omniture

BlackBerry Mengumumkan Pembantu Keselamatan Siber Dikuasakan AI Generatif

BlackBerry Limited
2023-10-16 22:28

Inovasi BlackBerry bertindak sebagai Penganalisis SOC yang dikuasakan AI Generatif untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan keletihan untuk pasukan CISO

WATERLOO, ON, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- BlackBerry Limited (NYSE: BB; TSX: BB) hari ini mengumumkan pembantu dikuasakan AI Generatif baharunya untuk pasukan Pusat Operasi Keselamatan (Security Operations Center, SOC). Penyelesaian gred perusahaan ini bertindak sebagai Penganalisis SOC berasaskan AI Generatif yang menyediakan analisis ancaman siber dan sokongan untuk meningkatkan operasi CISO. Ia memanfaatkan model bahasa besar (LLM) peribadi untuk ketepatan dan privasi data yang lebih baik. 

Penyelesaian ini, yang akan tersedia kepada pelanggan Cylance® AI BlackBerry, dapat meramalkan keperluan pelanggan untuk memberikan maklumat secara proaktif dan bukannya memerlukan pengguna umtuk bertanya soalan secara manual dan memampatkan waktu penyelidikan kepada beberapa saat. Disepadukan sepenuhnya dalam Cylance Console, ia menghasilkan aliran kerja semula jadi dan bukannya pengalaman chatbot yang tidak cekap. Cylance dilancarkan sebagai penyelesaian keselamatan siber AI yang pertama dalam industri dan penyelesaian keselamatan siber ramalan yang pertama dalam industri. Keselamatan siber ramalan adalah satu kemestian untuk risiko siber yang baru muncul dan dilihat sebagai masa depan keselamatan siber.

"BlackBerry mempelopori pasaran keselamatan siber AI dan komitmen kami terhadap inovasi bermakna kami sekali lagi berada di barisan hadapan dalam industri ketika kami memperkenalkan pembantu keselamatan siber dikuasakan AI Generatif kami," kata Nathan Jenniges, SVP & GM Spark, Unit Perniagaan Keselamatan Siber, BlackBerry. "Penyelesaian baharu ini akan membolehkan pelanggan kami memodenkan operasi SOC mereka bagi membantu mereka untuk kekal selangkah di hadapan musuh. Ia akan menjadi sesuatu yang tidak ternilai untuk CISO dalam mengatasi cabaran yang mereka hadapi, termasuk landskap ancaman yang berkembang dan kekangan sumber."

BlackBerry telah menyampaikan inovasi transformatif selama hampir empat puluh tahun dan terus menetapkan piawaian dalam industri teknologi. Dalam bidang AI, perkara ini dibuktikan oleh syarikat ini pada hari ini yang mempunyai lebih daripada lima kali ganda paten AI/ML daripada pesaing dan AI yang disepadukan di seluruh portfolio produk syarikat. Tambahan pula, BlackBerry pada awal bulan ini merupakan salah satu penandatangan pertama bagi Kod Tatakelakuan sukarela Kanada mengenai pembangunan dan pengurusan sistem AI Generatif yang bertanggungjawab.

BlackBerry Patents
BlackBerry Patents

"AI Generatif berpotensi untuk memberikan nilai ekonomi yang luar biasa, menjadikannya bidang tumpuan untuk BlackBerry. Portfolio paten kami sudah merangkumi AI Generatif," kata Charles Eagan, Ketua Pegawai Teknologi BlackBerry. "Sepanjang proses inovasi, kami mengambil komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian gred perusahaan dengan serius - inovasi yang memberikan nilai dan bukannya bertindak balas kepada gembar-gembur - seperti yang ditunjukkan oleh pengumuman hari ini dan kami menjadi salah satu penandatangan pertama Kod Tatakelakuan AI Generatif sukarela Kanada."

Pembantu keselamatan siber dikuasakan AI Generatif BlackBerry pada mulanya akan tersedia kepada kumpulan pelanggan terpilih.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila mendaftar untuk Sidang Kemuncak BlackBerry yang berlangsung pada 17 Oktober, di mana pemimpin daripada kerajaan, perusahaan dan BlackBerry akan mendedahkan masa depan IoT, IT dan Keselamatan Siber serta mempamerkan inovasi BlackBerry terkini.

Tentang BlackBerry
BlackBerry (NYSE: BB; TSX: BB) menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia. Syarikat ini mendapatkan lebih 500 juta titik akhir termasuk lebih 235 juta jentera. Berpangkalan di Waterloo, Ontario, syarikat ini memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin untuk menyampaikan penyelesaian inovatif dalam bidang keselamatan siber, sekuriti dan penyelesaian privasi data, serta merupakan peneraju dalam bidang keselamatan titik akhir, pengurusan titik akhir, penyulitan dan sistem terbenam. Visi BlackBerry adalah jelas - untuk menjamin masa depan yang terhubung yang boleh anda percayai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari BlackBerry.com dan ikuti @BlackBerry.

Tanda dagangan, termasuk namun tidak terhad kepada BLACKBERRY dan EMBLEM Design ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar BlackBerry Limited, dan hak eksklusif untuk tanda dagangan tersebut adalah terpelihara dengan nyata. Semua tanda dagangan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing. BlackBerry tidak bertanggungjawab untuk sebarang produk atau perkhidmatan pihak ketiga.

Hubungan Media:
Perhubungan Media BlackBerry
+1 (519) 597-7273
mediarelations@blackberry.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2247444/Gen_AI_V5.jpg?p=medium600
Logo - 
https://mma.prnasia.com/media2/726868/BlackBerry_Logo.jpg?p=medium600

Source: BlackBerry Limited
Related Stocks:
NYSE:BB Toronto:BB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Artificial Intelligence