omniture

Yuyu Pharma bakal hadiri 'CPHI Worldwide 2023'

Yuyu Pharma
2023-10-18 15:00 91

SEOUL, Korea Selatan, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Yuyu Pharma akan menghadiri CPHI Worldwide di Barcelona, Sepanyol mulai 24 Oktober hingga 26 Oktober.

Yuyu Pharma to attend ‘CPHI Worldwide 2023’
Yuyu Pharma to attend ‘CPHI Worldwide 2023’

Pasukan Pembangunan Perniagaan Yuyu akan dapat bertemu rakan-rakan kongsi yang hebat di reruai #7G30 di pavilion Korean Trade Association untuk memperkenalkan produk eksport Yuyu seperti ubat baharu yang diubah suai Maxmarvil EC Tablet, kapsul lembut Yuhylyx, Yuvaro dan Senuvela Tab, antara lain.

Khususnya, Yuyu akan memberi tumpuan untuk mempromosikan projek-projek yang kini sedang dibangunkan seperti ubat kombinasi Dutasteride dan Dutasteride-Tamsulosin bersaiz kecil. Projek-projek ini dibangunkan dengan matlamat untuk memasuki Hiperplasia Prostat Benigna A.S. dan Eropah.

Danny Kang, Pengurus Eksport di Yuyu berkata, "Seperti biasa, kami berharap dapat mengadakan perbincangan yang aktif bersama rakan-rakan kongsi di reruai CPHI kami. Kami juga berharap dapat bertemu rakan-rakan kongsi berpotensi yang baharu."

Latar Belakang Yuyu Pharma

Dengan lebih 80 tahun berada dalam industri penjagaan kesihatan, Yuyu Pharma (KRX: 000220) ialah sebuah syarikat farmaseutikal global berkembang pesat yang ditubuhkan di Seoul, Korea Selatan. Yuyu komited untuk membangunkan terapeutik inovatif dalam bidang neurologi, dermatologi, urologi dan oftalmologi. Misi Yuyu adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan semua individu dengan membangunkan produk serta perkhidmatan penjagaan kesihatan yang inovatif.

 

Source: Yuyu Pharma
Related Stocks:
Korea:000220
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news Future Events