omniture

Silent Circle Memperluas Perkhidmatan Tersulit dengan Pemanggilan 'Out-Circle' Global

Silent Circle
2014-07-11 08:06 136

-- Pemanggilan Antarabangsa Tersulit kepada Bukan Pelanggan Kini Boleh Didapati Seluruh Dunia

GENEVA, 11 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Silent Circle, firma komunikasi persendirian yang merevolusikan privasi peranti mudah alih untuk organisasi serta individu, hari ini telah mengumumkan perluasan pemanggilan hibrid tersulit Pemanggilan Out-Circle (OCC) yang membolehkan ahli Silent Circle membuat dan turut menerima panggilan persendirian tersulit melalui perkhidmatan Silent Phone syarikat itu kepada bukan pelanggan Silent Circle di 79 negara. Pelancaran Pemanggilan Out-Circle ini mewakili langkah pemecah pasaran yang besar untuk model pemanggilan mudah alih tradisional pembawa wayarles, yang mengenakan bayaran perayauan yang tinggi kepada pelanggan pengguna dan pelanggan perniagaan. Sebaliknya, Pemanggilan Out-Circle memberi pengguna Silent Phone pilihan VoIP dengan fideliti tinggi bagi membuat panggilan talian mudah alih standard dan talian rangkaian telefon bersuis awam (PSTN) di seluruh dunia sambil menikmati faedah daripada gabungan privasi, kemudahan serta nilai komunikasi mudah alih tersulit global Silent Circle yang boleh didapati di mana-mana sahaja mereka dapat menemui rangkaian telefon bimbit dan Wi-Fi.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121016/LA92632LOGO

Bermula hari ini, para pelanggan yang mendaftar dalam pelan pemanggilan antarabangsa tersulit Silent Circle akan diberi nombor sepuluh digit Silent Phone tersendiri yang membenarkan mereka melakukan panggilan lengkap "Out-Circle" ke dan dari rantau geografi yang semakin meningkat bilangannya – empat ke lima kali lebih banyak daripada pesaing talian tidak selamat mereka yang terdekat seperti Skype dan Viber. Pelan pemanggilan tersulit Out-Circle (https://www.silentcircle.com/pricing) bermula pada harga $12.95 USD untuk 100 minit, yang menyediakan pemanggilan tanpa had ahli ke ahli Silent Phone, penghantaran pesanan Silent Text tanpa had di seluruh dunia, kemampuan untuk menerima panggilan kepada nombor Silent Phone anda daripada sesiapa sahaja di dunia, serta tambahan masa selama 100 minit untuk membuat panggilan kepada bukan pelanggan di mana-mana kawasan yang menerima liputan (https://www.silentcircle.com/coverage). Pelan dengan minit tambahan (https://www.silentcircle.com/pricing) boleh dibeli pada harga $19.95 untuk 250 minit, $24.95 untuk 500 minit serta $39.95 untuk 1000 minit. Panggilan boleh diterima dari mana-mana sahaja di dunia pada kadar panggilan jarak jauh standard pihak yang memanggil.

"Pelan pemanggilan antarabangsa tersulit Out-Circle Silent Circle ialah langkah yang besar ke hadapan dalam membawakan kemampuan komunikasi tersulit persendirian ke seluruh ceruk dunia. Silent Phone dan Silent Text sudah pun menawarkan kelebihan yang tiada tandingannya, tetapi dengan perluasan hari ini kami sedang memberikan ahli kami peningkatan yang besar daripada segi faedah kos dan kelenturan," kata Mike Janke, Ketua Pegawai Eksekutif Silent Circle. "Hakikatnya, Pemanggilan Out-Circle memberikan alternatif persendirian yang berkos rendah kepada pelan pemanggilan mudah alih tradisional yang boleh digunakan sesiapa sahaja, baik jiran anda mahupun eksekutif syarikat multinasional yang ke luar negara. Jangkauan geografinya yang lebih luas – digabungkan dengan kualiti panggilan yang bagus dan ciri privasi terbina dalam yang tiada tolok bandingnya untuk Silent Phone – membawa penerajuan Silent Circle dengan lebih jauh lagi dalam membantu individu dan perusahaan berkomunikasi dengan selamat dalam bandar yang sama mahupun di seluruh dunia."

