omniture

Mercu Tanda Ikonik Rio - Christ the Redeemer -- Muncul di Naples

M & C Saatchi Group
2014-07-10 04:06 137

NAPLES, Itali, 10 Julai 2014 /PRNewswire/ --

- Itali Membawa Pulang Cenderamata 'Kecil' Daripada Piala Dunia -

Christ the Redeemer -- mercu tanda terkenal yang tersergam menghadap Rio de Janeiro dari Bukit Corcovado -- akan muncul secara tiba-tiba di Piazza Dante di Naples hari ini, 'dimuat turun' melalui Fastweb.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140709/696511 )

Idea itu, direka oleh M&C Saatchi Milan dengan kolaborasi bersama Kawasan Kekuasaan Ketua Biskop Rio de Janeiro, akan mempromosikan dan turut menunjukkan kepantasan Fastweb (penyedia jalur lebar terpantas di Itali).

Silvio Meazza, rakan kongsi interaktif M&C Saatchi berkata: "Kami gembira dapat bekerjasama sekali lagi dengan Fastweb (berikutan kempen #Shibuya Fastline di stesen metro Moscova, Milan) bagi menyediakan bukti baharu dan nyata yang menunjukkan betapa hebatnya sambungan Internet yang lebih pantas. Christ the Redeemer, simbol Brazil, telah menjadi imej yang paling banyak dimuat turun dan dikongsi tahun ini, dan akan dimuat turun sekali lagi -- kali ini betul-betul -- dengan beratnya sekali, terus ke pusat Naples."

Penghasilan semula tugu yang terkenal itu akan tersergam setinggi 20 meter dari pagi hingga petang di tengah Naples, lalu menukarkannya menjadi Rio de Janeiro buat sehari.

Vicenzo Gasbarro, Rakan Kongsi Kreatif M&C Saatchi berkata: "'Muat turun' terkini Fastweb -- Christ the Redeemer -- akan membawakan penduduk tempatan Rio de Janeiro yang terdiri daripada kumpulan krew televisyen, pemuzik, penari dan juga pengamal capoeira, yang bakal bergaul dan berinteraksi dengan orang ramai dalam kepelbagaian warna, muzik serta emosi dalam gaya Neapolitan yang tersendiri. Memandangkan Internet sememangnya ialah peluang unggul untuk berkongsi dan bertukar-tukar antara budaya berbeza."

Seluruh pengalaman ini juga boleh dialami dalam talian. 'Immaginapuoi.it' ialah platform dalam talian agar mereka yang mungkin tidak berpeluang untuk menyaksikan 'muat turun' epik ini boleh mengikuti acara ini secara langsung melalui sorotan video, berita, komen, dan juga foto daripada pelbagai rangkaian sosial.

Source: M & C Saatchi Group
Keywords: Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Travel