omniture

Eva Green Memperlihatkan Keindahan Abadi sebagai Wanita Utama dalam Kalendar Campari 2015

Gruppo Campari
2014-07-10 21:43 97

MILAN, 10 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Campari® secara rasminya mengumumkan pelakon Hollywood, Eva Green sebagai bintang Kalendar Campari 2015. Pelakon wanita anggun yang dilahirkan di Perancis ini bakal memainkan peranan penting menerusi Kalendar ikonik tahun ini yang bertajuk 'Mythology Mixology', yang dikhususkan sebagai sambutan sejarah kegemilangan Campari serta kisah intrinsik berkaitan dengan dua belas koktel klasiknya yang paling digemari. Setiap bulan akan bertumpu pada koktel klasik dan dengannya, akan menggambarkan anekdot, kisah dan juga rasa ingin tahu yang indah serta tidak begitu diketahui ramai dengan penuh imaginasi di sebalik setiap resipi ikonik tersebut.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/71400577-Campari-Calendar-2015/

Berkaitan kemunculan beliau dalam Kalendar Campari 2015, Eva Green mengulas:

"Peluang untuk bekerjasama dengan jenama sedunia yang ikonik seperti Campari merupakan suatu penghormatan dan penghargaan. Terdapat sesuatu yang amat istimewa dengan tema tahun ini memandangkan ia mengetengahkan keseimbangan yang menarik dan menakjubkan antara klasik dan kontemporari. Asas setiap imej ialah sejarah tertentu di sebalik setiap koktel Campari yang paling disukai, dan dipersembahkan dalam gaya ultra moden, lalu menyerlahkan imaginasi serta gaya. Inilah keindahan yang memukau dan jelas memperlihatkan walaupun beberapa resipi ini berusia lebih 100 tahun, kesemuanya masih lagi relevan dan digemari sehingga ke hari ini."

Penggambaran Kalendar Campari edisi ke-16 yang terkenal pada peringkat global itu dilakukan oleh Julia Fullerton-Batten, jurugambar seni halus yang diiktiraf dan terkenal seluruh dunia. Beliau juga wanita pertama yang berjaya memikul tanggungjawab penggambaran untuk projek Kalendar ini.

Julia Fullerton-Batten mengulas:

"Campari sentiasa mempunyai kebolehan tersendiri untuk membentuk semula dan mengekalkan imej jenama tersebut agar segar, memberi inspirasi serta imaginatif – juga suatu matlamat yang sentiasa saya usahakan dalam setiap tugasan saya. Tema tahun ini ialah cabaran yang menarik, memandangkan terdapat tugas penting yang perlu dilakukan daripada segi memaparkan anekdot bersejarah dengan gaya moden. Saya yakin kami mampu mengetengahkan keseimbangan yang rumit tersebut menerusi imej yang dipaparkan tahun ini."

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari mengulas: "Walaupun terdapat unsur keabadian dalam resipi koktel klasik kami selama ini, kami telah mendapat laporan daripada pelayan bar di seluruh dunia kebelakangan ini tentang berlakunya lonjakan populariti untuk resipi klasik seperti Negroni dan Americano. Kalendar Campari tahun ini direka untuk meraikan resipi yang bertahan lama itu serta warisan di sebaliknya, dan kami sangat teruja untuk melancarkannya lewat tahun ini."

Maklumat Perhubungan Akhbar Antarabangsa

SUMBER  Gruppo Campari

Source: Gruppo Campari
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment