MOSCOW, 2 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Barisan pakar di Yayasan Antarabangsa untuk Pentadbiran Lebih Baik (IFBG) telah mengalu-alukan usul Kerajaan Rusia untuk pemantauan bersama titik penting di sempadan Rusia-Ukraine hari ini sebagai langkah penting untuk menormalkan situasi di Ukraine. IFBG mengalu-alukan inisiatif ini sebagai tindakan penting untuk menyokong program keamanan untuk rantau yang bergolak itu, dan mewujudkan persekitaran agar perbincangan dan rundingan lebih lanjut boleh meleraikan konflik itu.
Berikutan perbincangan antara pemimpin Perancis, Jerman, Rusia dan juga Ukraine, Menteri Hubungan Luar Rusia Sergey Lavrov telah mengumumkan usul Rusia untuk kolaborasi dipertingkat dengan perwakilan kawalan sempadan Ukraine dan pemerhati Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE). Usaha sebegitu akan membantu meningkatkan ketelusan dan sokongan bagi proses keamanan ini.
"Kami akan bersedia untuk membentangkan lakaran kasar resolusi kepada Majlis Kekal OSCE tidak lama lagi, yang membenarkan penugasan pemerhati OSCE di tempat pemeriksaan sempadan Rusia, yang dijangka akan menjamin kawalan terhadap ketelusan mereka dan untuk menunjukkan tempat pemeriksaan sempadan ini bukan digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang," kata Sergey Lavrov.
Di bawah usul itu Rusia akan membenarkan perwakilan Ukraine untuk hadir di semua tempat pemeriksaan sempadan di belah Rusia. Kedua-dua pemerhati OSCE dan perwakilan Ukraine boleh hadir di semua tempat pemeriksaan sempadan Rusia yang tidak dikawal dari belah bertentangan oleh pengawal sempadan Ukraine. Jemputan kepada pengawal sempadan Ukraine dan pemerhati OSCE ini akan dibuka dengan syarat gencatan senjata masih dilaksanakan.
Menurut IFBG, rancangan itu tanda muhibah yang dialu-alukan daripada pihak Rusia dan menegaskan lagi komitmen negara itu untuk proses keamanan di Ukraine.
Inisiatif ini diharap akan terbukti sebagai salah satu daripada pelbagai usaha yang menunjukkan kolaborasi berbilang hala bagi menyokong proses keamanan Ukraine dan akhirnya dapat membolehkan negara itu menyediakan persekitaran yang stabil dan menyokong rakyatnya.
Pelaksanaan praktikal dijangka akan dilakukan tidak lama lagi. Menurut En. Lavrov, Rusia menjangkakan proses rundingan akan "bermula dengan secepat mungkin antara perkhidmatan pengawal sempadan Rusia dan Ukraine agar dapat mempersetujui parameter bagi kehadiran pemantau pengawal sempadan Ukraine di tempat pemeriksaan Rusia."