omniture

Locus Robotics Melantik Eksekutif Baharu untuk Menyokong Pertumbuhan Global, Memperluas Kepimpinan Automasi Gudang Global

Locus Robotics
2023-10-12 23:20 1

Kian Sin Ng dilantik sebagai Pengurus Besar bagiWilayah APAC; Joel Collins menyertai sebagai Ketua Penasihat Undang-undang 

WILMINGTON, Massachusetts, 12 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Locus Robotics, peneraju pasaran robot mudah alih autonomi (AMR) untuk gudang pemenuhan, hari ini mengumumkan pelantikan Kian Sin Ng sebagai Pengurus Besar APAC, dan Joel Collins sebagai Ketua Pegawai Undang-undang. Para eksekutif ini menyertai pasukan kepimpinan Locus Robotics ketika syarikat ini terus berkembang secara global untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Kian Sin Ng membawa lebih dua dekad pengalaman mengetuai pasukan dan mengoptimumkan operasi rantaian bekalan di seluruh Asia Pasifik. Sebagai Pengurus Besar APAC, beliau akan menyelia pertumbuhan strategik dan kejayaan pelanggan Locus di rantau ini. Sebelum ini, Kian pernah memegang jawatan kanan ketika bekerja dengan DHL Supply Chain dan Singapore Post, memacu inovasi dalam automasi dan logistik gudang.

Sebagai Ketua Pegawai Undang-undang, Joel Collins akan mengetuai operasi undang-undang global Locus. Collins telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Am bagi kedua-dua syarikat swasta dan awam. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Undang-undang di Benefitfocus, dan Ketua Pegawai Undang-undang & Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan di Quick Base.

"Kian dan Joel mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam menerajui pasukan berprestasi tinggi dan menasihati syarikat semasa fasa pertumbuhan," kata Rick Faulk, Ketua Pegawai Eksekutif Locus Robotics. "Kepakaran mereka amat berharga terutamanya ketika kami terus mengembangkan penyelesaian robotik peneraju pasaran kami untuk membantu pelanggan di seluruh dunia mengubah gudang dan operasi pemenuhan mereka."

Pelantikan ini adalah susulan percapaian satu tahun rekod pertumbuhan untuk Locus Robotics, termasuklah kejayaan Locus mencapai 2 bilion unit pilihan yang pertama dalam industri dan pengembangan ke lebih 230 tapak di seluruh dunia. Penyelesaian Locus memacu peningkatan produktiviti yang besar, pengurangan buruh dan penjimatan kos bagi jenama terkemuka merentasi saluran peruncitan, e-dagang, logistik, penjagaan kesihatan dan perindustrian.

"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Kian Sin dan Joel ke pasukan Locus," kata Denis Niezgoda, Naib Presiden rantau EMEA & APAC bagi Locus Robotics. "Pengalaman luas dan keupayaan kepimpinan mereka yang terbukti akan membantu kami untuk terus memacu pertumbuhan dan kejayaan syarikat kami di seluruh dunia sebagai peneraju global dalam penyelesaian rantaian bekalan."

Tentang Locus Robotics 

Locus Robotics ialah peneraju dunia dalam penyelesaian automasi gudang yang revolusioner di peringkat perusahaan, menggabungkan robot mudah alih autonomi (AMR) yang berkuasa dan pintar yang beroperasi secara kolaboratif dengan pekerja manusia untuk meningkatkan pergerakan produk dan produktiviti secara dramatik sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tersenarai dalam Inc. 500 selama tiga tahun berturut-turut, serta memenangi lebih 25 anugerah industri dan teknologi, penyelesaian Locus dapat meningkatkan produktiviti pemenuhan pesanan, mengurangkan kos operasi serta menambah baik kualiti, keselamatan dan ergonomik tempat kerja untuk pekerja secara mendadak. 

Menyokong lebih daripada 100 jenama terkemuka dunia dan digunakan di lebih 250 lokasi di seluruh dunia, Locus Robotics membolehkan peruncit, 3PL dan gudang khusus untuk memenuhi dan melebihi keperluan persekitaran pemenuhan hari ini yang semakin kompleks dan menuntut dengan cekap. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.locusrobotics.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1440363/Locus_Robotics_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Locus Robotics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Personnel announcements Supply Chain/Logistics