omniture

MXT Global Umumkan Perkongsian Strategik dengan Vantage FX

MXT Global
2014-07-02 02:14 143

SYDNEY, 2 Julai 2014  /PRNewswire/ -- Penyedia khidmat Forex Australia, MXT Global, telah mengumumkan perkongsian strategik dengan syarikat khidmat kewangan yang memenangi anugerah, Vantage FX. Perkongsian dua syarikat ini akan mewujudkan operasi yang lebih besar, digabungkan dengan sumber yang luas serta modal kedua-dua firma itu. Setiap jenama dagangan akan terus beroperasi seperti biasa, namun dengan rangsangan tambahan produk serta khidmat baharu.

Para pelanggan sedia ada MXT Global dan Vantage FX akan terus menjalankan urusniaga dengan jenama, akaun serta platform masing-masing. Perubahan terbaharu akan melibatkan peniaga Vantage FX yang kini boleh mendapatkan produk MXT Global iaitu Emas/AUD, Perak/AUD, Platinum, Palladium dan juga USD/CNH. Para pelanggan Vantage FX boleh mendapatkan produk baharu ini dengan segera melalui platform MT4 Vantage FX.

Gabungan MXT Global dan Vantage FX akan membawakan secara bersama dua syarikat yang saling melengkapi dalam sektor Forex serta dagangan. MXT Global telah memantapkan kedudukannya dalam pasaran Asia untuk dagangan Forex dengan dipilih sebagai Broker Forex Paling Telus di Ekspo CIOT, Shanghai, China pada tahun ini. Tahun lalu, MXT Global telah diiktiraf secara rasmi oleh APFIA atas usaha mewujudkan hubungan Australasia, serta dipilih sebagai Broker Berkembang Paling Pantas menerusi Anugerah Australia. Vantage FX pula telah terbukti popular pada peringkat antarabangsa menerusi pelbagai inovasi termasuk menjadi penyedia pertama bagi Pilihan Perduaan dan dagangan Forex pada satu platform MT4. Perkongsian ini akan meningkatkan capaian Vantage FX ke dalam Asia dengan khidmat pelanggan dan sebaran yang memenangi anugerah sejak sekian lama.

Kedua-dua syarikat Australia ini telah menyatakan objektif bersama untuk terus menyediakan khidmat pelanggan yang unggul, penyelesaian teknologi inovatif serta tawaran peniaga dan kadar yang kompetitif. "Kami menanti era baharu ini bersama Vantage FX. Kombinasi sumber ini akan dilaburkan bagi meningkatkan tawaran perkhidmatan dan pelanggan," ujar Pengarah Urusan MXT Global, Reiji Onizawa.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut

Hubungi: Natalie German
Talian: 1300 858 952
E-mel: natalie.german@mxtglobal.com
Laman web: http://www.mxtglobal.com

Source: MXT Global
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers