omniture

TerraPay dan Papara Bergabung Tenaga untuk Merevolusikan Pembayaran Rentas Sempadan di Turkiye

TerraPay
2023-10-19 00:33 0

ISTANBUL, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- TerraPay, sebuah rangkaian pembayaran rentas sempadan yang terkemuka dan Papara, sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Turkiye, telah mengumumkan kerjasama rintis yang bermatlamat untuk membentuk semula landskap pergerakan wang di seluruh dunia. Melalui pakatan strategik ini, TerraPay dan Papara bersedia untuk menyediakan cara memindahkan wang ke seluruh dunia yang selamat, mudah dan lancar kepada hampir 17 juta orang pengguna dompet Papara.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk meningkatkan keterangkuman dan kebolehcapaian kewangan yang bermatlamat untuk menghapuskan halangan seperti geseran dan kos tinggi yang menyelubungi pembayaran rentas sempadan dan memberikan autonomi kewangan yang lebih besar kepada pekerja asing dan keluarga mereka.

Pasaran pembayaran digital di Turkiye dijangka bakal menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa yang diunjurkan sebanyak 15.78% daripada tahun 2023 hingga 2027 serta menghasilkan jumlah pasaran bernilai USD136.90 bilion pada tahun 2027. *Papara, sebagai peneraju pasaran di Turkiye, terkenal dengan penyelesaiannya yang inovatif dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang luar biasa. Melalui penyepaduan dengan teknologi TerraPay yang tangkas dan rangkaian globalnya yang meluas serta dilengkapi dengan keupayaan pematuhan yang tiada tandingan, Papara menyasarkar bukan sahaja untuk memperkukuh tawaran kewangannya tetapi juga untuk mendorong inisiatif pengembangannya di masa hadapan.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Papara dalam membawa pembaharuan kepada cara pergerakan wang ke seluruh dunia," kata Miller Rodriguez, Pengurus Perhubungan Strategik dan Jualan, Eropah - UK, TerraPay. "Kerjasama ini menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam misi kami untuk menjadikan pembayaran rentas sempadan lebih mudah diakses dan mesra pengguna kepada orang ramai yang berada di mana-mana sahaja. Bersama Papara, kami menyasarkan untuk memperkasakan berjuta-juta individu di Turkiye dan seterusnya, dengan keupayaan untuk menghantar wang kepada orang tersayang, membantu keluarga dan mengejar impian mereka."

Platform pembayaran rentas sempadan TerraPay yang inovatif dan cekap telah memperoleh reputasi sebagai peneraju global dalam pengendalian pemindahan wang antarabangsa. Papara yang memiliki pendekatan berpandangan ke hadapan dan penyelesaian berpaksikan pelanggan telah memantapkan kedudukannya sebagai syarikat teknologi kewangan perintis di Turkiye. Kerjasama antara dua buah syarikat pelopor industri ini menjanjikan untuk merevolusikan pembayaran rentas sempadan, yang seterusnya memberi manfaat kepada berjuta-juta individu dan perniagaan.

"Memperkasakan pelanggan kami dengan pilihan pembayaran rentas sempadan yang pantas, selamat dan berpatutan sentiasa menjadi asas kepada misi Papara," kata Özge Çelik, Ketua Produk Papara. "Melalui gabungan tenaga dengan TerraPay, kami mengambil langkah ke hadapan yang penting bagi merealisasikan misi ini. Secara bersama-sama, kami bersedia untuk menyampaikan penyelesaian pemindahan wang antarabangsa yang inovatif dan mudah kepada lebih 17 juta orang pengguna, memperkayakan kehidupan kewangan mereka dan menghubungkan mereka dengan dunia."

TerraPay dan Papara akan bekerjasama rapat dalam beberapa bulan akan datang untuk melancarkan penyelesaian pembayaran rentas sempadan mereka yang dipertingkatkan, sekali gus memberikan pengguna Papara dengan akses yang tiada tandingan kepada landskap kewangan global.

Tentang TerraPay 

TerraPay memudahkan pergerakan wang di mana-mana sahaja – dengan menyediakan satu sambungan ke rangkaian pembayaran rentas sempadan yang paling meluas dan dikawal selia di 29 buah pasaran global serta membolehkan pembayaran kepada lebih 120 buah negara penerima, lebih 210 buah negara penghantar, lebih 7.5 bilion akaun bank dan lebih 2.1 bilion dompet mudah alih. TerraPay mempunyai misi untuk menghubungkan dunia kewangan tanpa sempadan, menjadikan pemindahan wang ke mana-mana sahaja dengan segera, boleh dipercayai, telus dan patuh sepenuhnya. TerraPay menjangkaui sempadan untuk perniagaan global - daripada bank, teknologi kewangan dan pengendali pemindahan wang kepada perniagaan pelancongan, platform ekonomi pencipta dan pasaran e-dagang - sambil memacu keterangkuman kewangan walaupun dalam pasaran yang paling sukar untuk diakses. Ditubuhkan pada tahun 2014, TerraPay beribu pejabat di London serta memiliki pejabat global di Dubai, Miami, Bogota, Dakar, Joburg, Nairobi, Milan, Singapura dan sedang berkembang dengan pesat, setelah menerima pembiayaan daripada pelabur terkemuka termasuk IFC (Bank Dunia), Prime Ventures, Partech Africa dan Visa.

Tentang Papara: 

Papara ialah sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Turkiye yang khusus untuk memudahkan pengalaman kewangan kepada individu dan perniagaan. Pendekatan berpaksikan pengguna yang dilaksanakan oleh Papara telah menjadikannya sebagai nama yang dipercayai dalam landskap pembayaran digital di Turkiye. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang merangkumi dompet mudah alih, kad prabayar dan banyak lagi.

*Sumber: https://www.statista.com/outlook/dmo/fintech/digital-payments/turkey

HUBUNGAN:
Juveria Samrin,
juveria.n@terrapay.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: TerraPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Joint ventures Financial Technology