READING, England, 3 Julai 2014 /PRNewswire/ --
Ciri perkhidmatan selamat, andal serta inovatif untuk fuseMe membolehkan model pengewangan baharu dan peluang hasil untuk para pengendali dan perusahaan
Acision, peneraju global dalam perkhidmatan penglibatan mudah alih, hari ini mengumumkan pelancaran versi terkini app fuseMe, klien komunikasi pintar semua dalam satu untuk pesanan, perkongsian dan banyak lagi. Sebagai app label putih, yang disasarkan kepada pengendali dan perusahaan, fuseMe oleh Acision meneruskan pencapaian keluaran terdahulu syarikat itu, yang telah dilancarkan semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2014, dan menggabungkan semua kemampuan komunikasi melebihi keperluan (OTT) hari ini seperti sembang, perkongsian fail, video serta VoIP, dengan ciri yang lebih canggih dan tersendiri seperti pelayaran web dalam app, pecahan skrin dengan fungsi seret dan lepas, di samping "Kongsi Pandangan Saya" serta pilihan untuk menyepadukan kemampuan WebRTC.
Mematuhi RCS sepenuhnya, memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh GSMA, fuseMe membawa komunikasi pintar ke tahap seterusnya dengan memperluas ciri teras dengan perkongsian kumpulan berbilang cara, saluran kandungan yang beraneka dan sedia dipakej, katalog permainan, di samping kesalingkendalian dengan SMS dan MMS. Penyepaduan dengan SMS dan MMS bermakna sembang atau pesanan boleh berbalik menggunakan perkhidmatan ini apabila sambungan jalur lebar atau data tidak boleh didapati, sambil membolehkan para pengguna berinteraksi dengan rakan, kenalan serta rakan sekerja yang tidak menggunakan fuseMe bagi memastikan jangkauan yang benar-benar global kepada semua para pengguna mudah alih, tidak mengira jenis telefon bimbit mahupun rangkaian.
App fuseMe kini boleh didapati di kedua-dua kedai app iOS dan Google Play, tetapi sebagai tawaran label putih yang terutama sekali ditumpukan pada komuniti pengendali dan komuniti perusahaan, ia boleh diadaptasi, disuai khusus serta dijenamakan, dengan pilihan untuk memilih ciri dan perkhidmatan yang paling menarik pelanggan atau pengguna sasaran mereka.
Ketika diminta memberi komen tentang fuseMe, Adolfo Hernandez, Ketua Pegawai Eksekutif Acision berkata: "Kami telah mendengar permintaan pasaran, serta kehendak pengguna dan juga perniagaan, dan telah membangunkan fuseMe untuk menyediakan keringkasan dan kemudahan penggunaan merentasi pelbagai kemampuan komunikasi, sambil menambah pengalaman yang benar-benar beraneka, andal serta selamat dengan fungsi dan ciri yang lebih pintar. Bagi pengendali yang ingin menutup kerugian akibat pemain OTT tanpa pelaburan infrastruktur besar-besaran, kombinasi antara muka app yang sedia dibuat dengan infrastruktur pembangunan dan bahagian belakang menyeluruh yang ditawarkan oleh Acision, ialah pilihan yang tepat sekali. Saluran kandungan dan katalog permainan, yang boleh ditawarkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan atau sebagai penambahan, menyediakan peluang baharu untuk para pengguna segmen dan mengewangkan perkhidmatan melalui pemasaran disasarkan, pengiklanan, penajaan serta kandungan premium. App itu juga boleh diubah suai untuk perusahaan sebagai alat penglibatan luaran atau dalaman."
Inovasi dalam rekaan antara muka pengguna (UI) telah membawa kepada sebilangan ciri yang hanya boleh didapati dalam fuseMe oleh Acision. Pecahan skrin berbilang dimensi membenarkan para pengguna turut serta dalam dua perbualan berasingan sekali gus, atau satu perbualan dan pelayaran kandungan dengan kemampuan perkongsian seret dan lepas serta-merta merentasi sempadan skrin itu. Kandungan itu boleh disampaikan melalui pelayar bersepadu, atau melalui perkhidmatan saluran pelanggan menerusi suapan RSS, yang boleh dicipta dan dikumpul oleh pengendali atau perusahaan, menawarkan nilai tambahan melalui penglibatan pengguna, pensegmenan pengguna, pemasaran dan juga peluang pengewangan semuanya dalam app tersebut.
Salah satu pembeza yang penting antara fuseMe dan aplikasi melebihi keperluan (OTT) lain ialah pilihan untuk menyepadukan kemampuan WebRTC, membolehkan komunikasi satu klik yang andal dan berkos rendah antara orang dengan orang atau aplikasi dengan orang, sesuai untuk perniagaan yang ingin berinteraksi secara terus dengan pelanggan.
JF Sullivan, Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Produk dan Ketua Pegawai Pemasaran Acision menyimpulkan: "Generasi terkini app komunikasi pintar Acision akan menyediakan peluang untuk para pengendali dan perusahaan bagi menawarkan gerbang komunikasi OTT yang berkualiti tinggi kepada klien tetap dan pelanggan mereka. Dalam pasaran komunikasi yang bersaing sengit, kelebihan yang ada dan kemampuan untuk menawarkan kepada pelanggan apa yang mereka benar-benar mahukan ialah kunci kejayaan. Dengan fuseMe dan begitu banyak peluang untuk penyuaian khusus, kami telah membawa komunikasi OTT pintar jauh ke hadapan berbanding yang lain dan boleh diubah suai merentasi banyak pasaran dan industri."
Bagi membantu para pengendali dan perusahaan menyepadukan fuseMe ke dalam perniagaan mereka, Acision telah memulakan program cetus mula, untuk lebih mendalami pasaran tempatan, dan menilai bagaimana fuseMe boleh dilancarkan dengan jayanya sambil merangsang pengaktifan dan pengekalan pelanggan. Program ini terutamanya akan meliputi empat bidang – penemuan, penakrifan, pembangunan serta penyampaian – lalu memastikan fuseMe akan berjaya, tidak kira apa jua pasaran atau industri yang ditembusinya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fuseMe oleh Acision, model pengewangan, usul pengendali atau perusahaan mahupun program cetus mula Acision, sila hantarkan e-mel kepada corporate.marketing@acision.com.
Anda juga boleh memuat turun app itu dalam kedai app Apple dan Google Play dengan mencari "fuseMe by Acision" atau lawati: fuseme.acision.com
Latar belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan penglibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali merentasi semua platform IP dan memperkaya pengalaman pengguna bagi mewujudkan nilai dan peluang komunikasi baharu untuk para pembawa, perusahaan dan pengguna seluruh dunia.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com atau fuseMe di http://fuseme.acision.com
Sumber: Acision