omniture

KENNAMETAL MELANCARKAN JERAYAWARA PEMOTONGAN LOGAM DI AMERIKA UTARA

Kennametal
2023-10-17 21:00 0

Lawatan interaktif ini membawa teknologi terkini secara terus kepada pelanggan baharu dan sedia ada 

PITTSBURGH, 17 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dengan matlamat untuk membawa alat inovatif secara terus kepada para pelanggan, Kennametal Inc. (NYSE: KMT) melancarkan jerayawara perkakas seluruh negara di Amerika Utara yang meliputi lebih 20 pasaran. Jelajah Pemotongan Logam Kennametal akan memberikan peluang kepada pelanggan semasa dan bakal pelanggan untuk bertemu dengan pasukan pakar daripada syarikat ini dan meneroka penyelesaian inovatif yang boleh digunakan di pelbagai industri seperti aeroangkasa dan automotif, khususnya kenderaan elektrik, bagi menyampaikan peningkatan produktiviti dan prestasi.

Kennametal's Metal Cutting Roadshow is driving innovation across the country.
Kennametal's Metal Cutting Roadshow is driving innovation across the country.

"Kami teruja untuk membawa pengalaman ini kepada para pelanggan kami di Amerika Utara," kata Sanjay Chowbey, Presiden Segmen Pemotongan Logam Kennametal. "Kami mereka bentuk sebuah ruang mudah alih untuk pakar pembuatan bertemu dan mencipta, yang merupakan sesuatu yang amat kami minati di Kennametal. Pasukan kami akan mempamerkan penyelesaian yang terbukti kepada para pelanggan yang terdiri daripada semua saiz dan berbincang dengan mereka tentang cara kami boleh membantu meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan prestasi pembuatan di kedai mereka."

Jelajah Pemotongan Logam ini akan mempamerkan beberapa alatan Kennametal yang digunakan oleh jurutera penyelidikan dan pembangunan NASCAR dalam membangunkan kereta lumba Generasi Seterusnya. Kennametal baru-baru ini mengumumkan bahawa ia merupakan Rakan Pertandingan NASCAR dan sebagai sebahagian daripada program tersebut, ia membekalkan portfolio penyelesaian pemotongan logam ketepatan yang terkemuka dalam industri kepada syarikat sukan permotoran.
Jerayawara Amerika Utara ini akan turut menampilkan beberapa peralatan Kennametal yang terlaris dan pelancaran terkini bagi peralatan memusing, mengisar, menggerudi dan banyak lagi dengan penyelesaian yang terbukti bagi pelbagai penggunaan dan pasaran akhir termasuk automotif (kenderaan elektrik), aeroangkasa, perubatan, kejuruteraan am dan tenaga. Ia akan merangkumi penyelesaian perkakas daripada pelbagai jenama produk Kennametal, termasuk Kennametal®, WIDIA™ dan Hanita™.

Pengalaman jerayawara ini dipandu dengan menggunakan sebuah trak dan treler canggih yang dibina khas serta boleh dimasuki oleh para pelawat untuk meneroka perkakasan dan bertemu dengan pakar pemesinan dan penggunaan daripada Kennametal. Trak dan treler tersebut akan berhenti di kedai-kedai, pameran perdagangan dan acara lain di seluruh negara serta menawarkan hadiah percuma eksklusif dan promosi produk mulai Januari 2024.

Tentang Kennametal
Dengan lebih 80 tahun pengalaman sebagai peneraju teknologi perindustrian, Kennametal Inc. menyampaikan produktiviti kepada para pelanggan melalui sains bahan, perkakas dan penyelesaian tahan haus. Para pelanggan di seluruh bidang aeroangkasa dan pertahanan, kerja tanah, tenaga, kejuruteraan am dan pengangkutan memilih Kennametal untuk membantu mereka menghasilkan pembuatan dengan tepat dan cekap. Setiap hari, kira-kira 8,700 orang pekerja membantu para pelanggan di lebih 60 buah negara untuk kekal berdaya saing. Kennametal menjana pendapatan sebanyak $2.1 bilion pada tahun fiskal 2023. Ketahui lebih lanjut di  www.kennametal.com. Ikuti @Kennametal: Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn dan YouTube.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2248134/Truck_Image.jpg?p=medium600

Source: Kennametal
Related Stocks:
NYSE:KMT
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Transportation New products/services