omniture

Pihak Berkepentingan Capai Persetujuan dan Kebolehserahan Menuju Forum Air Sedunia ke-10 2024

Secretariat of the 10th World Water Forum
2023-10-20 01:35 47

BALI, Indonesia, 20 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Perundingan Pihak Berkepentingan (SCM) kali ke-2 bagi Forum Air Sedunia ke-10 telahpun diadakan dengan jayanya di Bali, Indonesia pada 12–13 Oktober 2023. Perjanjian dan cadangan telahpun dihasilkan dan akan dimuktamadkan di Forum Air Sedunia ke-10 dalam tahun 2024.

Opening Ceremony of the 2nd Stakeholders Consultation Meeting
Opening Ceremony of the 2nd Stakeholders Consultation Meeting

Mesyuarat tersebut membawakan 1,094 pihak berkepentingan dari 73 negara yang terdiri daripada ketua negara, kerajaan pusat, pihak berkuasa tempatan, parlimen, organisasi serta komuniti.

Sepanjang dua hari berlangsungnya SCM ke-2 itu, pihak berkepentingan membangunkan konsep dan meneliti Sub-tema, Topik, Keutamaan Serantau bagi Proses Tematik dan Serantau.

Proses Politik membenarkan penglibatan pemimpin-pemimpin daripada pelbagai peringkat pembuat keputusan bermula daripada Ketua Negara, Menteri, Ahli Parlimen, Pihak Berkuasa Lembangan hinggalah Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap organisasi penyelaras untuk proses Politik masing-masing berkongsi hasil yang diharapkan dan hala tuju tentatif.

Di samping itu, perjanjian kerjasama dengan pihak berkepentingan serantau (Institut Air Mediterranean, Forum Air Asia-Pasifik, Majlis Air Asia, Majlis Menteri Afrika mengenai Air) turut ditandatangani dengan jayanya, memanifestasikan komitmen yang teguh untuk menerima dimensi serantau dan mengenal pasti cabaran serta penyelesaian yang berbeza dalam pengurusan air merentas Mediterranean, Asia Pasifik, Afrika dan Amerika.

Naib Presiden Majlis Air Sedunia (WWC) Eric Tardieu berkata bahawa subjek-subjek baharu menjadi lebih penting semasa perbincangan selama dua hari itu termasuk iklim, air, tenaga, makanan, ekosistem dan hubungan kesihatan, penyelesaian berasaskan alam semula jadi serta infrastruktur hijau, sekuriti air, integriti ekologi dan air pusingan.

"Kami turut mengakui keperluan terhadap penyepaduan isu dan penyelesaian yang lebih holistik seperti pembiayaan untuk infrastruktur air, kebingkasan air dan sekuriti air, keadilan dan keterangkuman sosial dalam pengurusan air, penglibatan pihak berkepentingan serta penyertaan orang awam dalam perancangan dan juga kepentingan data untuk menyokong dasar air berasaskan bukti dan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai secara keseluruhan," tambah beliau.

Kursi Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Forum Air Sedunia ke-10 Mohammad Zainal Fatah menambah, para peserta menghuraikan tentang isu serta cabaran dalam rangka kerja enam proses tematik termasuk Sekuriti dan Kemakmuran Air, Air untuk Manusia dan Alam Semula Jadi, Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana, Tadbir Urus, Kerjasama dan Hidro-diplomasi, Pembiayaan Air Lestari serta Ilmu dan Inovasi.

"Kami mengharapkan satu kolaborasi yang berterusan bagi memastikan agar Forum Air Sedunia ke-10 dalam tahun 2024 akan menghasilkan kebolehserahan yang lebih kukuh dan menjamin komitmen politik demi pengurusan air lestari," beliau menyimpulkan.

Individu untuk Dihubungi:

Sekretariat Forum Air Sedunia ke-10

media@worldwaterforum.org 

Dokumentasi:

https://drive.google.com/drive/folders/1c9sGdh8PLuI-ao9HwbZIQxTIRogg0y_H?usp=sharing

Source: Secretariat of the 10th World Water Forum
Keywords: Utilities Water Utilities Conservation/Recycling Environmental Issues