Khidmat istimewa bagi menyediakan persekitaran perolehan yang sempurna untuk pengunjung luar negara
GUZHEN, China, 4 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pada 22 hingga 26 Oktober 2014, International Lighting Fair China (Guzhen) ke-14 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Zhongshan Guzhen, Guangdong China.
Bermula pada tahun 2014, Pameran Pencahayaan ini akan diadakan dua kali setahun pada musim bunga dan musim luruh bagi menyediakan platform profesional dan juga menyeluruh selain dapat memberi khidmat yang lebih baik untuk pasaran. Ia mula mewujudkan sub tempat di empat pusat membeli-belah pencahayaan terbesar bagi memperluas ruang pameran dagangannya. Ruang pameran ke-14 ini telah meningkat kepada 600,000 meter persegi dan dijangkakan 100,000 pembeli dagangan akan turut serta dari lebih seratus negara.
Di pameran pencahayaan Guzhen ke-14 ini, terdapat banyak khidmat istimewa yang boleh didapati untuk peserta yang membuat pra-pendaftaran secara dalam talian. Khidmat Trafik Percuma: semua peserta yang membuat pra-pendaftaran akan mendapat khidmat trafik percuma antara lapangan terbang dan tempat tertentu ketika berlangsungnya pameran tersebut (21 Oktober - 27 Oktober); Khidmat tempahan hotel rasmi dan peserta yang membuat pra-pendaftaran juga akan berpeluang untuk mendapatkan penginapan hotel percuma selama dua malam. Pihak penganjur telah bekerjasama dengan pihak agensi pelancongan rasmi bagi mengurus tempahan hotel rasmi untuk peserta yang membuat pra-pendaftaran; Khidmat terjemahan: kesemua peserta yang membuat pra-pendaftaran juga akan disediakan dengan khidmat terjemahan percuma selama 2 jam ketika berlangsungnya pameran tersebut.
Mengapa pameran pencahayaan diadakan di Guzhen? -- Bandar Guzhen, bandar silam diciptakan untuk lampu
Setelah 31 tahun mengalami proses pembangunan, Guzhen mempunyai lebih sepuluh ribu perusahaan pencahayaan dan ini mewujudkan kira-kira 7 km "jalan raya pencahayaan". Ia menjual produknya ke Hong Kong, Amerika, Jepun, Asia Tenggara serta Eropah, berjumlah lebih 130 negara dan wilayah. Guzhen telah menjadi pasaran borong dan tapak pengeluaran pencahayaan terbesar di China.
Mengapa orang ramai datang ke pameran pencahayaan Guzhen?
Pameran Pencahayaan Guzhen telah diadakan sebanyak tiga belas edisi sejak diadakan buat kali pertama dengan jayanya pada tahun 1999. Menerusi bandar Guzhen, pameran tersebut menyepadukan sumber penting untuk industri pencahayaan, menerajui arah aliran industri serta memperlihatkan bidang kepakarannya seperti pencahayaan seni bina, pencahayaan dalaman, pencahayaan LED dan juga pencahayaan landskap.
Kini, ramai pengunjung luar negara yang ingin hadir ke pameran tersebut telah pun melayari laman web rasminya (http://en.gzlightingfair.com/) bagi membuat pra-pendaftaran dalam talian secara percuma. Terdapat juga maklumat lanjut tentang pengangkutan, hotel, visa, terjemahan serta khidmat lain di laman web tersebut.