- Kajian menggunakan sistem Mamografi 3D Hologic adalah yang terbesar setakat ini, melibatkan 139 doktor daripada 13 tapak berasaskan komuniti dan tapak akademik A.S.
BEDFORD, Massachusetts, 2 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Hologic, Inc. (NASDAQ: HOLX) hari ini telah mengumumkan kajian pemecah kebiasaan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) isu 25 Jun 2014, mendapati teknologi penapisan Mamografi 3D (tomosintesis payudara) Hologic menemui secara signifikan lebih banyak barah invasif berbanding mamogram tradisional. Para penyelidik itu juga mendapati mamografi 3D mengurangkan bilangan wanita yang dipanggil semula untuk ujian yang tidak perlu disebabkan oleh keputusan palsu. Ini mengurangkan keresahan, serta kos penjagaan kesihatan.
Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7254154-hologic-3d-mammography-systems-increases-breast-cancer-detection-jama
Kajian itu, "Penapisan Barah Payudara Menggunakan Tomosintesis Digabungkan dengan Mamografi Digital," telah diketuai oleh Sarah M. Friedewald, doktor perubatan di Pusat Payudara Caldwell, Hospital Besar Advocate Lutheran di Park Ridge, Illinois.[1] Sejumlah 454,850 pemeriksaan (281,187 mamogram konvensional dibandingkan dengan 173,663 ujian mamografi 3D) telah dimasukkan dalam kajian itu.
Beberapa penemuan signifikan yang didapati termasuklah:
"Kajian 3D JAMA ini mengesahkan penemuan kajian yang diterbitkan sebelum ini tetapi dalam skala yang jauh lebih besar," kata Peter J. Valenti III, Presiden Divisyen Hologic, Penyelesaian Kesihatan Payudara dan Rangka. "Kajian ini menangani dua kerisauan yang paling kerap dipetik dengan penapisan barah payudara – kami menemui terlalu banyak barah yang tidak perlu dirawat dan terlalu ramai wanita dipanggil semula untuk ujian tambahan yang tidak perlu. Setiap keputusan yang diukur adalah signifikan daripada segi statistik dan mengukuhkan lagi manfaat Mamografi 3D Hologic dalam menangani semua cabaran ini."
Lima hospital akademik yang menerajui bidangnya telah turut serta dalam kajian ini: Hospital Besar Massachusetts; Fakulti Perubatan Universiti Yale di Connecticut; Pusat Perubatan Kes Hospital Universiti di Ohio; Rangkaian Penjagaan Kesihatan Albert Einstein, dan juga Fakulti Perubatan Perelman Universiti Pennsylvania di Pennsylvania.
Lapan tapak berasaskan komuniti yang turut serta dalam kajian ini: Pusat Payudara Caldwell Hospital Besar Advocate Lutheran di Illinois; Pusat Payudara Menyeluruh TOPS di Texas; Washington Radiology Associates, PC di Washington, DC; Radiology Associates Hollywood dan Sistem Penjagaan Kesihatan Memorial di Florida; Pusat Payudara Evergreen Health serta Radia Inc, PS di negeri Washington; Institut Kesihatan Payudara Edith Sanford di Dakota Selatan; Pusat Payudara Invision Sally Jobe dan Radiology Imaging Associates di Colorado; serta Pusat Penyelidikan dan Kesihatan Payudara John C. Lincoln di Arizona.
Latar belakang Mamografi 3D Hologic:
Walaupun mamografi digital (2D) dianggap sebagai salah satu teknologi penapisan kanser payudara yang paling canggih pada masa kini, ia hanya menyediakan gambar dua dimensi untuk payudara. Payudara ialah objek tiga dimensi yang terdiri daripada struktur berbeza, seperti saluran darah, kelenjar susu, lemak, serta ligamen. Semua struktur ini, yang terletak pada ketinggian berbeza dalam payudara, boleh bertindih dan menyebabkan kekeliruan apabila dilihat daripada segi imej dua dimensi yang leper. Kekeliruan tisu yang bertindih ini ialah punca utama mengapa barah payudara kecil boleh terlepas daripada pandangan manakala tisu normal pula kelihatan tidak normal, lalu menyebabkan panggilan semula yang tidak perlu.
