omniture

JAM TANGAN MEKANIKAL ISTIMEWA DARIPADA HUBLOT MELAKUKAN PENAMPILAN SULUNG LIGA PERDANANYA

Hublot SA
2023-10-10 16:00 0

NYON, Switzerland, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Musim Liga Perdana sekali lagi akan berlangsung yang bakal menggembirakan jutaan para peminat bola sepak di seluruh dunia. Hublot Loves Football dan kami tidak dapat melepaskan peluang ini untuk mengeluarkan edisi terhad baharu bagi meraikan kembalinya pertandingan bola sepak yang paling kompetitif dan menarik- dengan memperkenalkan Classic Fusion Chronograph Premier League.

Classic Fusion Chronograph Premier League
Classic Fusion Chronograph Premier League

Pelancaran Classic Fusion Chronograph Premier League menunjukkan komitmen Hublot terhadap permainan yang menarik, kerjasama terbesar yang pernah dilakukan oleh sebuah jenama jam tangan dan perhubungan dengan sukan bola sepak yang telah menjadi semakin kukuh sejak ia bermula pada tahun 2006.

Sebagai penjaga masa rasmi Liga Perdana sejak tahun 2020, Hublot sentiasa menjadi penyokong setia liga bola sepak yang paling popular ini di dunia. Liga Perdana disiarkan ke 900 juta buah rumah di 189 buah negara dan diikuti oleh 1.66 bilion orang yang berinteraksi sekurang-kurangnya setiap minggu melalui media.

Tetapi sesebuah kisah hanya patut diceritakan jika ia memberi manfaat kepada masa kini, atau sememangnya kepada masa depan. Oleh itu, Hublot akan mengumpulkan para dutanya yang hebat dan ikon kontemporari permainan ini pada 8 dan 9 Oktober untuk sebuah acara yang unik sebagai sebahagian daripada perlawanan Arsenal vs. Manchester City.

Perlawanan peringkat teratas, liga bola sepak paling berprestij di dunia dan tetamu bola sepak legenda… Apa lagi yang diperlukan oleh Hublot bagi melancarkan satu rangkaian eksklusif? Dengan bilangan yang terhad iaitu hanya 100 unit yang bernombor secara individu, Classic Fusion Chronograph Premier League merupakan bukti Hublot yang bersemangat kepada semua peminat Liga ini dan juaranya yang terhebat. Ia ialah kronograf mekanikal pertama yang pernah dicipta oleh Hublot untuk Liga Perdana.

Mengikuti jejak langkah Big Bang e yang telah dicipta untuk Liga Perdana pada tahun 2020, Classic Fusion Chronograph Premier League turut memaparkan warna ungu pekat tersendiri yang menghiasi tali dan dail yang memaparkan dua pembilang Classic Fusion yang ikonik. Pada pukul 3, pembilang yang menunjukkan saat disentuh oleh singa bermahkota ikonik yang menjadi lambang kebanggaan Liga Perdana. Singa bermahkota ini juga boleh ditemui pada kaca belakang dan di atas nombor individu kepunyaan setiap daripada 100 pemilik yang bertuah. Ini merupakan sebuah karya untuk para pengumpul yang berpendapat bahawa semangat, tradisi, prestasi dan kecemerlangan adalah seiring.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2240577/Hublot_SA_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2240578/Hublot_SA_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2240579/Hublot_SA_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920991/Hublot_Logo.jpg?p=medium600

Classic Fusion Chronograph Premier League
Classic Fusion Chronograph Premier League

 

Classic Fusion Chronograph Premier League
Classic Fusion Chronograph Premier League

 

Source: Hublot SA
Keywords: Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sporting Events Sports New products/services