![]() |
LOS ANGELES, 17 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Minggu Fesyen LA (LAFW), sebuah platform yang diiktiraf di peringkat global untuk para pereka dan jenama, dengan sukacitanya mengumumkan barisan rakan kongsi rasmi bagi acara tahun ini. Dianjurkan di tengah-tengah bandar Hollywood pada 18 hingga 22 Oktober di Studio NYA, LAFW dikhususkan untuk mempamerkan gaya Los Angeles yang pelbagai dan dinamik sambil memupuk bakat yang sedang meningkat naik dengan tema: "Memperkasakan Pereka, Memperkasakan Impian". Acara luar biasa ini, di bawah kepemimpinan berwawasan N4XT Experiences, menjangkaui konsep minggu fesyen konvensional, yang menggabungkan fesyen, kecantikan, teknologi dan kelestarian dengan keterangkuman sebagai asasnya.
LAFW ingin mengucapkan selamat datang kepada semua rakan kongsi mereka yang melalui sokongan mereka telah merealisasikan program yang luar biasa bagi musim ini. Antaranya ialah jenama terkenal seperti Lancôme, SAP, SAP.iO, De Beers Group, Citi, %Arabica, Mercedes Benz dari Los Angeles dan PATH dengan rakan media rasmi, The Los Angeles Times dan rakan kongsi hospitaliti, Dream Hollywood dan The West Hollywood EDITION.
Rakan kongsi LAFW memainkan peranan penting dalam meningkatkan pelbagai program ini yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Oktober ini – yang merangkumi pertunjukan peragaan pakaian yang dinanti-nantikan kepada perbincangan panel yang menarik hingga sambutan parti selepas acara tersebut yang eksklusif dan dipenuhi para bintang. Pada tahun ini, LAFW akan memperkenalkan konsep sulung daripada N4XT Experiences, iaitu Beautylab – pemasangan fizikal yang inovatif yang mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi kecantikan dan kelestarian melalui kerjasama dengan Lancôme. Pemasangan ini akan menyerlahkan Krim Lancôme's Rénergie H.P.N. 300-Peptide.
Sebahagian daripada transformasi dan peningkatan LAFW melalui N4XT ialah khemah imersif dan interaktif, SAP yang akan menjadi sebahagian daripada keseluruhan program ini. Pengalaman peruncitan yang canggih ini akan disertai oleh para pereka yang mengambil bahagian pada setiap hari di mana peserta berpeluang untuk terlibat dengan jenama ini dan membeli koleksi mereka. LAFW 2023 akan turut menampilkan pameran digital imersif yang canggih, termasuk SAP.iO dengan rakan kongsi strategik, BigThinx, yang akan mencipta pengalaman fesyen maya dengan para pereka terpilih.
LAFW telah menyusun senarai pereka dan jenama yang luar biasa pada musim ini yang dibarisi oleh Imitation of Christ sebagai pertunjukan pembukaan, serta Theophilio, Luis De Javier, Sergio Hudson, BruceGlen, Neon Cowboys, Advisry, TOMBOGO, Demobaza, Sami Miro Vintage, Gypsy Sport, Claude Kameni, The Blonds, Tadashi Shoji, Cristina Nitopi, Kwame Adusei, Simkhai, Saintwoods dan No Sesso sebagai penutup pertunjukan peragaan pakaian ini.
N4XT kekal komited terhadap empat tonggak utamanya – fesyen, kecantikan, teknologi dan kelestarian – serta komitmennya terhadap keterangkuman yang dijalankan melalui setiap aspek program dan kalendar acara N4XT. N4XT dan pengasas bersamanya – Ciarra Pardo, Imad Izemrane, Marcus Ticotin dan Keith Abell – tidak sabar untuk menganjurkan musim yang menarik dan transformatif yang tidak akan dapat direalisasikan tanpa sumbangan yang luar biasa daripada rakan kongsi, para pereka dan pasukan kami.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Chapter 2: Hanna Magstadt, hanna@chapter2agency.com.
IG: @LAFW
www.LAFW.net
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2247235/LAFW_by_N4XT_Experiences_Logo.jpg?p=medium600