omniture

Air China dan Lufthansa Group Perkukuh Perkongsian Strategik

Air China
2014-07-08 18:09 126

BEIJING, 8 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Ketika Canselor Jerman, Dr Angela Merkel membuat lawatan rasmi ke China, Song Zhiyong, Presiden & Pengarah Eksekutif Air China Limited serta Carsten Spohr, Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Lufthansa AG, telah menandatangani memorandum persefahaman di Beijing untuk memperluas skop perkongsian strategik antara syarikat masing-masing.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO

Song Zhiyong, Presiden & Pengarah Eksekutif Air China Limited serta Carsten Spohr, Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Lufthansa AG, telah menandatangani memorandum persefahaman berkenaan kerjasama usaha sama penumpang untuk memperkukuh perkongsian strategik, ketika lawatan Canselor ke China.

Presiden Song Zhiyong berkata pada majlis menandatangani memorandum persefahaman tersebut pada 7 Julai di Beijing, "Segala usaha Air China untuk menjadi syarikat penerbangan jaringan global tidak mungkin berhasil tanpa perikatan dan kerjasama dengan rakan kongsi kami. Kerjasama usaha sama masa depan dengan Lufthansa akan memudahkan usaha Air China untuk memperluas jaringan laluan antarabangsa, di samping membolehkan kami untuk mencapai keputusan menang-menang serta dapat menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan dan juga keselesaan kepada para penumpang kami."

"Bersama Air China, kami berasa amat gembira kerana dapat menawarkan perkhidmatan dan sambungan penerbangan yang lebih baik pada masa depan kepada para pelanggan, terutama sekali mereka yang berada di Eropah dan China," ujar En. Carsten Spohr. "Hasil daripada perkongsian strategik dengan syarikat penerbangan ulung, syarikat penerbangan Lufthansa Group kini dapat menghubungkan empat ekonomi terbesar dunia dengan lebih baik."

Pada musim panas 2014, Air China dan Lufthansa telah menggabungkan input kapasiti bagi 81 penerbangan setiap minggu di laluan Sino-Jerman. Sehingga hari ini, Air China dan Lufthansa telah melakukan perkongsian kod untuk semua penerbangan antara China dan Jerman. Sementara itu, menerusi perkongsian kod tempatan dan negara ketiga, Air China dan Lufthansa boleh memperluas capaian jaringan kepada 9 mata di China dan Jerman, selain beberapa destinasi seperti Zurich, Sepanyol, Brazil, dan sebagainya. Usaha sama baharu dengan Lufthansa ini juga akan menawarkan rangkaian produk yang lebih berkepelbagaian serta boleh digabungkan dengan lebih fleksibel kepada para pelanggan kedua-dua syarikat penerbangan. Ini juga menyediakan sambungan penerbangan serta pilihan perjalanan tambahan. Perjanjian perkongsian baharu ini perlu dikuatkuasakan dalam dua fasa seawal permulaan jadual penerbangan musim sejuk pada akhir Oktober 2014. Kedua-dua syarikat turut menandatangani memorandum persefahaman bagi memperluas kolaborasi dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan serta khidmat baik pulih.

Sebagai syarikat penerbangan terbesar antara China dan Eropah, Air China telah memperluas jaringan laluan miliknya yang meliputi seluruh Eropah. Sehingga hari ini, Air China memiliki 23 laluan penerbangan antara China dan Eropah dengan 194 penerbangan setiap hari, melibatkan perjalanan ke 19 bandar utama di Eropah termasuk London, Paris, Frankfurt, Vienna, Rom, Moscow, Madrid, dan sebagainya. Pada tahun 2013, Air China telah membawa 1.95 juta penumpang antara China dan Eropah dengan faktor beban puratanya melebihi 80 peratus. Berdasarkan jaringan global yang mantap dan seimbang dengan Beijing sebagai hab, dan terutamanya sejak ia menyertai Star Alliance pada tahun 2007, Air China mampu membawa penumpang ke 1328 lapangan terbang di 195 negara. Perkongsian usaha sama dengan Lufthansa ini menandakan satu lagi langkah penting dalam proses globalisasi Air China dan akan menyediakan lebih banyak sambungan penerbangan serta keselesaan perjalanan untuk para penumpang.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Contracts