omniture

Huawei Bekerjasama dengan Pembawa Bangunkan Sambungan Pintar Premium demi Kejayaan Perniagaan dalam Era Kecerdasan Digital

Huawei
2023-10-16 10:08 38

DUBAI, UAE, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Di UBBF 2023, Richard Liu, Presiden Jabatan Pemasaran & Penjualan Penyelesaian Carrier BG Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Menerima Peluang Baharu dengan Sambungan Pintar Premium." Beliau menjelaskan bahawa terdapat lima keupayaan sambungan pintar premium dan menyatakan bahawa pembawa memerlukan sambungan berkenaan untuk merebut peluang baharu dalam era kecerdasan digital.

Richard Liu speaking at the 9th Ultra-Broadband Forum
Richard Liu speaking at the 9th Ultra-Broadband Forum

Lima keupayaan berkenaan adalah seperti berikut:

Gigabit merata: Memandangkan rumah pintar dan perkhidmatan awan rumah menjadi semakin popular, rangkaian pembawa harus bersedia untuk sambungan gigabit merata dan keupayaan untuk berkembang kepada 10G. Penyelesaian FTTR Huawei menyediakan liputan Wi-Fi seluruh rumah dan penyelesaian XGS-PON memenuhi keperluan sambungan gigabit huluan dan hiliran simetri untuk perkhidmatan awan rumah. Di samping itu, penyelesaian PON 50G Huawei membantu pembawa mengembangkan rangkaian akses mereka dengan lancar kepada akses 10G, lalu menyampaikan pengalaman perkhidmatan rumah yang lebih baik.

Tembok api: Perkhidmatan akses awan dan akses Internet yang ditawarkan kepada perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) memerlukan pembawa menyediakan perkhidmatan pergabungan awan, rangkaian dan tembok api. Penyelesaian Cloud-Network Express+ Huawei menyediakan perkhidmatan ICT sehenti — termasuk talian persendirian + tembok api dan + perkhidmatan pengurusan Wi-Fi — untuk memenuhi keperluan PKS bagi sambungan ultra-jalur lebar dengan tembok api.

Ultra-jalur lebar elastik: Memandangkan semakin banyak perusahaan memindahkan sistem pengeluaran teras mereka — bukan sekadar sistem automasi pejabat — ke awan, ultra-jalur lebar elastik bermula daripada 100 Mbps hingga 1000 Mbps dan sehingga 10 Gbps diperlukan. Penyelesaian Tulang Belakang Berbilang-Awan Huawei dan Talian Persendirian OTN dapat menawarkan lebih daripada 100 ribu hirisan rangkaian dan lebar jalur amat besar, membantu pembawa merealisasikan rangkaian akses berbilang awan dan menjamin peralihan ke awan (cloudification) perusahaan.

Kependaman rendah: Aplikasi seperti penstriman langsung dan Internet Pelbagai Kenderaan (IoV) menggalakkan inovasi perkhidmatan pinggir, memacu pembawa untuk mereka bentuk semula rangkaian pengangkut demi jaminan kependaman rendah. Huawei menyediakan teknologi 400G + OXC untuk membantu pembawa melancarkan rangkaian ultra-jalur lebar berpusatkan-DC dengan kependaman rendah yang mampu berkembang kepada 800G dan merealisasikan perkhidmatan kependaman berasaskan 10ms untuk mendorong pembangunan perkhidmatan yang inovatif.

Transmisi tak hilang pintar: Dalam era pengkomputeran pintar, pembangunan diselaraskan bagi transmisi dan kuasa pengkomputeran memerlukan rangkaian pengkomputeran pembawa menawarkan transmisi tak hilang pintar. Untuk sambungan intra-awan, penyelesaian AI Network Turbo Huawei dapat mengupayakan pengimbangan beban dengan pintar. Bagi sambungan antara-awan pula, Huawei menyediakan keupayaan rangkaian pengangkut 400G hujung-ke-hujung yang bersedia untuk evolusi 800G yang lancar dan mempercepatkan penggunaan komersial berskala besar perkhidmatan pengkomputeran.

Momentum pembangunan industri perlu dijana secara mampan oleh kedua-dua teknologi dan perniagaan. Dari segi teknologi, Huawei terus bekerjasama dengan pembawa dan institut piawaian industri bagi memajukan standard industri 5.5G dan rangkaian sasaran berorientasikan-5.5G. Dengan cara ini, ia akan dapat memenuhi keperluan angkut balik mudah alih 100G dan pengangkutan rangkaian 400G/800G yang dibawa oleh akses 10Gbps merata. Dari segi perniagaan, Huawei bekerjasama dengan pembawa bersama-sama untuk menggunakan sambungan pintar premium, meningkatkan penggunaan komersial dalam senario penting dan akhirnya membuka nilai transformasi kecerdasan digital dalam industri-industri.

Richard menegaskan keupayaan Huawei berupaya untuk melancarkan sambungan pintar premium dan banyak penyelesaian canggihnya telahpun disediakan secara komersial di seluruh dunia. "Daripada Ekstrem kepada Cemerlang", Huawei bersedia untuk bekerjasama dengan pembawa bagi membangunkan sambungan pintar premium demi kemakmuran bersama dalam era kecerdasan digital.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services