![]() |
Gabungan tawaran ini memperluas liputan armada Pole Star yang terkemuka dalam industri dan melengkapkan penerajuannya dalam sekatan dan pemantauan kapal.
LONDON, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pole Star Global, perintis dan peneraju pasaran dalam teknologi kecerdasan maritim yang memiliki armada laut biru di bawah pengurusan yang terbesar, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan pengambilalihan StratumFive, sebuah syarikat teknologi maritim yang terkemuka. Podium5 daripada StratumFive, sebuah platform informatik pelayaran yang memenangi anugerah, menghimpunkan pemantauan armada, pematuhan peraturan, analisis prestasi dan pengoptimuman pelayaran ke dalam satu platform yang hebat.
Pengambilalihan StratumFive mewakili perkembangan semula jadi bagi Pole Star Global kerana kedua-dua syarikat ini berkongsi pengkhususan yang mendalam untuk menyampaikan penyelesaian inovatif yang memperkasakan komuniti maritim. Gabungan ini memperluaskan liputan armada Pole Star yang terkemuka dalam industri dan melengkapkan penerajuannya dalam penyelesaian pematuhan dan penjejakan kapal dengan PurpleTRAC dan MDA yang digunakan oleh agensi kerajaan, bank global dan pengendali kapal yang terkemuka di seluruh dunia. Platform Podium5 memanfaatkan keupayaan FleetWeather yang diambil alih sebelum ini, dengan rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan prestasi dan keselamatan kapal melalui pengoptimuman laluan berasaskan model yang termaju.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan penyertaan StratumFive ke dalam keluarga Pole Star," kata Bob Skea, Ketua Pegawai Eksekutif Pole Star Global. "Dengan bergabung tenaga, kami mengesahkan komitmen kami terhadap inovasi untuk para pelanggan kami. Platform Podium5 bukan sahaja meningkatkan keupayaan kami dalam analisis pelayaran yang penting, namun ia juga mempercepatkan usaha kami dengan ketelusan dan perancangan pelepasan kapal yang penting kerana kami mendayakan rakan kongsi yang dipercayai di seluruh rangkaian maritim. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Stuart, Ross dan pasukannya."
Mengulas mengenai pengambilalihan tersebut, Stuart Nichols, Pengasas Kumpulan StratumFive berkata, "Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Pole Star. Perkongsian ini akan membolehkan kami mempercepatkan pembangunan penyelesaian inovatif yang akan mengubah industri maritim selanjutnya. Secara bersama-sama, kami akan terus menyediakan perkhidmatan dan sokongan terbaik yang diharapkan kepada para pelanggan kami." Stuart Nicholls dan Ketua Pegawai Eksekutif StratumFive, Ross Martin akan menyertai Pole Star dalam jawatan peringkat kepimpinan baharu yang diwujudkan bagi memastikan kesinambungan kepada para pelanggan dan rakan kongsi.
Ross Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan StratumFive berkata, "Podium5 menyediakan penyelesaian yang amat diperlukan oleh industri kami dalam merealisasikan pendigitalan dan kecekapan operasi lain berkenaan bidang perkapalan. Jangkauan kami kepada sektor ini sepanjang pembangunan Podium telah menunjukkan bahawa ia adalah pembawa pembaharuan dalam membuat keputusan. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Pole Star bagi mendorong kemakmuran digital di seluruh industri kami.''
Tentang Pole Star: Pole Star Global dipercayai oleh entiti kawal selia terkemuka di dunia dan merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang beroperasi di pusat ekosistem maritim dengan menghubungkan agensi kerajaan, pasaran kewangan & pemilik dan pengendali kapal. Pihak berkepentingan bergantung pada Pole Star untuk menilai pelaku yang bertanggungjawab serta merapatkan jurang antara penyedia perkhidmatan, pengawal selia dan pembiaya. Cerapan maritim ramalan, data dan kepakaran kami yang tiada tandingan membolehkan para pelanggan kami bertindak secara bertanggungjawab dalam bidang kewangan perdagangan, kawalan pelepasan, kehidupan di laut, pengawasan, pengelakan sekatan dan pengurusan risiko operasi dan reputasi.
Tentang StratumFive: Kumpulan StratumFive telah menjadi penyedia penyelesaian perisian terkemuka yang dipercayai kepada komuniti perkapalan komersial selama lebih daripada sedekad. Rangkaian globalnya yang merangkumi pusat operasi FleetWeather yang diambil alih sebelum ini di Amerika Syarikat dan sejarah kecemerlangan perkhidmatannya selama 50 tahun. Pada permulaan tahun 2022, kumpulan ini telah melancarkan Podium5, iaitu platform informatik pelayaran yang canggih. Podium5 memperkasa pengendali maritim untuk menjimatkan masa, menjimatkan bahan api, mengurangkan pelepasan dan memastikan pematuhan kawal selia - semuanya dilakukan sambil memastikan keselamatan anak kapal, kapal dan kargo sepenuhnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pole Star Global dan anak syarikatnya yang baru diambil alih, StratumFive, sila layari www.polestarglobal.com dan www.stratumfive.com.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi pr@polestarglobal.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1960954/Pole_Star_Logo.jpg?p=medium600