LONDON, 2 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pada 30 Jun, La Roca Village - yang berhampiran dengan tempat menjamu selera terkenal di Barcelona yang dipenuhi hasil seni bina arkitek Gaudí - akan mengadakan sambutan Mediterranean yang meriah untuk sembilan pereka baru muncul yang menguja dari Sepanyol, dengan menjadi hos kepada butik pop-up Barcelona Designers' Collective. Dipilih dengan teliti oleh juri pakar, koleksi baharu dan menarik ini mula dijual bermula pada Julai hingga Oktober sebagai sebahagian daripada Barcelona Designers' Collective, yang pada tahun ini merupakan hasil kolaborasi dengan Consorci de Comerç, Artesania i Moda – Perdagangan, Kraf serta Konsortium Fesyen Catalonia dan Lembaga Pelancongan (ACT).
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/71400569-georgina-chapman-launches-barcelona
La Roca Village amat teruja untuk mengumumkan duta bagi tahun ini Georgina Chapman, pereka dan pengasas bersama jenama fesyen mewah Marchesa – kegemaran artis permaidani merah seperti Penélope Cruz, Rihanna, Jennifer Lopez dan Blake Lively. Cik Chapman akan menghadiri majlis pelancaran butik Barcelona Designers' Collective di samping para pereka fesyen baharu dan juga panel hakim. Sebagai sebahagian daripada sambutan meriahnya, pusat membeli-belah Village ini akan menganjurkan jelajah warisan jenama Eropah Terbaik sepanjang musim panas – yang membuka peluang untuk meneroka bidang tersebut dengan sebaik mungkin: dengan menaiki basikal klasik gaya retro Martone Cycling Co., mencuba juadah dan muzik yang menarik bagi mengenali budaya Mediterranean dengan mudah.
Baru-baru ini, La Roca Village telah meraikan pelancaran perluasan 40 butik baharu yang kini dipenuhi dengan beberapa jenama peneraju dari Sepanyol dan jenama peneraju antarabangsa termasuk Missoni, Baldinini, Hour Passion, Oro Gold, Fossil, Becara, Aristocrazy, Wolford, Vilebrequin, Salomon serta Liu-Jo. Bersempena dengan bermulanya Minggu Fesyen Barcelona 080 pada 1 Julai ini, La Roca Village akan menawarkan pengalaman hebat pada musim panas ini untuk para pengunjung.
Latar Belakang La Roca Village
La Roca Village, salah satu Pusat Membeli-Belah Chic Outlet Shopping® oleh Value Retail, terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Barcelona dan menawarkan pengalaman membeli-belah di kedai beli-belah mewah yang eksklusif. Dengan lebih 140 kedai butik yang menyediakan fesyen dan kemewahan untuk kediaman, La Roca Village menawarkan koleksi pilihan tersendiri jenama dari Sepanyol dan jenama antarabangsa musim sebelumnya dengan penjimatan sehingga 60 peratus mengikut harga runcit yang disyorkan, enam hari setiap minggu dan sepanjang tahun. Diesel, Escada, Furla serta Hugo Boss merupakan beberapa jenama antarabangsa yang ditawarkan, berserta butik pereka fesyen dari Sepanyol termasuklah Camper, Lupo dan juga Pretty Ballerinas. Set perkhidmatan pula termasuk khidmat bantuan harian Shopping Express® dari Barcelona dan Costa Brava, Pusat Maklumat Pelancong dan pengalaman beli-belah secara peribadi turut disediakan. Dengan pelbagai pilihan restoran dan café, Pusat Membeli-Belah tersebut telah menjadi destinasi untuk para pelancong yang ingin mengalami pengalaman beli-belah dan riadah yang menyeronokkan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari LaRocaVillage.com
Latar Belakang Chic Outlet Shopping®
Chic Outlet Shopping® ialah kedai beli-belah berkonsep tersendiri yang dicipta oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus dalam pembangunan dan operasi destinasi kedai beli-belah mewah, Koleksi Pusat Membeli-Belah Chic Outlet Shopping®. Pusat Membeli-Belah ini menawarkan koleksi fesyen mewah terkenal dan jenama gaya hidup musim sebelum ini dengan penjimatan sehingga 60 peratus dan mungkin lebih, menurut harga runcit yang disyorkan, sepanjang tahun. Terletak berdekatan bandar gerbang utama kegemaran Eropah – London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich, serta Suzhou di China – Pusat Membeli-Belah ini terkenal dengan fesyen berkualiti, khidmat dan hospitaliti yang hebat, beberapa acara sambutan dan berbaloi dengan harga. Terletak di wilayah yang terkenal dengan budaya dan sejarahnya, Pusat Membeli-Belah ini telah menjadi destinasi pelancongan antarabangsa yang tersendiri. Usaha Value Retail – Value Retail China – membawakan konsep Chic Outlet Shopping® tersendiri ke China dengan Pusat Membeli-Belah pertama – Suzhou Village yang terletak di bandar bersejarah Suzhou, 50 batu di bahagian barat Shanghai – dibuka pada Mei 2014. Pusat Membeli-Belah kedua oleh Value Retail China, Shanghai Village akan ditempatkan di Zon Pelancongan dan Tempat Peranginan Antarabangsa Shanghai (SITRZ), termasuk Shanghai Disney Resort yang akan dibuka pada musim luruh 2015. Bagi anggota lain Koleksi Pusat Membeli-Belah Chic Outlet Shopping®, Suzhou Village dan Shanghai Village akan menawarkan fesyen mewah antarabangsa serta jenama gaya hidup berserta khidmat yang tiada tandingan dan juga akan menjadi destinasi pelancongan beli-belah yang paling penting di Asia.
La Roca Village
Pengurusan Value Retail La Roca, S.L. La Roca Village, Santa Agnès De Malanyanes 08430 La Roca Del Vallès, Barcelona
Domicilio social: La Roca Village, 08430 La Roca Del Vallès, Barcelona.
Registro Mercantil de Barcelona - Tomo 28182 - Folio 154 - Hoja B 133 012 - Inscripción 1a - CIF B 608 55 012
TEL +34-93-842-39 00 - FAKS +34-93-842-30-59
http://www.LaRocaVillage.com | http://www.ChicOutletShopping.com
Sarah Bartlett
SBartlett@ValueRetail.com
Tel: +44-1869-366-255
http://www.ValueRetail.com
Video:
http://www.multivu.com/mnr/71400569-georgina-chapman-launches-barcelona