- Bola gergasi berputar pertama sebagai pusat hiburan di Rio de Janeiro
RIO DE JANEIRO, 11 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pusat hiburan pertama di dunia khusus untuk bola sepak akan dibina di Rio de Janeiro, yang mempunyai bentuk bola besar dan sentiasa berputar, dengan menukar bentuknya.
Untuk melihat aset multimedia yang dikaitkan dengan siaran media ini, sila klik pada: http://www.multivu.com/mnr/7271551-dynamic-football-experience-first-rotating-entertainment-centre
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140711/126242
Bangunan berbentuk sfera ini adalah setinggi 50 meter, dengan 9 tingkat yang berputar secara berasingan ke arah bertentangan, dengan kelajuan yang berubah, mewujudkan suasana tersendiri kepada bangunan tersebut.
Syarikat Dynamic Football Experience, dan Navalmare Group, telah melancarkan projek tersebut hari ini, dan mengumumkan mereka berhasrat untuk membina bangunan pertama yang tersendiri ini di Ibu Kota Bola Sepak Dunia. Proses pembinaan bangunan ini akan dimulakan selepas Piala Dunia FIFA.
Ini merupakan versi Bola Sepak Dynamic Architecture, dicipta oleh arkitek Florentine, Dr. David Fisher, yang dikenali sebagai "Bapa Dynamic Architecture", diterbitkan hari ini buat julung kalinya.
Bangunan ini terdiri daripada muzium bola sepak interaktif sepenuhnya dan tingkat khusus untuk permainan bola sepak maya dan dengan realiti tambahan. Menerusi sistem hologram yang dibangunkan pada asalnya dengan teknologi NASA, para pengunjung dapat bermain bersebelahan Pele dan Neymar bagi menjaringkan gol yang diidamkan…
Satu lagi tingkat pula akan menempatkan stadium maya, agar anda boleh duduk di hadapan skrin gergasi 360 darjah, seolah-olah anda berada di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid bagi menyaksikan perlawanan menentang Barcelona…dalam masa sebenar.
Tingkat lain pula terdiri daripada restoran dan kedai, kesemuanya khusus untuk bola sepak, gimnasium khas serta ruang pendidikan… Ruang yang benar-benar dihargai, impian setiap peminat bola sepak.
Model skala bola tersebut akan diperlihatkan pada akhir bulan ini, di salah satu bandar paling indah di Eropah, dihasilkan oleh DTM Modena, Itali, syarikat keluaran sampingan kejuruteraan angkasa bagi Ferrari.
Antara pembekal kejuruteraan dan teknologinya ialah WSP dari New York, syarikat gergasi Jerman, Bosch dan Siemens, Exergia Brasil, SGM – syarikat lampu LED Denmark serta Navalmare – pembina kapal dan juga stesen luar pesisir dari Itali, yang telah pun aktif di Brazil.
Dynamic Group, yang mempunyai hak antarabangsa bagi bangunan berputar, dan Navalmare, berhasrat untuk membina bola Dynamic ini di Itali dan membekalkannya ke sejumlah besar bandar di seluruh dunia.
Berikutan projek Rio, lebih banyak bola gergasi berputar ini akan dibina di London, New York, Madrid, Milan, Barcelona, Jakarta dan beberapa bandar lain. Ini dilakukan bagi menyediakan pengalaman bola sepak "sepanjang masa" untuk para peminat.
Dynamic Architecture
London: +44(0) 7540 729 626
Florence: +39 055 677 919
Telefon Bimbit: +39 339 505 8864
E-mel: l.imperiali@dynamic-football.net
www.dynamic-football.net