeli-belah, laman dalam talian serta jejak global sebanyak kira-kira 2,800 cawangan kedai dan kedai dalam kedai. Hasil bersih fiskal tahun 2013 yang telah dicatatkan Levi Strauss & Co. adalah $4.7 bilion. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila ke http://levistrauss.com.