omniture

David Wang Huawei: UBB5.5G Maksimumkan Produktiviti Digital

Huawei
2023-10-13 23:04 98

DUBAI, UAE, 13 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Di Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF 2023) ke-9, David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "UBB5.5G Memaksimumkan Produktiviti Digital" berhubung perkembangan terkini dan amalan terbaik dalam industri ultra-jalur lebar. Semasa ucaptama ini, beliau berkongsi pandangan beliau mengenai hala tuju strategik yang sedang dilalui oleh ultra-jalur lebar (UBB) – menaik taraf rangkaian, mempercepatkan penggunaan teknologi digital yang meluas dan memaksimumkan produktiviti digital.

David Wang speaking at the 9th Ultra-Broadband Forum
David Wang speaking at the 9th Ultra-Broadband Forum

Penggunaan teknologi digital yang lebih mendalam dalam ekonomi sebenar memacu peningkatan produktiviti. Apa yang digelar sebagai produktiviti digital ini dengan pantas menjadi enjin pertumbuhan teras untuk ekonomi digital. Teknologi digital, seperti awan, AI, 5G dan UBB turut berkembang secara berterusan. Kini, ia dapat dilihat dalam perusahaan dan rumah melalui perkhidmatan digital baharu. Ini membuatkan transformasi digital menjadi lebih pantas untuk perusahaan dan membawakan hiburan, kehidupan dan kerja pintar yang lebih baik kepada orang ramai. Penerimaan perkhidmatan baharu ini turut merangkumi kemajuan dalam produktiviti digital.

Wang berkata, "Asalnya, rangkaian ultra-jalur lebar memfokuskan untuk menyampaikan sambungan. Kemudian, kami bertukar secara mendadak untuk mengejar pengalaman yang lebih baik. Dalam era 5.5G, ultra-jalur lebar akan memfokuskan untuk menyerlahkan selanjutnya produktiviti perkhidmatan digital, agar semua orang boleh mengakses perkhidmatan digital dengan lebih mudah dan cekap, tanpa mengira di mana mereka berada. Infrastruktur digital generasi seterusnya itu akan menyediakan akses 10-gigabit merata, pengangkut ultra-jalur lebar elastik dan kuasa pengkomputeran besar-besaran yang disokong oleh pusat data hiper-tertumpu. Pelancaran infrastruktur digital generasi baharu ini juga akan mengupayakan pembangunan ekonomi digital yang lebih pantas. Huawei akan berganding bahu dengan pelanggan dan juga rakan kongsi industri untuk memacu evolusi F5.5G dan Net5.5G serta seluruh industri ultra-jalur lebar ke hadapan bagi memaksimumkan produktiviti digital."

Memaksimumkan produktiviti digital, jelas Wang, akan memerlukan usaha mengatasi tiga cabaran kritikal. Pertama, industri ini perlu memikirkan cara untuk menyokong kuasa pengkomputeran besar-besaran yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan digital. Kedua, ia perlu menyediakan perkhidmatan sambungan terjamin untuk sejumlah besar pengguna serentak. Ketiga, ia perlu memastikan akses merata dan pengalaman yang berkualiti tinggi untuk sesiapa sahaja, tanpa mengira di mana mereka berada.

Beliau seterusnya menjelaskan penaiktarafan yang diperlukan oleh rangkaian ultra-jalur lebar berpusatkan produktiviti pada masa akan datang.

Pertama, akses 10-gigabit merata dapat dicapai dengan mempercepatkan jalur lebar mudah alih, jalur lebar rumah, rangkaian kampus perusahaan dan penaiktarafan perkhidmatan talian persendirian perusahaan kepada 10 Gbps. Ini akan mengupayakan jalur lebar mudah alih 10-gigabit merata, menyediakan rangkaian rumah 10-gigabit seluruh rumah yang lancar, menaik taraf sambungan kampus 10-gigabit untuk organisasi dan menyampaikan perkhidmatan talian persendirian elastik, dengan daya pemprosesan tinggi, 10-gigabit. Hasil daripada sambungan 10-gigabit yang berkualiti tinggi ini, perkhidmatan digital akan memberi manfaat kepada lebih banyak orang dan organisasi di serata dunia.

Akses 10-gigabit merata juga akan memerlukan rangkaian pembawa tertumpu untuk berkembang menjadi rangkaian pengangkut elastik, berkualiti tinggi. Kebanyakan rangkaian metro AI dan optik akan perlu menyokong 400G dan berkembang seterusnya kepada 800G. Rangkaian tulang belakang juga akan menyokong 400G, dengan keupayaan pengangkut yang lebih kuat. Rangkaian silang-sambung optik (OXC) hujung-ke-hujung akan memberi jaminan pengalaman untuk perkhidmatan peka-kependaman. Ketika ini, kependaman yang boleh diterima untuk perkhidmatan rangkaian akses, metro dan nasional masing-masing ialah 1 milisaat, 5 milisaat dan 20 milisaat.

Di samping itu, pusat data hiper-tertumpu akan diperlukan untuk menyerlahkan kuasa pengkomputeran AI sepenuhnya. Dengan mengguna pakai seni bina hiper-tertumpu termaju, Wang berkata, rangkaian pusat data akan berupaya memenuhi keperluan pengkomputeran tujuan am, storan, pengkomputeran berprestasi tinggi dan pengkomputeran AI. Apabila digandingkan dengan saling sambungan berkelajuan tinggi 800GE, ini akan meningkatkan pulangan pelaburan dengan ketara. Dengan algoritma notifikasi kesesakan tak tersirat dan algoritma imbangan beban skala rangkaian, rangkaian tak hilang dengan 85% IOPS lebih tinggi dan rangkaian kluster AI yang meningkatkan kecekapan latihan sebanyak 20% dapat dicapai.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, model besar telekomunikasi akan diperlukan untuk menjadikan rangkaian lebih berautonomi dan memberikannya keupayaan pengoptimuman kendiri. Rangkaian semasa dengan tahap automasi dan pendigitalan tinggi tidak lama lagi dijangka akan menggabungkan fungsi-fungsi pintar baharu yang akan menjadikannya lebih berautonomi. Model besar telekomunikasi boleh mempercepatkan proses ini untuk membangunkan rangkaian pemanduan berautonomi (ADN) L4 yang didorong oleh hasrat dan menyokong interaksi manusia-komputer serta pengoptimuman kendiri. Model-model ini sudahpun membolehkan jurutera mengurus set peralatan dua kali ganda lebih banyak berbanding apa yang mereka boleh lakukan sebelum ini.

Wang menegaskan bahawa ultra-jalur lebar merupakan infrastruktur kritikal yang akan mendorong pertumbuhan ekonomi digital. Beliau menyeru para penggiat ekosistem yang berbeza untuk saling bekerjasama bagi memberi sokongan dasar dan mempercepatkan inovasi perniagaan, aplikasi produk dan pembangunan ekosistem. Dengan menjalin kerjasama, Wang menyimpulkan, industri ultra-jalur lebar akan terus mara ke hadapan, memaksimumkan produktiviti digital agar lebih banyak orang dan organisasi akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan digital.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications