omniture

Omnicom Group Melantik Troy Ruhanen sebagai Presiden Global dan Ketua Pegawai Eksekutif TBWA Worldwide

Omnicom Group
2014-07-10 23:09 174

NEW YORK, 10 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC) John Wren hari ini telah mengumumkan pelantikan Troy Ruhanen sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TBWA Worldwide. Ruhanen menggantikan Tom Carroll yang akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi TBWA Group. Jean-Marie Dru akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi TBWA Agency Network.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140709/125724

"Di bawah kepimpinan Tom Carroll, TBWA diiktiraf seluruh dunia kerana budayanya yang mantap dan kreativitinya yang memenangi anugerah," kata Wren. "Di Omnicom, kami banyak memberi penekanan terhadap perancangan penggantian, manakala Tom dan saya pula sudah lama bersetuju Troy Ruhanen ialah individu yang sesuai untuk mengemudi TBWA. Pengalaman beliau dalam memimpin agensi Omnicom merentasi kawasan dan kategori membolehkan peralihan kepimpinan ini berlaku dengan lancar, yang akan meneruskan kemampuan dan reputasi TBWA sebagai salah satu yang terbaik dalam perniagaan ini."

Ruhanen menyertai TBWA daripada syarikat induk, Omnicom Group, tempat beliau bertanggungjawab untuk memacu kolaborasi silang agensi untuk pelanggan terbesar Omnicom. Sebelum ini, Ruhanen telah memegang beberapa jawatan pengurusan kanan di agensi Omnicom Group, termasuk Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, negara benua Amerika, BBDO Worldwide. Semasa memegang jawatan itu, beliau telah mengurus pengendalian BBDO di Amerika Utara dan Selatan termasuklah rangkaian agensi CRM, digital dan terus Proximity. Jawatan terdahulu beliau di BBDO termasuklah sebagai Timbalan Pengerusi, Amerika Utara serta Pengarah Urusan, New York.

"Peluang untuk memimpin TBWA ialah penghormatan besar kerana budaya kreatifnya yang sudah lama tersemai dan kaedah strategiknya yang tersendiri dalam Disruption®. Kesanggupan untuk memecah daripada kebiasaan ini dan jangkaan untuk pemikiran baharu mencipta persekitaran untuk platform yang lebih berani dan inovatif," kata Ruhanen. "Ini menarik bakat, yang lain daripada yang lain, dan menghasilkan kerja yang memberikan kelebihan daya saing."

Tom Carroll memberi komen, "Saya menghargai rangkaian ini dan saya berbangga dengan apa yang telah kami capai, lebih penting lagi apa yang kami bakal capai. Troy dan saya telah bekerjasama rapat dalam sebilangan inisiatif tahun ini dan beliau ialah calon yang sempurna untuk membawa kami ke tahap seterusnya."

Latar belakang TBWA Worldwide
TBWA Worldwide (www.tbwa.com) ialah rangkaian pengiklanan global dalam kedudukan sepuluh yang terbaik yang memegang Disruption® pada terasnya bagi membangunkan idea yang mengubah perniagaan untuk jenama yang diusahakan olehnya. TBWA mempunyai 11,100 kakitangan di dalam 323 pejabat di 97 negara dan juga termasuklah jenama seperti Auditoire, BEING, Digital Arts Network (DAN), eg+ Worldwide, The Integer Group®, TBWA\Media Arts Lab serta TBWA\WorldHealth. Pelanggan global TBWA termasuklah Accenture, adidas, Apple, Energizer, Gatorade, GSK, Henkel, Infiniti, Kraft, McDonald's, Michelin, Nissan, Pernod Ricard, Pfizer, Standard Chartered Bank, Singapore Airlines, Sotheby's dan juga Vichy. Twitter: @tbwa | Facebook: TBWA Worldwide | LinkedIn: TBWA Worldwide | Instagram: @tbwa

Latar belakang Omnicom
Omnicom Group Inc. (www.omnicomgroup.com) ialah syarikat komunikasi korporat dan pemasaran global ulung. Rangkaian berjenama Omnicom serta sejumlah besar firma pengkhususan menyediakan perkhidmatan pengiklanan, perancangan dan pembelian media strategik, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan promosi, perhubungan awam serta perkhidmatan komunikasi pengkhususan lain kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara. Twitter | @Omnicom: Facebook | Omnicom Group: LinkedIn: Omnicom Group.

Source: Omnicom Group
Related Stocks:
NYSE:OMC
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Personnel announcements