omniture

KENNAMETAL MEMPERKENALKAN GRED PELARIK BAHARU YANG MENAMPILKAN TEKNOLOGI KENGOLD

Kennametal
2023-10-18 22:13 0

PITTSBURGH, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Kennametal Inc. (NYSE: KMT) hari ini mengumumkan gred pelarik KCU10B baharunya, yang merupakan kemas kini inovatif pada platform KCU10 dengan teknologi salutan KENGold™ yang dipertingkatkan untuk perlindungan pinggir. Penyelesaian pemotongan universal ini direka untuk tukang mesin dalam pasaran aeroangkasa dan pertahanan, automotif, tenaga serta kejuruteraan am yang memerlukan output maksimum apabila memotong pelbagai jenis bahan yang sukar menggunakan mesin.


"Kami merekayasa penyelesaian pelarikan baharu ini untuk kekal cemerlang dalam penggunaan kemasan di seluruh industri," kata Scott Etling, Naib Presiden Pemasaran, Pengurusan Produk Global. "Direka bentuk dengan teknologi salutan PVD struktur nano berbilang lapisan kami, KCU10B menyokong pemesinan dengan kualiti yang lebih tinggi, kuasa yang konsisten pada lebih banyak bahan dengan jangka hayat alat yang lebih lama."

KCU10B menyertai portfolio KENGold syarikat ini, yang memberikan ketekalan dalam pemotongan berbilang bahan, rintangan haus yang lebih baik dan keselamatan proses yang dipertingkatkan—termasuk apabila digunakan pada keluli dan keluli tahan karat. Teknologi salutan inovatif ini telah diperkenalkan pada tahun lepas dengan gred pelarik KCP25C Kennametal, yang menetapkan piawaian baharu untuk penggunaan pelarikan keluli.

Tentang Kennametal
Dengan lebih 80 tahun menjadi peneraju teknologi perindustrian, Kennametal Inc. menyampaikan produktiviti kepada pelanggan melalui sains bahan, perkakasan dan penyelesaian tahan haus. Pelanggan merentasi bidang aeroangkasa dan pertahanan, kerja tanah, tenaga, kejuruteraan am serta pengangkutan beralih kepada Kennametal untuk membantu mereka melakukan pengeluaran dengan tepat dan cekap. Setiap hari, kira-kira  8,700 orang pekerja membantu pelanggan di hampir 100 buah negara untuk kekal berdaya saing. Kennametal menjana pendapatan sebanyak $2.1 bilion pada tahun fiskal 2023. Ketahui lebih lanjut di  www.kennametal.com. Ikuti @Kennametal: Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn dan YouTube.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2249629/KCU10B_Priority_photo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Kennametal
Related Stocks:
NYSE:KMT
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals New products/services