BEIJING, 14 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Ekspo Barang Mainan China & Ekspo Kanak-kanak China, pameran antarabangsa terbesar bagi barang mainan dan produk bayi di tanah besar China, menawarkan penginapan hotel percuma untuk 20 pembeli yang telah membuat pra-pendaftaran sebelum 10 Ogos 2014. Setiap pembeli bertuah akan ditawarkan penginapan percuma selama 3 malam di hotel antarabangsa lima bintang berhampiran tempat pameran. Para pengunjung antarabangsa kini boleh membuat pra-pendaftaran secara dalam talian untuk cabutan bertuah tersebut.
Sila daftar untuk mendapat peluang memenangi penginapan hotel secara percuma menerusi pautan di bawah. Senarai pembeli bertuah akan dikeluarkan pada pertengahan Ogos ini. Kesemua pengunjung yang membuat pra-pendaftaran akan dapat menikmati kelebihan capaian pantas, lencana kemasukan percuma, kemas kini melalui e-mel secara berkala untuk produk baharu, pengeluar berkualiti dan banyak lagi.
Ekspo Barang Mainan China: http://system.china-toy-expo.com/2014/visitor/prereg.asp
Ekspo Kanak-kanak China: http://system.china-kids-expo.com/2014/babycarrier/visitor/prereg.asp
Ekspo Barang Mainan China dan Ekspo Kanak-kanak China 2014 akan berlangsung serentak pada 14 hingga 16 Oktober serta dijangka boleh memuatkan 1,300 pengunjung (kebanyakannya terdiri daripada pengeluar berkualiti dari China), dengan 10 dewan dan juga tapak pameran seluas 100,000 meter persegi.
Kilang besar, sederhana dan kecil di China yang mengkhusus dalam pelbagai jenis barang mainan, seperti anak patung, mainan lembut, barangan elektronik untuk kanak-kanak, model hobi, barangan prasekolah, peralatan taman permainan, barangan perayaan, dan sebagainya turut terlibat dalam ekspo barang mainan tersebut, yang merupakan ekspo terbesar di tanah besar China dan yang ke-3 terbesar di dunia. Pameran produk bayi, pameran kereta sorong bayi & kereta tunggang bayi serta tempat duduk kereta bayi, turut mempamerkan pelbagai barangan untuk bayi termasuklah katil bayi & perabot bayi, produk makanan, pakaian bayi dan banyak lagi.
Pameran tersebut dianjurkan oleh Persatuan Barang Mainan & Produk Kanak-kanak China (CTJPA) setiap Oktober di Shanghai (Ekspo Kanak-kanak China dianjurkan bersama Kolenmesse). Seramai 73,670 pengunjung dari 114 negara dan wilayah serta 1,102 peserta pameran global telah mengambil bahagian dalam pameran tahun lalu.
Hubungi Kent Luo melalui luoliping@tjpa-china.org atau layari http://www.china-toy-expo.com/en/ dan http://www.china-kids-expo.com/magen/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.