"Dengan Pemanggilan Out-Circle, Silent Circle mencabar secara terus model legasi pembawa mudah alih dengan menawarkan alternatif kepada bayaran perayauan mudah alih yang mahal. Inilah isu yang sangat penting bagi pelanggan perusahaan dan pelanggan kerajaan kami di seluruh dunia," kata Vic Hyder, Ketua Hasil Silent Circle. "Bayaran antarabangsa dan caj perayauan mewakili bahagian yang besar dalam overhed perniagaan Eropah dan Amerika Latin. Perkhidmatan pemanggilan antarabangsa tersulit kami akan menyingkirkan terus caj perayauan sambil melindungi privasi ahli dengan penggunaan Silent Phone."

Silent Circle sedang mengubah bagaimana dunia berkomunikasi dalam menghadapi ancaman jenayah, ancaman daripada kerajaan sendiri, ancaman komersil serta ancaman privasi seluruh Internet yang memberi kesan kepada orang ramai seluruh dunia. Ahli Silent Circle menggunakan Silent Phone untuk membuat panggilan suara dan video persendirian berkualiti tinggi pada peranti iOS serta Android dan turut menggunakan Pemanggilan Out-Circle untuk mendail nombor telefon konvensional ketika komunikasi disulitkan antara peranti pengguna Silent Phone dan rangkaian persendirian Silent Circle. Silent Phone for Desktop oleh Silent Circle menawarkan ciri persidangan video persendirian tambahan untuk para pengguna komputer riba dan komputer meja Windows. Silent Text membenarkan ahli bertukar-tukar pesanan mudah alih persendirian, termasuk kepilan bersaiz besar sehingga 100MB dengan ciri hapus yang memadamkan mesej dan kepilan yang dihantar secara automatik pada masa yang telah ditetapkan terlebih dahulu daripada kedua-dua peranti penghantar dan peranti penerima.

App komunikasi persendirian tersendiri Silent Circle juga boleh didapati untuk Blackphone, telefon pintar pertama dunia yang meletakkan privasi dan kawalan terus ke dalam tangan penggunanya. Dibangunkan oleh SGP Technologies, usaha sama yang bertapak di Switzerland antara Silent Circle dan pembangun telefon mudah alih Sepanyol Geeksphone, peranti Blackphone telah mula dihantar kepada para pelanggan pada bulan Jun dan mempunyai PrivatOS, sistem pengendalian dengan privasi dipertingkat yang dibina pada Android™ dan mempunyai set penuh aplikasi yang dibolehkan privasi, termasuk Silent Phone dan Silent Text.

LATAR BELAKANG SILENT CIRCLE
Silent Circle ialah perkhidmatan komunikasi persendirian yang beribu pejabat di Switzerland, menyediakan platform revolusioner peranti ke peranti yang membolehkan perkhidmatan komunikasi tersulit melalui panggilan suara, video, pesanan serta pemindahan fail pada peranti mudah alih. Silent Circle telah ditubuhkan bersama oleh Mike Janke, bekas Angkatan Tentera Laut SEAL dan pakar keselamatan; Phil Zimmermann, pencipta yang terkenal seluruh dunia untuk penyulitan Internet bagi suara dan data serta calon tahun 2012 yang dilantik dalam Dewan Kemasyhuran Internet; dan juga Jon Callas, pencipta penyulitan cakera penuh Apple dan pengasas bersama PGP Corporation. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Silent Circle, sila ke: https://www.silentcircle.com

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Bagi A.S.:
Tom Resau
W2 Communications
tom@w2comm.com
703-877-8103

Bagi U.K. dan E.U.:
Dulcie McLerie
Eskenzi PR Ltd.
dulcie@eskenzipr.com
+44-2071-832-837

Source: Silent Circle
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services