omniture

JS Global Ganding Bahu dengan Concepcion Industrial Corporation Bawakan Perkakas Rumah Inovatif ke Filipina

JS Global Lifestyle
2023-10-11 14:16 109

HONG KONG, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- JS Global Lifestyle Company Limited (HKEx: 1691.HK) ("JS Global" atau "Kumpulan"), kumpulan perkakas rumah kecil yang terkemuka di dunia dengan tiga jenama utama: Shark, Ninja dan Joyoung, dengan sukacitanya mengumumkan subsidiarinya, JS Global Trading HK Limited telah menjalin kerjasama strategik dengan Concepcion Industrial Corporation ("CIC") untuk pengedaran eksklusif produk-produk berjenama "Shark" dan "Ninja" di Filipina.

Shark dan Ninja merupakan jenama-jenama yang diiktiraf di peringkat global yang menawarkan penyelesaian gaya hidup 5-bintang kepada pengguna di seluruh dunia melalui produk perkakas rumah yang inovatif. JS Global percaya bahawa gabungan kekuatan antara CIC dan JS Global APAC bukan sahaja akan membawakan produk Shark dan Ninja yang inovatif dan bertumpukan pelanggan kepada pengguna Filipina, bahkan turut membuka peluang baharu untuk jenama-jenama Shark dan Ninja. Ia juga menandakan satu langkah penting dalam komitmen Kumpulan ini untuk berkembang ke pasaran APAC dan menguasai bahagian pasaran yang lebih besar.

Pengenalan produk-produk berjenama Shark dan Ninja ke pasaran Filipina bersedia untuk merevolusikan pendekatan pengguna terhadap penyelenggaraan rumah dan memasak. Meliputi tiga aspek penting dalam kehidupan harian - penggayaan rambut, kerja-kerja dapur dan pembersihan rumah - rangkaian produk yang akan datang menawarkan teknologi inovatif dan reka bentuk mesra pengguna. Direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman rumah keseluruhan, produk-produk ini berjanji untuk meningkatkan kemudahan dan kecekapan di rumah warga Filipina.

Latar Belakang JS Global

JS Global Lifestyle Company Limited ialah kumpulan perkakas rumah kecil yang terkemuka di dunia. Ia mengendalikan terutamanya tiga jenama utama: Shark, Ninja dan Joyoung. Kejayaan Syarikat ini bertumpu pada pemahamannya yang mendalam terhadap keperluan pengguna dan dibina berasaskan inovasi produknya yang kukuh dan keupayaan reka bentuk yang dikuasakan oleh platform R&D global, kekuatan pemasaran yang memacu penglibatan jenama yang tinggi dan liputan pengedaran omni-saluran dengan kadar penembusan tinggi.

JS Global Trading HK Limited memegang hak undang-undang eksklusif terhadap tanda dagangan untuk nama-nama jenama "Shark" dan "Ninja" yang berkaitan dengan produk-produk berlesen di rantau APAC. Ia merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Hong Kong dan subsidiari milik penuh JS Global Lifestyle Company Limited.

Latar Belakang CIC

Concepcion Industrial Corporation (CIC) ialah penyedia penyelesaian rumah serta bangunan & industri yang terkemuka di Filipina. Dengan sejarah menjangkau lebih 60 tahun, CIC mengukuhkan kedudukannya sebagai nama yang dipercayai dalam industri ini, mengkhusus untuk menambah baik kehidupan pengguna Filipina melalui produk inovatif dan andal.

Grace Liu, grace.liu@sprg.com.hk 

Source: JS Global Lifestyle
Related Stocks:
HongKong:1691
Keywords: Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements