omniture

Pengguna yang Membeli Tiket Perjalanan Bas Gray Line atau CitySights "Hop-On, Hop-Off" di Bandar New York Boleh Dapatkan Bayaran Balik Sehingga $20 Bagi Setiap Tiket

Susman Godfrey LLP
2014-07-07 21:00 102

NEW YORK, 7 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Maklumat berikut telah dikeluarkan oleh firma guaman SUSMAN GODFREY LLP.

Terdapat penyelesaian bernilai $19 juta antara Twin America, LLC, Coach USA, Inc., International Bus Services, Inc., CitySights LLC, dan CitySights Twin, LLC (dikenali sebagai "Defendan").

Tuntutan mahkamah belum selesai di mahkamah persekutuan Bandar New York mendakwa Coach dan CitySights berkomplot untuk membentuk usaha sama Twin America, menentang kerajaan dan undang-undang persekutuan. Tuntutan mahkamah tersebut mendakwa syarikat baharu itu mendominasi perniagaan perjalanan bas "hop-on, hop-off" di Bandar New York yang akhirnya membolehkan pihak Defendan menetapkan harga tiket serta mengurangkan persaingan – menyebabkan berlakunya kenaikan harga tiket untuk para pengguna. Pihak Defendan menafikan mereka telah berbuat salah.

Secara umum, penyelesaian tersebut termasuklah sesiapa sahaja yang telah membeli tiket perjalanan bas "hop-­on, hop-off" Gray Line atau CitySights di Bandar New York bermula pada 1 Februari 2009 hingga 16 Jun 2014.

Dana Penyelesaian tersebut akan membayar:

  • Pengguna sehingga $20 bagi setiap tiket Hop-On, Hop-Off yang layak.
  • Kos untuk melaksanakan penyelesaian tersebut, serta bayaran untuk peguam dan juga bayaran untuk Wakil Kumpulan.

Jika terdapat wang baki daripada Dana Penyelesaian setelah tuntutan, kos dan juga cukai telah diselesaikan, ia akan diserahkan kepada Jabatan Kehakiman, Bahagian Antitrust, dan/atau Pejabat Peguam Negara New York.

Maklumat Penting

  • Pengguna perlu memfailkan tuntutan secara dalam talian atau melalui pos selewat-lewatnya 19 Januari 2015 bagi mendapatkan bayaran.
  • Pengguna yang tidak berbuat apa-apa tidak akan mendapat bayaran dan akan menyerahkan hak untuk membuat dakwaan.
  • Pengguna yang masih mahu mengekalkan hak untuk mendakwa pihak Defendan perlu mengecualikan diri menjelang 5 September 2014.
  • Pengguna yang mahu terus membuat penyelesaian itu boleh membuat bantahan menjelang 5 September 2014.
  • Mahkamah akan mengadakan perbicaraan terhadap kes ini pada 20 Oktober 2014, bagi mempertimbangkan sama ada untuk meluluskan penyelesaian dan pembayaran bagi bayaran peguam sehingga satu pertiga daripada Dana Penyelesaian, berserta pembayaran balik perbelanjaan, dan pembayaran untuk khidmat khas bernilai $20,000 masing-masing kepada dua Wakil Kumpulan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang penyelesaian tersebut atau untuk memperoleh borang tuntutan, sila layari www.TourBusSettlement.com atau hubungi 1-866-431-9265.

Source: Susman Godfrey LLP
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Transportation Travel Legal issues