VIENNA, Austria, 3 Julai 2014 /PRNewswire/ --
Qidenus Technologies, ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai syarikat sampingan daripada Universiti Ekonomi Vienna, telah mengharungi beberapa fasa yang mencabar dan banyak memberi pengajaran sejak permulaannya. Setelah itu ia telah menjadi perusahaan teknologi yang berkembang dengan tetap. Selepas penyelidikan & pembangunan selama 4 tahun – bersama dua biro kejuruteraan mekatronik di Austria – Qidenus telah menubuhkan unit perniagaan beroperasinya yang pertama pada tahun 2008: pembangunan dan penghasilan pengimbas buku automatik berkualiti tinggi.
Video: http://www.youtube.com/watch?v=VaB6p52N0VI
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140702/694447 )
Sejak tahun 2011, Qidenus berbangga menjadi peneraju pasaran dalam bidang penghasilan imbasan buku robotik. Ia mempunyai akses kepada rangkaian pengedaran yang terdiri daripada lebih 70 rakan kongsi antarabangsa dan mengendalikan perantinya dalam perpustakaan dan arkib terbesar seluruh dunia, misalnya: Perpustakaan Iskandariah, Perpustakaan Diraja Denmark, Perpustakaan Negara Turki, Arkib Kebangsaan Kanada serta Perpustakaan Negara Qatar.
Selain penghasilan dan pengedaran pengimbas buku, hari ini Qidenus merangkumi keseluruhan proses pendigitalan yang lengkap. Sebagai contoh, pusat pendigitalan khusus di Eropah, Asia dan juga AS turut mempunyai logistik dan insurans bahan, pendidikan tenaga kerja, pengimbasan, pascapemprosesan serta pengurusan aliran data.
Alatan penukaran daripada Abbyy atau Nuance Communication disepadukan dalam Perisian Qidenus – memberikan data berkualiti, yang berstruktur dan boleh dicari. Format hujung seperti TIFF atau EPUB boleh dipilih, dan mengikut permintaan, e-buku itu boleh dimuat naik ke platform kolaborasi seperti Internet Archive atau Biblioboard. Tambahan lagi, kerjasama dengan rakan kongsi media seperti Bertelsmann dan Manstein Publishing sedang membawa Qidenus ke dekad seterusnya dalam ekonomi digital.
Foto boleh didapati di: http://www.ots.at/presseaussendung/OTS_20140701_OTS0036
Hubungi:
Sebastian C. Schramek, Pengarah Urusan
+431-236-2433-101, sebastian@qidenus.com
http://www.qidenus.com
Sumber: Qidenus Technologies GmbH