omniture

Webb Fontaine Memperluas Jejak Amerika Tengah dengan Projek Kastam Costa Rica

Webb Fontaine
2023-10-19 23:56 0

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 19 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Webb Fontaine, sebuah syarikat peneraju teknologi global, bersama-sama dengan PBS Group telah memperoleh kontrak rintis dengan Kementerian Kewangan Costa Rica untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kastam digital yang canggih. Projek bersejarah ini merupakan komponen utama inisiatif Hacienda Digital Costa Rica yang disokong oleh Bank Dunia yang bermatlamat untuk menaik taraf prosedur cukai dan kastam serta sistem maklumat.

Webb Fontaine akan menerajui tanggungjawab dalam mengubah operasi perdagangan, memastikan pembayaran duti Kastam yang tepat dan memudahkan import e-dagang, sekali gus menandakan projek syarikat ini yang terbesar di Amerika Tengah, iaitu hab perdagangan yang penting. Statistik perdagangan Costa Rica yang mengagumkan menyerlahkan lagi kepentingan projek ini.

Menteri Kewangan, Nogui Acosta menekankan sifat transformatif sistem Kastam digital dan bagaimana ia mewakili suatu peralihan penting daripada alat yang sudah ketinggalan zaman. Beliau menyatakan, "Projek ini akan membolehkan kita mempunyai sebuah sistem yang moden. Kami akan menghapuskan sistem yang telah disepadukan selama lebih 10 tahun yang mempunyai kekurangan dan masalah, dan hari ini kami akan mempunyai sebuah sistem yang bertaraf dunia [...] yang akan membolehkan kami, bukan sahaja menyediakan kebolehkesanan, tetapi juga menggunakan kecerdasan buatan untuk mengurus import dan eksport di negara ini."

Sistem Kastam digital ini akan mengendalikan pelbagai operasi perdagangan, termasuk manifes, pengisytiharan import dan eksport serta kebolehkesanan kargo yang ditetapkan untuk beroperasi sepenuhnya pada bulan November tahun depan. Kontrak tersebut telah ditandatangani dengan PBS CR-Webb Fontaine Consortium, sebuah kerjasama antara PBS CR dengan Webb Fontaine.

Alioune Ciss, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Webb Fontaine menyampaikan keterujaan beliau yang mendalam dengan menyatakan, "Mengetuai projek ini merupakan satu penghormatan yang amat sejajar dengan misi kami bagi memajukan kecekapan dan ketelusan kutipan duti kastam. Ini bukan sekadar kontrak; ia merupakan komitmen untuk memperkasakan pertumbuhan ekonomi Costa Rica dengan memperkemas dan mendigitalkan operasi Kastam. Kami berdedikasi untuk memanfaatkan teknologi kami yang canggih yang merangkumi Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesinbagi menetapkan piawaian baharu kecemerlangan Kastam.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2147638/4150314/Webb_Fontaine_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Webb Fontaine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts New products/services Artificial Intelligence