omniture

PETRONAS Carigali Anugerahkan Kontrak Terus kepada Welltec Bagi Penyediaan Traktor Telaga dan Perkhidmatan Intervensi, Luar Pesisir Malaysia Timur

Welltec
2014-07-09 14:07 116

COPENHAGEN, Denmark, 9 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Welltec dengan bangganya mengumumkan syarikat ini telah dianugerahkan dengan kontrak terus bagi penyediaan Well Tractor® dan perkhidmatan intervensi mekanikal untuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Malaysia. Skop tugas ini adalah untuk sokongan rig serta intervensi telaga yang diperlukan untuk 70 telaga dalam kumpulan aset di rantau Timur, termasuk Sabah dan Sarawak.

Welltec® akan menyediakan teknologi proprietari kami yang berasaskan e-talian seperti Well Tractor®, Well Cutter™, Well Stroker®, Well Miller®, Well Key® dan juga Well Cleaner® bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan operasi rig, selain melaksanakan, menyesuaikan dan turut meningkatkan pengeluaran dari telaga platform.

'Ini merupakan anugerah yang hebat untuk Welltec®. Anugerah tender yang berjaya ini akan membolehkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd untuk memanfaatkan teknologi baharu kami bagi melancarkan operasi rig di telaga pembangunan, di samping menggunakan perkhidmatan kami yang tersendiri bagi mengenal pasti potensi pengeluaran penuh telaga sedia ada mereka. Penyelesaian kami berasaskan e-talian ini dapat menyediakan portfolio perkhidmatan kepada mereka yang dapat mentransformasikan segala kerja pengendalian telaga,' kata Ronan Le Gloahec, Naib Presiden Kanan, Welltec.

Welltec® merupakan penyedia teknologi traktor terbesar untuk penyelesaian pengangkutan, selain penyedia paling utama berasaskan e-talian bagi penyelesaian pengisaran, pembersihan serta mekanikal untuk intervensi yang telah berjaya dibangunkan dan diaplikasikan oleh Welltec® sejak dua dekad yang lalu.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140219/671153

Source: Welltec
Keywords: Environmental Products & Services Mining Utilities Water Utilities Contracts