PRINCETON, New Jersey, 3 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Sebagai respons terhadap peningkatan jumlah individu di Malaysia yang sedang mempertimbangkan sama ada program siswazah atau pusat pengajian perniagaan, Program GRE ® telah membuka beberapa pusat ujian baharu yang menyediakan Ujian Am GRE ® yang dikemas kini melalui komputer di Malaysia. Ujian berasaskan kertas tidak lagi ditawarkan.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO
"Minat terhadap Ujian Am GRE dikemas kini semakin meningkat memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk melanjutkan pengajian siswazah atau ijazah perniagaan," kata Dawn Piacentino, Pengarah Komunikasi dan Perkhidmatan untuk Program GRE di ETS. "Kami amat teruja dengan kehadiran beberapa pusat baharu di Malaysia bagi menjalankan ujian melalui komputer."
Format melalui komputer ini merupakan format yang paling banyak digunakan bagi Ujian Am GRE dikemas kini. Ia disediakan dengan rekaan yang mesra pengambil ujian, yang telah pun mendapat maklum balas yang hebat daripada para pengambil ujian di seluruh dunia. Di samping itu, ujian melalui komputer ini juga membolehkan laporan markah disediakan dengan pantas. Dengan itu, setiap individu di Malaysia yang menduduki ujian dengan format melalui komputer ini boleh melihat markah tidak rasmi Penaakulan Lisan dan Penaakulan Kuantitatif di pusat ujian dengan segera iaitu selepas selesai menduduki ujian berkenaan. Markah rasmi, termasuk markah Penulisan Analisis boleh diperoleh pengambil ujian melalui Akaun My GRE ® kira-kira 10 hingga 15 hari selepas menduduki ujian. Setiap markah akan dihantar kepada penerima markah yang ditetapkan dalam tempoh 10 hingga 15 hari yang sama.
Setiap individu yang menduduki ujian berformat melalui komputer boleh memilih institusi bagi menerima laporan markah dengan percuma di pusat ujian dan menggunakan pilihan ScoreSelect® yang baharu bagi menentukan dengan pasti markah yang akan dihantar ke institusi berkenaan. Di samping itu, pengambil ujian di Malaysia mempunyai pilihan pengendalian ujian yang lebih kerap, hasil daripada ketersediaan ujian melalui komputer ini.
Bakal pengambil ujian bagi Ujian Am GRE dikemas kini melalui komputer ini digalakkan untuk menggunakan bahan persediaan yang direka khusus untuk format ujian ini. Perisian POWERPREP ® II yang percuma ini terdiri daripada dua ujian latihan penuh. Ujian ditetapkan masa ini mensimulasikan pengalaman ketika menduduki ujian, termasuk beberapa ciri rekaan mesra pengambil ujian seperti mesin hitung pada skrin. Perisian ini turut menyediakan satu-satunya pengalaman latihan yang menyerupai ujian sebenar. Alatan bantuan persediaan ujian rasmi yang lain daripada ETS, pembuat ujian tersebut, termasuklah siri video Permulaan Kejayaan GRE ®, Panduan Rasmi bagi Ujian Am GRE ® dikemas kini, Edisi Kedua serta aplikasi mudah alih yang dilancarkan baru-baru ini. Bagi mengetahui maklumat tersebut dengan lebih lanjut dan tentang kesemua alatan bantuan persediaan ujian GRE yang boleh didapati, sila layari www.takethegre.com/prep.
Akhir sekali, bakal pengambil ujian GRE di Malaysia digalakkan untuk mendaftar awal bagi mendapatkan tarikh dan tempat ujian berasaskan komputer yang diingini. Kesemua pusat ujian, tarikh ujian serta ketersediaan tempat duduk boleh dilihat secara dalam talian melalui http://www.ets.org/gre/testcenters.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti pendidikan untuk para individu di seluruh dunia dengan mewujudkan penaksiran berdasarkan penyelidikan yang rapi. ETS membantu para individu, institusi pendidikan serta agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan bagi pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris dan juga pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah, selain mengendalikan penyelidikan pendidikan, analisis serta kajian dasar. Ditubuhkan sebagai badan bukan untung pada tahun 1947, ETS menghasilkan, menjalankan dan turut memberi markah untuk lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL® dan ujian TOEIC®, ujian GRE® dan juga penaksiran The Praxis Series™ - di lebih 180 negara dengan lebih 9,000 tempat di seluruh dunia. www.ets.org