omniture

SANY Saksikan Kemunculan Daerah Masa Depan

SANY Group
2023-10-19 16:05 44

CHANGSHA, China, 19 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Terletak di Barat Laut Arab Saudi, NEOM, sebuah projek-giga bernilai $500 bilion yang dilancarkan pada tahun 2017, merupakan projek SANY Group (SANY) yang paling signifikan di Timur Tengah dengan sejumlah kira-kira 2,500 unit mesin diunjurkan akan digunakan dalam kerja pembinaan. Sebagai tumpuan utama dalam 'Wawasan Saudi 2030', satu rancangan bercita-cita tinggi oleh kerajaan Arab Saudi untuk mentransformasikan ekonomi negara berkenaan, NEOM bukan sekadar sebuah tempat, bahkan pusat kepada mereka yang berimpian besar dan hab inovatif buat mereka yang ingin membina sebuah bandar yang 100% lestari.

 

Nama NEOM, berasal daripada awalan Yunani Purba "neo" dan huruf pertama daripada perkataan Arab "Mustaqbal", bermaksud "masa depan baharu". Tapak masa depan ini mengandungi tiga wilayah teras:

  • Oxagon, struktur terapung terbesar di dunia yang menampung 13% daripada perdagangan dunia, bersedia untuk mentakrifkan industri tradisional dengan teknologi bersih dan rangkaian rantaian bekalan pintar.
  • Trojena ialah destinasi pergunungan sepanjang tahun yang menggabungkan alam semula jadi dan pengalaman berpusatkan manusia yang unik.
  • THE LINE, yang paling mengagumkan daripada keempat-empatnya, merupakan sebuah bandar inovatif yang didorong sepenuhnya oleh tenaga bersih. Bandar berbentuk garisan itu akan menjangkau 1700 kilometer dari tebing Laut Merah ke bandar Tabuk yang hanya berkeluasan 200 meter lebar dan merupakan tembok kota bercermin setinggi 500 meter dari paras laut.

Mengutamakan kesejahteraan orang ramai berbanding sebarang pengangkutan dan infrastruktur, THE LINE tidak akan mempunyai sebarang jalan raya, tiada kereta dan beroperasi menggunakan 100% tenaga boleh baharu. Setelah siap, 9 juta penduduk di bandar masa depan itu akan mendapat akses kepada semua keperluan harian dalam jarak lima minit berjalan kaki.

SANY menggunakan lebih 1672 unit peralatan di lapangan sejak separuh kedua tahun 2021, termasuk kren, mesin pengorek, jentera angkut, lori pembuang serta lori pam dan bilangannya dijangka meningkat memandangkan pesanan yang dirancang terus mencurah-curah.

Pengoperasian serentak sejumlah besar mesin itu menimbulkan cabaran untuk menservis. SANY telah menubuhkan sebuah pasukan servis dengan lebih 50 jurutera di lapangan bagi memberi respons segera dan memastikan kemajuan pembinaan.

Diramalkan siap menjelang tahun 2030, NEOM akan menjadi sebuah komuniti yang dikuasakan oleh minda serta bakat hebat. SANY, dengan lebih 2,000 unit mesinnya tersebar di daerah masa depan itu, dengan bangganya menyaksikan kemunculan bandar pintar berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube.

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation Utilities General Manufacturing