omniture

Iskandar Najjar Menyertai ADS Securities

ADS Securities
2014-07-09 14:39 103

ABU DHABI, UAE, 9 Julai 2014 /PRNewswire/ -- ADS Securities, syarikat perkhidmatan perdagangan tukaran asing bebas yang menerajui di Timur Tengah telah mengumumkan Iskandar Najjar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Alpari ME telah menyertai syarikat itu. Beliau akan menjadi Pengarah Urusan Timur Tengah, melapor diri kepada Pengarah Urusan Eksekutif ADS Securities Philippe Ghanem. Tanggungjawab beliau termasuklah membangunkan jualan runcit dan berinstitusi di rantau itu dan mengetuai perniagaan peruncitan global syarikat itu yang semakin berkembang pesat.

Ketika memberi komen tentang pelantikan ini, Philippe Ghanem, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Eksekutif ADS Securities berkata: "Apabila seseorang dengan reputasi dan pengalaman seperti yang dimiliki Iskandar menyertai syarikat kami, ini menunjukkan keyakinan tinggi daripada dalam industri ini sendiri terhadap apa yang kami sedang lakukan. Kami tahu kami mesti menggaji orang yang terbaik bagi menyediakan tahap pengetahuan, sokongan dan juga perkhidmatan yang luar biasa kepada para pelanggan kami. Meletakkan harapan terhadap calon yang sesuai ialah bahagian yang penting dalam komitmen kami kepada semua pelabur dan pedagang. ADS Securities telah menetapkan kedudukannya sebagai salah satu brokeraj tukaran asing yang menerajui di mana-mana sahaja di dunia. Pengetahuan serta ilmu yang dimiliki oleh Iskandar pula sudah tentu akan memanfaatkan semua pelanggan kami."

En. Najjar telah memulakan kerjaya beliau sebagai penasihat kewangan yang bekerja di bank Barclays di UK; kemudian beliau beralih arah untuk bekerja dalam Industri Tukaran Asing dengan menjadi Ketua Pegawai Pengendalian ACM Dubai sebelum bertukar angin ke Alpari ME. Di Alpari, beliau telah memantapkan kedudukan syarikat tersebut di rantau itu, membina struktur perniagaan itu dan membangunkan kedua-dua jualan berinstitusi dan runcit. Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam Ekonomi Perniagaan daripada Universiti Metropolitan Manchester, ijazah sarjana dalam Kewangan daripada Fakulti Perniagaan Leeds serta ijazah sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Perniagaan London.

Ketika bercakap tentang peranan baharu beliau, En. Najjar berkata: "ADS Securities baru berusia tiga tahun dan sudah pun menjadi jenama yang dikenali serata industri. Saya percaya dalam tempoh masa yang singkat, ADS Securities bakal menjadi peneraju global dalam perdagangan dalam talian dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya dan turut menyumbang terhadap pertumbuhan ini."

Langkah untuk menggaji Pengarah Urusan yang bertumpu pada jualan di rantau MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) ialah sebahagian daripada strategi ADS Securities bagi menambah baik perkhidmatan pelanggan dan menyampaikan kecemerlangan. Ketua Jualan akan ditugaskan dalam setiap pasaran utama, melapor diri kepada Pengarah Urusan serantau, lalu mendekatkan mereka kepada para pelanggan. Mereka akan melaksanakan strategi jualan yang dibangunkan secara global yang kemudiannya akan disuai khusus menurut keperluan pelanggan serantau serta persekitaran kawal selia yang berbeza.

En. Najjar akan bertugas di Ibu Pejabat Abu Dhabi ADS Securities dan akan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pengurusan syarikat itu.

Latar belakang ADS Securities:

ADS Securities ialah firma perdagangan tukaran asing, jongkong dan dalam talian, menawarkan set perkhidmatan dan produk yang menyeluruh bagi para pedagang berinstitusi, runcit dan persendirian. Syarikat itu telah memulakan operasinya pada bulan Mac 2011 dan merupakan sebahagian daripada kumpulan ADS Holding. Ia dikawal selia dan dilesenkan oleh Bank Pusat UAE, dan telah ditubuhkan dengan modal permulaan sebanyak AS$400 juta.

ADS Securities beribu pejabat di Abu Dhabi, ibu negara UAE. Ibu pejabat serantau, ADS Securities Hong Kong Limited, yang dikawal selia oleh SFC (CE No AXC847), telah dibuka pada bulan Disember 2013. Pejabat sokongan pelanggan serantau telah dibuka di Singapura pada tahun 2011. Pada tahun 2014 pula, syarikat induk ADS Securities telah membeli syer pegangan majoriti dalam syarikat yang berdaftar dengan FCA (577453), Pioneer Trader Limited, di London.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Stephen Davie, Pengarah Komunikasi, ADS Securities
Telefon: +971-2-654-7663
Telefon Bimbit: +971-56-6852-878
E-mel: sgd.mkt@ads-securities.com

Source: ADS Securities
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements