omniture

Singapore Jewellery & Gem Fair Dengan Bangganya Mempersembahkan Koleksi Terbesar Barangan Kemas Halus Pada Oktober ini di Marina Bay Sands

Singapore Jewellery & Gem Fair 2014
2014-07-02 08:34 198

Lebih 300 peserta pameran dari 30 negara akan menarik pengunjung terhadap kemewahan dan peluang tanpa batasan

SINGAPURA, 2 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Selepas kejayaan kemunculan awalnya pada tahun 2013, Singapore Jewellery & Gem Fair akan diadakan sekali lagi bermula pada 23 hingga 26 Oktober di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands. Sebagai pameran barangan kemas halus terbesar di rantau ini, acara selama empat hari ini akan dimeriahkan dengan para pengeluar dan pemborong barangan kemas halus antarabangsa yang akan memaparkan pelbagai pilihan barangan kemas paling indah dan reka bentuk yang direka dengan begitu teliti dari seluruh dunia.

Tahun lalu, Singapore Jewellery & Gem Fair melibatkan 283 peserta pameran dari 28 negara dan telah berjaya menarik sejumlah 8,739 pengunjung dari 70 negara dan wilayah, menjadikannya pameran serantau berskala terbesar seumpamanya. Pada tahun ini, pameran ini dijangka akan melibatkan lebih 300 peserta pameran terkemuka dari 30 negara dan wilayah. Kini, peserta pameran yang telah mengesahkan penyertaan mereka dari negara dan wilayah berasal dari Belgium, Jerman, Hong Kong, Israel, Itali, Jepun, Switzerland, Taiwan, Thailand, AS dan juga Singapura. Para peserta pameran membekalkan barangan kemas dan batu permata kepada beberapa jenama antarabangsa dengan reputasi terbesar di dunia, selain kedai barangan kemas. Mereka akan turut mempamerkan berlian dan mutiara yang bernilai tinggi, batu berharga serta permata yang indah, barangan kemas yang jarang ditemui dan tersendiri, jam tangan luar biasa dan pelbagai lagi koleksi lain yang mempesona untuk para pengunjung. Pameran tersebut akan turut melibatkan tukang emas dan pengumpul terkenal yang ingin mendapatkan barangan kemas serta batu permata yang paling diidamkan dari serata dunia.

UBM telah memilih untuk menjadi hos pameran ini di Singapura atas kebolehan negara itu untuk menjadi bandar Asia yang dijangka mempunyai bilangan individu tertinggi dengan nilai bersih tinggi (HNWI) menjelang tahun 2023 serta pandangan optimistik bagi pasaran barangan kemas. Menurut JewelleryNetAsia, portal dagangan B2B (perniagaan-ke-perniagaan) utama di Asia untuk ahli profesional yang terlibat dalam industri barangan kemas dan permata, jualan barangan kemas di Singapura dijangka memperlihatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2 hingga 3 peratus bagi tiga tahun akan datang iaitu mencecah AS$2.9 bilion, atau S$3.7 bilion, menjelang tahun 2017.

Pameran tersebut juga akan membuka peluang yang tiada tandingan untuk memasuki pasaran barangan kemas yang kian berkembang pesat di Asia. Sebagai contoh, Indonesia, salah satu pengeluar terbesar mutiara putih Laut Selatan, merupakan penyumbang penting kepada industri mutiara pada peringkat global. Thailand pula yang terkenal sebagai pengeluar utama batu permata di dunia, telah mengeksport batu permata dengan nilai mencecah $757.02 juta pada tahun 2013, peningkatan sebanyak 23.82 peratus berbanding pada tahun 2012 iaitu $611.39 juta.

"Singapore Jewellery & Gem Fair merupakan pameran barangan kemas halus yang paling penting di Asia Tenggara. Ia menampilkan persekitaran pasaran yang jelas untuk para pembeli bagi mendapatkan barangan kemas halus yang terbaik. UBM amat komited untuk berkhidmat kepada industri barangan kemas dunia dengan membuka peluang perniagaan, perdagangan dan juga pelaburan di pameran ini, dengan memanfaatkan pengalaman kami yang luas dalam menganjurkan pameran barangan kemas utama di serata dunia," kata Paul Wan, Pengarah Urusan, UBM Media (Singapura) Pte Ltd, penganjur acara tersebut.

Latar Belakang Singapore Jewellery & Gem Fair

Disahkan secara eksklusif oleh Persatuan Tukang Emas Singapura dan Pertukaran Berlian Singapura, Singapore Jewellery & Gem Fair merupakan pameran barangan kemas halus terbesar di Singapura dan rantau ini, dengan penyertaan lebih 300 peserta pameran dari 30 negara yang menyasarkan populasi nilai bersih tinggi yang paling pantas berkembang di rantau ini. Pameran ini dianjurkan oleh UBM Media (Singapura) Pte Ltd, salah satu ahli UBM Asia, penganjur pameran barangan kemas antarabangsa paling profesional pada peringkat global, termasuklah pameran barangan kemas halus nombor satu di dunia, September Hong Kong Jewellery & Gem Fair, yang berjaya menarik kehadiran lebih 3,630 peserta pameran dan lebih 52,000 pembeli. UBM Asia turut menganjurkan beberapa pameran barangan kemas di Shenzhen, Hangzhou serta Shanghai di tanah besar China; Chennai, Delhi, Gujarat, Hyderabad, Kolkata dan juga Mumbai di India; Jepun; Istanbul di Turki; Taiwan, Freiburg di Jerman; serta Moscow dan St Petersburg di Rusia.

Latar Belakang UBM Asia (www.ubmasia.com)

Dimiliki oleh UBM plc dan disenaraikan dalam Bursa Saham London, UBM Asia merupakan penganjur pameran yang menerajui di Asia dan penganjur komersil terbesar di tanah besar China, India serta Malaysia. Ditubuhkan dengan ibu pejabat di Hong Kong berserta beberapa syarikat subsidiari di seluruh Asia dan juga AS, UBM Asia mempunyai jaringan global yang mantap dengan 30 pejabat serta 1,300 kakitangan di 24 bandar utama. Kami beroperasi dalam 20 sektor pasaran dengan 230 pameran serta persidangan, 23 penerbitan dagangan, 20 produk dalam talian untuk lebih 1,000,000 peserta pameran berkualiti, pengunjung, delegasi persidangan, pengiklan serta pelanggan dari serata dunia.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140623/8521403492LOGO
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2010/04/19/20100419602891.jpg

Source: Singapore Jewellery & Gem Fair 2014
Related Stocks:
LSE:UBM OTC:UBMPY
Keywords: Fashion Jewelry Retail Trade show news