Mamografi 3D Hologic ialah sistem mamografi 3D pertama dan buat masa kini, satu-satunya sistem yang diperakui FDA di AS. Dalam banyak kajian klinikal, ia terbukti dapat meningkatkan secara signifikan pengesanan barah payudara invasif sambil mengurangkan kadar panggilan semula merentasi semua populasi pesakit dan ketumpatan payudara. Teknologi ini telah diluluskan untuk penapisan dan diagnosis barah payudara di AS pada bulan Februari 2011 dan sudah boleh didapati di negara yang mengiktiraf tanda CE sejak tahun 2008. Teknologi mamografi 3D Hologic sedang digunakan di kesemua 50 negeri dan di lebih 50 negara.
Kira-kira 6 juta wanita di AS akan ditapis menggunakan teknologi ini pada tahun 2014. Hologic mempunyai lebih 1,100 sistem mamografi 3D dipasang di AS. Pencari tapak Mamografi 3D Hologic boleh didapati di www.3Dmammography.com.
Latar belakang Hologic, Inc.:
Hologic, Inc. ialah pembangun, pengeluar, serta pembekal yang menerajui untuk produk diagnostik, sistem pengimejan perubatan dan juga produk pembedahan premium. Syarikat itu mengendalikan empat unit perniagaan teras yang bertumpu pada kesihatan payudara, diagnostik, pembedahan GYN, dan kesihatan rangka. Dengan set teknologi yang menyeluruh serta program penyelidikan dan pembangunan yang mantap, Hologic komited untuk menambah baik kehidupan. Syarikat itu beribu pejabat di Massachusetts. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.hologic.com.
Penafian Kenyataan Pandang ke Hadapan:
Siaran Berita ini mungkin mengandungi maklumat pandang ke hadapan yang melibatkan risiko dan ketidakpastian, termasuk kenyataan tentang penggunaan teknologi Mamografi 3D (tomosintesis payudara) Hologic. Produk ini tidak dijamin akan menghasilkan keputusan seperti yang digambarkan dalam sini dan sama ada keputusan itu boleh didapati semula dalam apa-apa cara yang khusus berhubung dengan seorang pesakit individu kerana kesan sebenar penggunaan produk itu hanya boleh ditentukan berdasarkan kes demi kes, yang berbeza bergantung pada keadaan yang khusus serta pesakit tersebut. Hologic menafikan sekeras-kerasnya sebarang tanggungjawab atau usaha untuk menyiarkan kepada umum sebarang kemas kini atau semakan semula terhadap sebarang kenyataan yang dinyatakan dalam sini bagi mencerminkan perubahan jangkaan atau apa-apa perubahan kejadian, situasi atau keadaan yang menjadi asas untuk sebarang data atau kenyataan sebegitu.
Hubungi:
Pelabur Deborah R. Gordon Naib Presiden, Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Korporat +1-781-999-7716
Al Kildani Pengarah Kanan, Perhubungan Pelabur +1-858-410-8653 |
Media Jim Culley Pengarah Kanan, Komunikasi Korporat +1-781-999-7583
Marianne McMorrow Pengurus, Komunikasi Korporat +1-781-999-7723 |
[1] Friedewald SM, Rafferty EA, Rose SL, Durand MA, Plecha DM, Greenberg JS, Hayes MK, Copit DS, Carlson KL, Cink TM, Barke LD, Greer LN, Miller DP, Conant EF. Breast Cancer Screening Using Tomosynthesis in Combination with Digital Mammography. JAMA. 25 Jun 2014