- Inisiatif Dijangka akan Melanjutkan Matlamat Pertumbuhan Coty dan Memantapkan lagi Kedudukannya sebagai Peneraju Inovatif dalam Kecantikan
NEW YORK, 10 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Coty Inc. (NYSE: COTY) hari ini telah mengumumkan struktur organisasi baharu yang menyasarkan untuk memperkukuh usaha pertumbuhan syarikat itu serta memantapkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam kecantikan. Rekaan organisasi itu akan berevolusi daripada dua divisyen kendiri, Coty Prestige dan Coty Beauty, kepada model yang lebih bersepadu yang dibina mengikut kategori dan rantau sambil mengekalkan prestij dan pembezaan besar-besaran serta rawatan tersendiri dalam pembinaan jenama, pembangunan produk dan juga pelaksanaan jualan yang mewakili faktor kejayaan yang penting.
Langkah ini dijangka akan memberikan pandangan yang lebih menyeluruh tentang evolusi pengguna dan peluang pertumbuhan mengikut kategori produk, lalu menghasilkan pendekatan inovasi yang lebih tepat. Usaha global ini juga dijangka akan memperbaiki penyelarasan dan peruntukan sumber antara saluran dan pasaran, dan turut meningkatkan tumpuan pada keperluan pengguna dan peruncit khusus di setiap rantau. Tambahan lagi, ia akan menyingkirkan penduaan, yang akhirnya membawakan kecekapan pengendalian bagi membantu menggalakkan usaha Coty ke arah pertumbuhan menguntungkan serta menjana sumber tambahan yang akan dilabur semula di belakang jenama kuat dan pasaran strategik Coty.
Organisasi baharu itu akan distrukturkan seperti berikut:
Kategori dan Inovasi
Renato Semerari, sebelum ini Presiden Coty Beauty, akan menjawat jawatan baharu Presiden Kategori dan Inovasi. Di bawah kepimpinan beliau, kumpulan baharu ini, yang menyepadukan Pemasaran, Penyelidikan & Pembangunan, Komunikasi, Digital dan Maklumat Pemasaran Pengguna, akan menjadi enjin kategori strategik dan pembangunan jenama, bagi memacu inovasi terbaik dalam kelasnya di seluruh dunia. Semua jenama Coty akan ditempatkan di bawah empat kategori dipacu pengguna: Wangian, Penjagaan Kulit, Kosmetik Warna dan juga Penjagaan Tubuh. Setiap kategori akan mempunyai pasukan khusus dengan kemahiran dan kecekapan tertentu bagi membangunkan prestij dan portfolio besar-besaran tetapi masih mengambil kira setiap inti pati dan kedudukan jenama tersebut. Ketua bagi setiap empat kategori itu ialah:
Pasaran Global
Jean Mortier, sebelum ini Presiden Coty Prestige, akan dilantik sebagai Presiden Pasaran Global bagi merangka penggunaan kelebihan skala global syarikat itu dengan lebih baik dan membawa pelaksanaan jualan yang lebih mantap. Pasaran itu akan disusun atur melibatkan empat rantau: Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik/Timur Tengah dan Afrika serta Amerika Latin. Setiap satu akan diketuai oleh Naib Presiden Kanan bersama pasukan pengurusan khusus bagi mengemudi perniagaan itu menurut keperluan dan keutamaan pengguna dan peruncit yang tertentu. Struktur baharu ini akan menyokong kemajuan bagi membangunkan jejak global yang lebih mantap. Ketua empat rantau itu ialah:
Fungsi Rantaian Bekalan, Kewangan, IT, Sumber Manusia serta Perundangan akan disusun semula untuk menyokong kategori dan rantau sebaik mungkin dalam membangunkan dan turut menyediakan produk berkualiti tinggi dengan piawaian perkhidmatan tinggi melalui proses bersepadu yang cekap.
"Rekaan organisasi yang berevolusi ini akan membantu kami memajukan usaha kami untuk pertumbuhan menguntungkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Coty Michele Scannavini. "Kami akan menjadi lebih berpacu pengguna, mampu menentukan keutamaan dan memperuntukkan sumber dengan lebih tepat, serta menjadi lebih tangkas, lalu mengurangkan penduaan serta kelewahan sambil masa berlalu. Kami yakin organisasi baharu ini akan membantu kami memanfaatkan potensi penuh jenama dan bakat kami."
Latar belakang Coty Inc.
Coty ialah syarikat kecantikan global yang menerajui dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Setelah ditubuhkan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio yang terdiri daripada produk wangian, penjagaan kulit, kosmetik warna serta penjagaan tubuh yang terkenal, dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan juga Sally Hansen.
Kenyataan Pandang ke Hadapan
Sesetengah kenyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini mencerminkan pandangan semasa Coty Inc. (Syarikat) yang berkenaan dengan strategi perniagaan Syarikat itu dan program yang telah diumumkan untuk struktur organisasi baharu serta faedah yang dijangkakan, termasuk kesannya ke atas pertumbuhan Syarikat. Kenyataan pandang ke hadapan ini biasanya dikenal pasti oleh perkataan atau frasa seperti "menyasarkan", "akan", "menjangka", "membawa", "menjadi", "yakin", "menghasilkan" serta perkataan atau frasa lain yang mirip. Keputusan sebenar mungkin benar-benar berbeza daripada hasil yang diramalkan kerana risiko dan ketidakpastian termasuk sama ada Syarikat akan boleh melaksanakan program bagi struktur organisasi baharu seperti yang dirancang; kemampuan Syarikat untuk mencapai strategi perniagaan globalnya dan bersaing dengan berkesan dalam pasaran; dan sama ada struktur organisasi baharu ini akan memperbaiki penyelarasan dan peruntukan sumber, menyingkirkan penduaan, membawa kecekapan pengendalian dan pelaksanaan jualan yang mantap, menjana sumber tambahan, memacu inovasi terbaik dalam kelasnya serta menggalakkan pertumbuhan. Maklumat lanjut tentang risiko dan ketidakpastian berpotensi yang boleh memberi kesan terhadap perniagaan dan keputusan kewangan Syarikat itu disertakan di bawah "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Keputusan Pengendalian" dalam Laporan Tahunan Syarikat itu dalam Borang 10-K bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013 dan lain-lain laporan berkala yang telah difailkan oleh Syarikat dan mungkin akan difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dari masa ke masa. Syarikat tidak menanggung tanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam siaran ini atau tidak.