omniture

MEMPERKENALKAN ENTRIVA: PENGALAMAN VISA DAN DOKUMEN PERJALANAN BAHARU UNTUK MENJADIKAN PERJALANAN GLOBAL MUDAH DAN TANPA TEKANAN

CIBT
2023-10-12 09:59 1

Disokong oleh lebih 30 tahun kepakaran perjalanan CIBT, Entriva direka untuk menyelaraskan perancangan perjalanan global.

NEW YORK, 12 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- CIBT, pembekal global terkemuka bagi visa perjalanan korporat dan perkhidmatan imigresen, hari ini mengumumkan satu jenama baharu, Entriva, yang merupakan penyelesaian perjalanan digital unik untuk membolehkan pengalaman visa dan pasport perjalanan yang mudah dan tanpa tekanan untuk pengembara harian. Entriva menyediakan perkhidmatan pelancongan ke lebih 190 destinasi.

Entriva datang pada waktu di mana perjalanan global semakin rancak berlaku, meningkat sehingga lebih 200% berbanding tahun 2022, dan ketika para pengembara mengalami cabaran perancangan perjalanan yang kompleks, termasuk dokumentasi yang baharu dan wajib, seperti kad kemasukan dan visa. Negara-negara dengan pantas memperkenalkan syarat kemasukan baharu yang menyukarkan pengembara, yang sering membawa kepada kekecewaan atau pembatalan rancangan perjalanan.

Entriva disokong oleh lebih 30 tahun pengalaman CIBT dalam menyediakan perkhidmatan perjalanan dan imigresen untuk 75% syarikat Fortune 500, pengembara atas urusan perniagaan, syarikat pengurusan pelancongan global dan pelanggan dengan perkhidmatan peribadi. "Entriva bukan sekadar sebuah teknologi. Entriva ialah pergerakan untuk membawa keringkasan dan ketenangan fikiran kepada seluruh pasaran pengembara yang sedang bersusah payah untuk mencari penyelesaian bagi penyediaan perjalanan," kata Marc Kaplan, Ketua Pegawai Eksekutif CIBT.

Pengenalan kepada Entriva dapat memudahkan perancangan perjalanan dan proses permohonan visa, membolehkan pengembara 'bernafas dengan mudah, mengembara dengan lebih baik', sekali gus menghilangkan tekanan daripada menguruskan keperluan perjalanan global yang kompleks. "Penyelidikan proprietari menunjukkan kepada kita bahawa pengembara secara amnya mengalami tahap tekanan yang tinggi apabila merancang dan membuat persiapan untuk perjalanan antarabangsa," kata Raksa Nazryk, Ketua Pegawai Produk CIBT dan Presiden Entriva. "Pengembara menggambarkan pengalaman dokumen perjalanan yang ideal sebagai pengalaman yang menenangkan kebimbangan dan membina keterujaan untuk perjalanan yang dinanti. Berdasarkan kepakaran CIBT, proses mereka bentuk Entriva untuk khalayak pengguna merupakan satu evolusi semula jadi bagi syarikat ini."

Teknologi canggih, kehadiran global, pengetahuan proprietari dan akses masa nyata kepada syarat keperluan negara adalah teras kuasa Entriva untuk menyampaikan perkhidmatan penyediaan perjalanan yang lancar, selamat dan kos efektif. Pengalaman digital yang direka bentuk secara ringkas dapat meminimumkan masa permohonan dan bilangan borang yang diperlukan. Dan akaun Entriva yang diperibadikan dapat menyediakan akses mudah kepada perancangan perjalanan dan kemas kini status. Pakar perjalanan Entriva tersedia di sepanjang proses permohonan, dan semua permohonan akan disahkan oleh gabungan pakar secara langsung dan teknologi proprietari sebelum penyerahan.

Untuk bermula pada hari ini atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Entriva.com atau e-mel press@entriva.com. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2244588/entriva_Logo.jpg?p=medium600

Source: CIBT
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Travel New products/services