omniture

Xinhua Silk Road: Huai'an, bandar kreatif gastronomi UNESCO, terokai pembangunan inovatif industri makanan melalui ekspo makanan serantau ulung

Xinhua Silk Road
2023-10-16 21:29 91

BEIJING, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Di Huai'an yang terletak di timur China, sebuah ekspo makanan ulung di bahagian utara Delta Sungai Yangtze telahpun bermula pada hari Khamis, menghimpunkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk berkongsi kebijaksanaan bagi menggiatkan semula industri makanan dan memberi manfaat yang lebih baik kepada orang ramai.

The photo shows the venue for the conference on innovative development of the world gastronomic capital.
The photo shows the venue for the conference on innovative development of the world gastronomic capital.

Pada 12 Oktober, Ekspo Makanan Antarabangsa (Huai'an) China ke-6 dan Pameran Ekonomi dan Perdagangan Musim Luruh Emas bermula di bandar itu, tempat asal utama hidangan masakan Huaiyang yang terkenal, salah satu daripada empat hidangan tradisional utama di China dan akan berlangsung hingga 14 Oktober.

Sebelum ekspo makanan, satu lagi persidangan mengenai pembangunan inovatif ibu kota gastronomi dunia turut diadakan di Huai'an untuk membincangkan langkah-langkah bagi membina dengan lebih baik bandar kreatif gastronomi.

Sebagai tempat penting untuk pembangunan hidangan Huaiyang, Huai'an telah meletakkan kepentingan yang tinggi untuk mendorong industri hidangan Huaiyang dan dengan berkongsi bersama dunia budaya gastronomi hidangan Huaiyang yang tak lapuk dek zaman, bandar tersebut menjadikannya lebih terkenal oleh dunia luar.

Pada tahun 2021, Huai'an menjadi "Bandar Gastronomi" UNESCO kelima di China, menyusuli Chengdu, Shunde, Macao dan Yangzhou.

Wang Xianghong, timbalan datuk bandar bagi bandar berkenaan, berkata hidangan Huaiyang dengan ciri menggamit perhatian terhadap Huai'an telah berintegrasi secara mendalam dengan pembangunan ekonomi dan sosial bandar tersebut dan selain daripada mempromosikan hidangan Huaiyang, Huai'an memberi perhatian yang teliti sejak kebelakangan ini untuk memanfaatkan peranannya sebagai salah satu ibu kota gastronomi dunia bagi merancakkan industri makanan tempatan demi pembangunan kualiti yang lebih tinggi.

Justeru itu, beliau berharap agar hadirin persidangan tersebut dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai pewarisan dan penerapan budaya hidangan Huaiyang dan melanjutkan kerjasama yang berkaitan.

Makanan yang lazat sentiasa menjadi pertalian yang penting untuk pertukaran budaya global yang lebih erat. Ekspo makanan itu menyediakan platform yang ideal untuk perhubungan aktif bandar-bandar di dunia dan akan membantu memperkayakan kepelbagaian dan kelestarian bandar, kata seorang pakar daripada UNESCO Creative Cities Network.

Semasa Persidangan tersebut, sijil-sijil ibu kota gastronomi dunia disampaikan kepada para perunding makanan bandar khas dan wakil-wakil dari Xiamen, Chengdu, Wuhan, Qingdao, Suzhou dan Chaozhou di China serta Phuket, Thailand berkongsi pengalaman mengenai makanan kreatif serta topik-topik lain yang berkaitan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336473.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Food/Beverages Publishing/Information Service Trade show news