omniture

Cloud Melesenkan Teknologi Cloudlifter kepada Shure sempena SM7dB Baharu

Cloud Microphones
2023-10-16 22:00 0

TUCSON, Arizona, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Cloud Microphones telah menjadi terkenal sejak sedekad lalu dengan kebangkitan Pengaktif Mikrofon Cloudlifter (Cloudlifter Mic Activator) asal, iaitu alat audio berkualiti tinggi tanpa kompromi yang menukar kuasa fantom menjadi gandaan ultra bersih untuk mikrofon dinamik, reben dan tiub dengan output rendah. Shure SM7B yang dikagumi ini ialah salah satu mikrofon yang mendapat manfaat besar daripada gandaan Cloudlifter, dan gabungan ini telah menjadi standard untuk kebanyakan penggunaan audio termasuk rakaman muzik, audio siaran, penyiaran dan kerja alih suara.

Diaktifkan oleh Cloud. Dioptimumkan oleh Shure.

Buat pertama kalinya, Cloud telah melesenkan teknologi Cloudlifter mereka yang dipatenkan, melalui bekerjasama dengan Shure untuk pelancaran di peringkat global bagi mikrofon hebat generasi seterusnya ini, iaitu SM7dB. Mikrofon baharu ini menggabungkan prapenguat aktif terbina dalam yang direka khas dengan teknologi yang dilesenkan daripada Cloud Microphones dan ditala oleh Shure khusus untuk SM7dB, bagi memastikan penghasilan audio yang hebat untuk pelbagai sumber, daripada bisikan hinggalah kepada jeritan.

" SM7B dan Cloudlifter telah digunakan dengan cara yang sama selama bertahun-tahun sehingga sekarang," kata RJ Cloud, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Cloud Microphones. "Lesen untuk Shure ini membawakan kualiti dan kemudahan teknologi ini ke dalam satu pakej untuk pelanggan. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian mikrofon SM7 yang ikonik."

Untuk maklumat lanjut tentang produk Shure, sila layari www.shure.com.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Cloud, sila layari www.cloudmicrophones.com.

Hubungan:
Brian McConnon
Music Marcom
brian@musicmarcom.com 
610-480-8360

Tentang Cloud Microphones
Berpangkalan di Tucson, Arizona, Cloud Microphones mereka bentuk dan mengeluarkan mikrofon reben berkualiti tinggi dan Pengaktif Mikrofon asal: iaitu Cloudlifter. Cloud telah menjadi penerima pelbagai anugerah industri serta anugerah Presidential "E" dan "E-Star" yang berprestij, yang mengiktiraf sumbangan besar Cloud Microphones kepada pengembangan bahan eksport buatan AS. Cloud Microphones dan Cloudlifters dihasilkan secara bertanggungjawab di AS.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2246170/Cloud_Microphones_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cloud Microphones
Keywords: Computer/Electronics New products/services Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing