omniture

PLATFORM WISE OLEH QATAR FOUNDATION BERUSAHA MEREVOLUSI PENDIDIKAN PADA ZAMAN AI

WISE
2023-10-11 17:44 1

Sidang Kemuncak WISE edisi ke-11 ini akan meneroka cabaran dan peluang yang dipersembahkan oleh AI dalam bidang pendidikan

DOHA, Qatar, 11 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Menyedari kuasa transformatif AI dan bagaimana ia menjadi sebahagian daripada perkara penting dalam kehidupan seharian kita, Sidang Kemuncak WISE 2023 akan menghimpunkan pendidik daripada pelbagai latar belakang, termasuk inovator teknologi, ahli etika AI, penggubal dasar dan pelajar, untuk mengadakan dialog tentang cara AI akan membentuk masa depan pendidikan.

Bertemakan "Kefasihan Kreatif: Manusia Berkembang di Era AI (Creative Fluency: Human Flourishing in the Age of AI)," sidang kemuncak edisi ke 11 yang diadakan oleh WISE – iaitu platform global Qatar Foundation(QF) untuk inovasi dalam pendidikan – akan berlangsung dari 28 hingga 29 November 2023. Di samping meneroka bagaimana pendidikan boleh membuka laluan kepada masa depan di mana manusia boleh berkembang maju bersama AI, perbincangan juga akan berkisar tentang AI yang disepadukan ke dalam persekitaran pembelajaran dengan cara yang meningkatkan pengalaman pembelajaran, memupuk kreativiti dan menyediakan generasi seterusnya untuk masa depan di mana kedua-dua pendidik dan pelajar boleh menggunakan alatan dan sistem AI.

WISE edisi ke-11 akan menampilkan audio siar secara langsung, pengalaman AI yang mengasyikkan, kelas pakar yang interaktif dan perbincangan panel yang menangani pelbagai topik yang mempunyai implikasi penting untuk masa depan pendidikan, termasuk strategi AI yang merapatkan jurang pendidikan, mewujudkan persekitaran pembelajaran inklusif yang disesuaikan dengan keperluan yang pelbagai, serta peranan AI dalam membentuk kemajuan daripada pembelajaran bilik darjah tradisional kepada pengajaran yang dipengaruhi AI.

Acara ini juga akan meningkatkan kesedaran tentang cara pendidik memastikan AI dalam pendidikan dapat menangani kebimbangan etika dan sosio-ekonomi dan bagaimana ia sejajar dengan nilai tempatan sambil menyepadukan kemajuan AI global, serta memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran untuk peranan yang berkembang dalam landskap pekerjaan yang sentiasa berubah-ubah dan dinamik.

Stavros N. Yiannouka, Ketua Pegawai Eksekutif WISE berkata: "Pada waktu ketika AI berada di barisan hadapan perbualan global, adalah penting untuk kita mempertimbangkan peranannya dalam masa depan pendidikan. WISE edisi ke-11 menyediakan platform untuk penggubal dasar, pendidik dan inovator untuk membayangkan bagaimana AI boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran dan memperkasakan individu secara kolaboratif. WISE edisi ke-11 ini bercita-cita untuk memberikan inspirasi dan kepimpinan pemikiran, menyediakan peta hala tuju untuk masa depan di mana guru dan pelajar boleh memanfaatkan AI untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang transformatif."

Untuk mendaftar, sila layari: www.wise-qatar.org/wise-11.
Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak WISE, sila layari wise-qatar.org.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2243219/WISE_11_Logo.jpg?p=medium600

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
media@wise.org.qa

 

 

Source: WISE
Keywords: Computer/Electronics Education Children-related news Corporate Social Responsibility Artificial Intelligence