omniture

Asia Tenggara dan India bersedia menjadi pasaran pertumbuhan paling menguntungkan bagi kecantikan mewah di Asia Pasifik, laporan terkini seperti yang ditemui oleh LUXASIA and Kearney

LUXASIA
2023-10-13 11:43 150

SINGAPURA, 13 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Firma perunding global Kearney and LUXASIA, pembina jenama omnisaluran yang terkemuka di Asia Pasifik, baru-baru ini mengeluarkan kertas putih yang bertajuk "Unlocking hyper-growth in Asia's luxury beauty landscape" ("Mencapai pertumbuhan-hiper dalam landskap kecantikan mewah Asia"), mengetengahkan peluang, cabaran dan penyelesaian untuk jenama-jenama mewah di Asia. Ia mendedahkan bahawa Asia Tenggara (SEA) dan India bersedia untuk menjadi "kerubut emas" yang seterusnya dalam kecantikan mewah, mencapai potensi pasaran sebanyak AS$7.6 bilion menjelang tahun 2026, dengan unjuran 11% CAGR antara tahun 2021 dan 2031.[1] Pertumbuhan kukuh ini dijangka berterusan, dengan saiz pasaran meningkat hampir tiga kali ganda dalam 10 tahun.

The study unearths the opportunities, challenges, and solutions for luxury brands in Asia.
The study unearths the opportunities, challenges, and solutions for luxury brands in Asia.

 

Southeast Asia (excl. Singapore) and India are slated to be the next "gold rush" in Asia's luxury beauty, approaching an inflection point for accelerated growth.
Southeast Asia (excl. Singapore) and India are slated to be the next "gold rush" in Asia's luxury beauty, approaching an inflection point for accelerated growth.

Berbanding dengan China, Jepun, Singapura dan Korea Selatan, pasaran-pasaran lain di SEA dan India adalah agak tak tepu, dengan kehadiran terhad kedua-dua jenama kecantikan mewah antarabangsa dan jenama tempatan yang menarik serta potensi peningkatan yang ketara untuk perbelanjaan kecantikan mewah per kapita. Tatkala ekonomi ini matang, kelas-kelas atasan dan pertengahan diunjurkan melebihi 1 bilion orang pada tahun 2026[2], dengan lebih ramai pengguna dijangka bertukar daripada massa kepada mewah. Justeru itu, hal ini membawa jendela peluang yang terhad namun berharga untuk jenama-jenama kecantikan mewah untuk menembusinya sekarang dan berkembang pesat.

Walau bagaimanapun, memanfaatkan pertumbuhan tetap rumit di SEA dan India ekoran ekosistem pasaran yang pelbagai. Jenama-jenama mewah pada hari ini menghadapi enam cabaran utama di wilayah berpecah-pecah ini, termasuk rangkaian omni-runcit berbilang dimensi; keutamaan produk tempatan heterogen; pendekatan pemasaran yang mencapah; rangka kerja kawal selia yang mencabar; landskap rantaian bekalan yang mahal dan idiosinkratik; serta pemilihan rakan kongsi di tengah-tengah asimetri maklumat.

Lantaran itu, laporan ini menggariskan enam kepentingan pelaksanaan untuk menangani cabaran ini dengan berkesan. Ini termasuk mengoptimumkan jejak runcit bagi mencipta hab pengalaman berbilang titik sentuh; memanfaatkan pertumbuhan e-dagang berterusan yang unik untuk setiap pasaran; mewujudkan keupayaan untuk menempuh pecutan perdagangan sosial; membina pemahaman pengguna tempatan yang mendalam melalui pengagregatan dan analitis data; memanfaatkan rakan kongsi logistik untuk membina rangkaian yang tangkas dan fleksibel; serta meraih kemenangan dengan rakan kongsi pembinaan jenama omnisaluran yang betul.

Siddharth Pathak, Rakan Kongsi Kanan, Ketua Industri Pengguna dan Runcit untuk Asia Pasifik di Kearney, berkata, "Asia Tenggara dan India harus menjadi dalam agenda setiap Ketua Pegawai Eksekutif kecantikan mewah global memandangkan pasaran ini bersedia untuk memimpin peringkat pertumbuhan yang seterusnya dalam kecantikan mewah. Untuk muncul dengan jayanya dalam landskap yang kompetitif, jenama-jenama harus mempunyai strategi yang padu untuk menarik perhatian dan memanfaatkan kuasa pendigitalan, analitis data serta sokongan ekosistem untuk meningkatkan tawaran mereka dan kebingkasan keseluruhan."

Dr Wolfgang Baier, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, LUXASIA mengesahkan hal ini dan menambah, "Jendela emas untuk menguasai pertumbuhan yang dipercepatkan ini tidak boleh dilepaskan. Jenama-jenama kemasukan baharu perlu bertindak segera untuk menjamin platform untuk berkembang. Jenama-jenama pasaran sedia ada perlu menggiatkan semula kehadiran omnisaluran mereka, menambah ketangkasan operasi yang lebih tinggi untuk mengemudi pembangunan pasaran yang lebih baik. Disokong oleh rekod prestasi kami, omni-rangkaian mendalam dan kepakaran pembinaan-jenama, LUXASIA bersiap sedia untuk bekerjasama dengan semua jenama kecantikan mewah untuk pertumbuhan jangka panjang dan kejayaan di Asia Tenggara dan India."

[1] Menurut analisis Euromonitor dan Kearney–LUXASIA

[2] Menurut analisis Bank Dunia, Euromonitor dan Kearney–LUXASIA

 

Source: LUXASIA
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Market Research Reports