omniture

Sertai Jenama E-Skuter Pintar dan Mobiliti isinwheel Meraikan Lima Tahun Inovasi dan Mobiliti Mampan

isinwheel
2023-10-13 08:00 39

LOS ANGELES, 13 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Komited untuk menyediakan pilihan mobiliti yang mudah, mesra alam, bergaya dan mampu milik kepada pengguna, jenama e-skuter terkemuka isinwheel, dimiliki dan dikendalikan oleh X FUTURE INC. menyambut ulang tahun kelimanya dengan satu siri promosi istimewa mulai 10 hingga 25 Oktober di isinwheel | Electric Scooters & Electric Bikes dan gedung Amazon.

isinwheel Brand 5 Years Anniversary
isinwheel Brand 5 Years Anniversary

Isinwheel mengkhusus untuk membawakan perjalanan ulang-alik harian yang amat cekap dan selamat, meningkatkan keseronokan tunggangan untuk pengguna di seluruh dunia dan terus memajukan pengalaman perjalanan yang mudah, hijau dan mampan melalui penyelesaian mobiliti yang canggih.

"isinwheel meletakkan keutamaan untuk menghubungkan orang ramai, tempat dan pengalaman. Kami bermatlamat untuk menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih murah dan lebih menarik dengan membawa perkara yang diinginkan lebih dekat dengan pelanggan kami. Kami mengkhusus untuk menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan dan berterima kasih dengan tulus ikhlas kepada pelanggan kami atas sokongan mereka yang berterusan," kata Tony Bradley, Pengurus Besar isinwheel.

Skuter boleh memainkan peranan penting dalam kehidupan harian pekerja pejabat dan menjadi misi isinwheel untuk membawakan produk yang memberi ciri keselamatan. Kini, isinwheel memiliki portfolio produk komprehensif dengan skuter elektrik kalis air, tahan lasak dan berkualiti tinggi, direka bentuk untuk pelbagai jenis senario aplikasi - bermula dengan jalan pengulang alik dan bandar hingga luar jalan dan semua rupa bumi, serta skuter untuk kanak-kanak, papan selaju elektrik dan basikal.

Pelanggan boleh mendapatkan e-skuter atau e-basikal yang paling sesuai dengan mereka - sama ada untuk pelajar, jurugambar, pengaturcara, pegawai, pekerja perusahaan, atlet atau peminat aktiviti luar - dengan tiada lagi susah payah, hanya kemudahan serta keseronokan dan jenama ini akan terus membawa lebih banyak produk berkualiti tinggi kepada pelanggan global.

Di samping itu, isinwheel menyampaikan perkhidmatan cemerlang bersama pasukan khidmat pelanggan berdedikasi yang berpangkalan di U.K., Eropah dan A.S. bagi membantu pelanggan memilih e-skuter yang tepat dan menawarkan sokongan segera.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ulang tahun, sila kunjungi www.isinwheel.com.

Latar Belakang isinwheel:

Ditubuhkan pada tahun 2018, isinwheel, dimiliki dan dikendalikan oleh X FUTURE INC., ialah sebuah perusahaan global yang mengkhusus dalam mobiliti elektrik untuk pengangkutan peribadi. Dengan komitmen teguh untuk menyediakan produk mobiliti yang selamat, stabil dan andal, kami juga mengamalkan konsep pembangunan mampan, dengan perlindungan terhadap alam sekitar dan fesyen sebagai teras dengan aktif.

Laman Web: https://www.isinwheel.com/collections/isinwheel-sale
Instagram: https://www.instagram.com/isinwheel_global/
YouTube: https://www.youtube.com/isinwheel
Facebook: https://www.facebook.com/isinwheel.fans

Facebook Group: https://www.facebook.com/groups/isinwheel
Twitter: https://twitter.com/isinwheelglobal

Source: isinwheel
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation