HONG KONG, 9 Julai 2014 /PRNewswire/ -- ImagineX Group ('ImagineX'), syarikat pengurusan serta pengedaran runcit dan jenama ulung di Asia, dan Authentic Brands Group, LLC ('ABG'), pemilik baharu Juicy Couture, hari ini telah mengumumkan perkongsian francais jangka panjang yang akan memacu peluasan pasaran dan pembangunan kategori, bagi menempa kedudukan Juicy Couture sebagai jenama fesyen gaya hidup kontemporari ulung di China. Perkongsian ini akan memberikan momentum bagi menambah lebih banyak kedai Juicy Couture di serata Asia, memperluas jangkauan jenama itu dengan rangkaian produk baharu; dan turut menyokong inisiatif pertumbuhan serantau lebih maju.
ImagineX, salah satu syarikat dalam The Lane Crawford Joyce Group, mula-mula sekali membeli hak pengurusan dan pengedaran Juicy Couture untuk Rantau Besar China dan Asia Tenggara pada tahun 2006 dan kini mengendalikan lebih 80 tempat jualan di Hong Kong, Macau, Taiwan, tanah besar China, Singapura, Malaysia serta Thailand.
Sebagai jenama kontemporari peneraju pertama di rantau itu, jenama Juicy Couture diiktiraf oleh pelanggan serata Asia kerana tenaga dan gaya berinspirasi LA miliknya yang tersendiri. Dengan pasukan bersepadu menegak yang mengkhusus kepada perniagaan itu, ImagineX telah terlibat secara proaktif dalam rekaan dan pembangunan produk, pemasaran dan kreatif, yang tersuai khusus secara tersendiri berdasarkan pasarannya. Hasilnya, perniagaan Juicy Couture di Rantau Besar China telah sentiasa mencatatkan rekod pertumbuhan angka berganda yang tinggi tahun demi tahun dan telah melaporkan pertumbuhan mantap secara berterusan sepanjang tahun lepas walaupun dengan berlakunya kelembapan pasaran.
Perkongsian baharu itu merangkumi jangka masa minimum selama 10 tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu selama dua jangka masa 10 tahun lagi, lalu menekankan lagi komitmen ABG untuk mengubah Juicy Couture menjadi jenama gaya hidup serta wawasan yang dikongsi bersama ImagineX bagi peranan penting Rantau Besar China dalam memacu perniagaan global itu.
Fasa pertumbuhan seterusnya akan ditumpukan pada pelanjutan jenama bagi mewujudkan jenama gaya hidup yang lengkap, serta rangkaian pengedaran bersepadu yang melangkaui pusat membeli-belah. Dengan meneruskan kejayaan Black Label Collection Juicy Couture di Asia, koleksi kasut baharu yang dihasilkan oleh Steve Madden akan dilancarkan pada tahun 2015. Koleksi Pakaian Dalam dan Koleksi Pakaian Kanak-kanak Perempuan Juicy Couture juga akan ditambah dengan beberapa kedai mandiri dirancang untuk dibuka dalam masa akan datang. Lebih 40 tempat jualan akan dibuka di beberapa lokasi penting, sementara lonjakan besar dalam e-dagang, dengan kedua-dua akaun omnisaluran dan akaun dalam talian pukal, akan meluaskan lagi jangkauan jenama itu secara signifikan merentasi rantau itu.
Jamie Salter, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Authentic Brands Group, memberi komen, "Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan ImagineX bagi membangunkan Juicy Couture menjadi gaya hidup global yang sebenar. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk membuka kedai konsep baharu kami di beberapa lokasi strategik di serata AS pada tahun 2015, yang kami percaya akan membawa jenama ini ke peringkat lebih tinggi lagi dalam pasaran domestik."
Kata Jamie lagi, "Di Asia, Juicy Couture dan ImagineX mempunyai hubungan yang berjaya dan sudah lama wujud dan kami gembira kerana dapat melanjutkannya lagi. ImagineX telah melakukan usaha yang bagus bagi membina jenama Juicy di Rantau Besar China, bukan sahaja daripada segi penumpuan mereka terhadap pembangunan runcit tetapi juga sumbangan mereka untuk pasukan rekaan, kreatif dan juga pembangunan perniagaan yang telah membawa Juicy ke kedudukan semasa mereka dalam pasaran Asia. Kami yakin perkongsian kami akan merebut peluang baharu dan akan sampai kepada lebih ramai pelanggan Juicy di Asia, yakni rantau yang membolehkan Juicy Couture terus berkembang pesat. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan ImagineX bagi mempercepat pertumbuhan Juicy Couture di Asia, selaras dengan matlamat jangka panjang kami untuk jenama itu dalam pasaran global. Pelan pertumbuhan kami di Asia selaras dengan evolusi jenama ini pada peringkat global, termasuk pembukaan kedai konsep baharu di AS pada tahun 2015; tawaran baharu daripada segi kasut, pakaian dalam dan juga pakaian kanak-kanak, serta perkembangan menguja untuk wangian, jam tangan, cermin mata dan pakaian renang."
Thomson Cheng, Pengarah Urusan ImagineX berkata: "Perniagaan Juicy Couture sedang berkembang pesat di Rantau Besar China dan kami teruja dapat bekerjasama dengan ABG bagi melaksanakan wawasan gaya hidup mereka. Kami dapat melihat potensi besar bagi jenama itu berkembang ke dalam kategori kasut yang sangat bernilai tinggi, dan turut mewujudkan peluang baharu daripada segi koleksi pakaian dalam dan kanak-kanak perempuan fesyen gaya kontemporari yang sehingga kini masih belum diusahakan dalam pasaran ini. Kami percaya rekod prestasi kami daripada segi kejayaan dan pengetahuan tentang jenama ini boleh menambah nilai kepada kemajuan masa hadapan Juicy Couture bukan sahaja bagi pasaran kami, tetapi juga pada peringkat global."
Bagi mendapatkan maklumat lanjut:
ImagineX Group
Li Na Hung
T: +852-2113-2141
E: linahung@imaginex.com.hk
Authentic Brands Group
Haley Steinberg
T: +646-612-7439
E: hsteinberg@abg-nyc.com
Artemis Associates
Diana Footitt
T: +852-2861-3488
E: diana.footitt@artemisassociates.com
Agnes Chan
T: +852-2861-3266
E: agnes.chan@artemisassociates.com