omniture

Lance Patterson Dilantik Sebagai Ketua Eksekutif Cradle Holdings

Fox Paine & Company, LLC
2014-07-04 09:17 121

GEORGE TOWN, Grand Cayman, 4 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Cradle Holdings, Ltd., yang terdiri daripada syarikat wangian mewah Penhaligon's, berpusat di London, U.K. dan L'Artisan Parfumeur, yang berpusat di Paris dan Grasse, Perancis, telah mengumumkan pelantikan Lance Patterson sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga ahli Lembaga Pengarah. Cradle Holdings, Ltd. merupakan syarikat sekutu Fox Paine & Company, LLC, yang berpusat di Woodside, California.

En. Patterson mempunyai kepakaran peruncitan selama lebih 22 tahun dalam membangunkan jenama mewah, termasuklah baru-baru ini sebagai Presiden bersama Peter Thomas Roth Clinical Skincare. Di bawah kepimpinan Lance Patterson, PTR berjaya mencapai keputusan yang memecahkan rekod. Sebelum berkhidmat di PTR, En. Patterson telah bertindak sebagai eksekutif kanan di Bare Escentuals serta beberapa bahagian kosmetik LVMH, termasuk Benefit Cosmetics, Acqua Di Parma, dan juga Bliss. En. Patterson merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Liberal dalam Komunikasi dari Universiti Pittsburgh.

En. Patterson menggantikan Sarah Rotheram yang telah meletakkan jawatan di Cradle Holdings dan menjadi ahli gabungan sebagai Ketua Eksekutif Aspinals of London, pengeluar barangan kulit mewah. Sepanjang tempoh enam tahun lalu, di bawah kepimpinan Cik Rotheram, Penhaligon's dan L'Artisan Parfumeur berjaya menghasilkan wangian baharu yang sangat kreatif dan berjaya secara komersil, serta beberapa produk lain, di samping memperluas jejak global Penhaligon's dan L'Artisan Parfumeur.

"Kami amat gembira dengan penyertaan Lance Patterson sebagai Ketua Eksekutif Cradle Holdings," kata Saul Fox, Ahli Pengasas Fox Paine, yang dana ekuiti swasta gabungannya ialah pelabur utama Cradle Holding. "Memandangkan rekod pencapaian Lance Patterson dalam membangunkan jenama mewah global yang sangat menguntungkan dan berkembang pesat, beliau adalah sangat sesuai untuk memimpin usaha Penhaligon's dan L'Artisan Parfumeur untuk terus maju ke hadapan." Lance Patterson berkata lagi: "Kemajuan dan peningkatan peluang keuntungan di Penhaligon's dan L'Artisan Parfumeur adalah amat menarik. Dengan bantuan Fox Paine, saya yakin Penhaligon's dan L'Artisan Parfumeur akan dapat dimajukan ke tahap baharu."

Latar Belakang Cradle Holdings, Ltd.

Penhaligon's, diasaskan pada tahun 1872 dan berpusat di London, merupakan pengeluar khusus, pengedar global dan juga peruncit mewah bagi wangian dan kelengkapan peribadi berprestij. Wangian abadi dan inovatifnya termasuklah Vaara, yang dicipta untuk Duli Yang Maha Mulia Maharaja Gaj Singh II serta Blenheim Bouquet, yang telah dicipta pada tahun 1902 untuk Duke of Marlborough.

L'Artisan Parfumeur, ditubuhkan pada tahun 1976 dan berpusat di Paris serta Grasse, Perancis, merupakan pengeluar hasil seni, pengedar global dan juga peruncit bagi wangian mewah khusus serta cenderamata yang berkaitan. Wangian berani L'Artisan Parfumeur termasuklah Mure et Musc, ikon sejak dicipta pada tahun 1978 dan dikatakan "wangian" untuk wanita Paris. Pada tahun 2013, jenama tersebut telah melancarkan Explosions d'Emotions, dengan inti pati wangian moden.

Maklumat Perhubungan Media Fox Paine
Jessica Jweinat
Fox Paine & Company, LLC
Tel: + 1.650.235.2077
jjweinat@foxpaine.com

Source: Fox Paine & Company, LLC
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements