BEIJING, 2 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC) bersedia untuk melancarkan ".Gongsi" (".COM" dalam Bahasa Cina) dan ".Wangluo" (".NET" dalam Bahasa Cina), domain tahap tinggi berbahasa Cina baharu dengan IP Mirror. Sebagai padanan Bahasa Cina untuk ".COM" dan ".NET", perniagaan yang berminat dengan China akan mendapati ini sangat bernilai. Sebelum domain itu dibuka untuk pendaftaran umum, para pemegang tanda dagangan digalakkan untuk mendaftar semasa Tempoh Suria Pagi atau Tempoh Perintis agar dapat memastikan perlindungan hak tanda dagangan mereka.
"Gongsi" dan "Wangluo" ialah ejaan fonetik Bahasa Cina yang bermaksud "Syarikat" dan "Rangkaian". Sila rujuk imej untuk aksara Bahasa Cina sebenar untuk nama domain ini.
Memandangkan China mempunyai komuniti pengguna Internet yang terbesar, domain tahap tinggi China dipercayai dapat menzahirkan nilai pasaran yang meningkat. Dengan mempunyai nama domain yang mempunyai sambungan ".Gongsi" atau ".Wangluo", perniagaan akan menjadi lebih dipercayai dan lebih mudah diakses dalam pasaran China. Sohu, gerbang web unggul China telah memanfaatkan sepenuhnya ".Gongsi" dan ".Wangluo" sebagai sebahagian daripada inisiatif pemasaran Piala Dunia 2014 mereka. En. Zhang Chao Yang, Ketua Pegawai Eksekutif Sohu menjelaskan: "Tidak seperti yang sebelum ini, Piala Dunia kali ini dikuasai peranti mudah alih dan laman web perkongsian video." Laman web domain China Sohu -- "Sohu Shijiebei.Wangluo" (http://xn--rhqt05c8kc46p54c.xn--io0a7i) ("Piala Dunia Sohu") dan juga "Baxi Shijiebei.Wangluo" (http://xn--rhqr00bc8gunoxzx.xn--io0a7i) ("Piala Dunia Brazil"), telah membolehkan para pengguna Internet China mencari dengan pantas liputan Piala Dunia Sohu walaupun bukan di hadapan komputer; ia memberi kenyataan yang tersendiri tentang syarikat itu sendiri dan kesanggupannya untuk berhubung dengan para pelanggannya. Nama domain dengan ".Gongsi" atau ".Wangluo" akan memberi kelebihan daya saing kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam pasaran China.
Agar dapat melindungi hak pemegang tanda dagangan, tempoh pendaftaran awal ".Gongsi" dan ".Wangluo" terbahagi kepada tiga peringkat berturutan. Semasa Tempoh Suria Pagi (bermula 1 Julai 2014), pendaftaran hanya terbuka kepada para pemohon pendaftaran Trademark Clearinghouse (TMCH). Dalam Tempoh Perintis yang berikutnya (mulai 31 Julai 2014), pemegang tanda dagangan bukan TMCH yang telah mendaftar di agensi kerajaan layak untuk mendaftar. Pendaftaran berkeutamaan berasaskan siapa cepat dia dapat ini membantu pemilik tanda dagangan dalam perlindungan jenama. Dalam Tempoh Serbu berikutnya pula (mulai 21 Ogos 2014), para pelanggan digalakkan membida untuk nama domain yang mereka ingini jika nama tersebut dipertandingkan. IP Mirror, rakan perniagaan rapat CNNIC, membantu para pelanggan mendapat nama domain ".Gongsi" (http://www.ipmirror.com/domain/register/%E5%85%AC%E5%8F%B8) dan ".Wangluo" (http://www.ipmirror.com/domain/register/%E7%BD%91%E7%BB%9C) yang mereka ingini agar dapat kekal selangkah di hadapan yang lain.