![]() |
laluan mengikut arah lawan jam, berhenti di Turin dan melalui Genoa menjadi cabaran bagi perlumbaan kali ke-42 ini
BRESCIA, Itali, 22 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Setiap tahun, 1000 Miglia melakukan beberapa kejutan. Laluan melalui Genoa, dengan pemandangan pelabuhan dan perarakan di sepanjang pinggir laut, akan menjadi kebaharuan mutlak bagi edisi yang akan datang. Perlumbaan selama lima hari pada bulan Jun nanti telah disahkan, di mana lebih daripada 400 buah kereta akan melintasi tujuh wilayah Itali yang bergerak mengikut arah lawan jam, seperti yang dilakukan pada tahun 2021.
Selepas bermula di Brescia pada petang Selasa, 11 Jun, dan melalui Bergamo, Novara dan Vercelli, pusingan pertama tersebut akan berakhir di Turin.
Pada hari kedua, dari Turin, konvoi tersebut akan menuju ke arah selatan, melalui Langhe dan melalui bahagian tengah Alba sebelum menuju ke Genoa, Ibu Kota Sukan Eropah 2024 untuk acara makan tengah hari perlumbaan yang pertama. Selepas makan tengah hari, perlumbaan tersebut akan meninggalkan Riviera di Levante untuk menuju ke pantai Tyrrhenian, di mana ia akan sampai ke Viareggio, iaitu tapak ketibaan bagi hari kedua perlumbaan.
Perjalanan menuju ke Rom akan menandakan bermulanya pusingan ketiga, yang pada mulanya akan menyaksikan lencongan ke kawasan pedalaman Tuscan dengan laluan yang melalui Lucca, sebelum kembali ke kawasan pantai di Livorno dan meneruskan perjalanan sehingga waktu rehat makan tengah hari di Castiglione della Pescaia. Pada sebelah petang, dengan melalui Grosseto, memasuki Lazio dan menuruni laluan di sepanjang Tasik Bolsena, hari tersebut akan berakhir dengan perarakan di Via Veneto.
Selepas sampai ke titik separuh perjalanan di Rom, pada hari keempat, kru pertandingan akan memandu ke Orvieto sebelum berhenti untuk makan tengah hari di Solomeo, sebuah perkampungan dengan ciri-ciri zaman pertengahan yang terletak di bukit Umbria, di mana mereka akan bertolak semula menuju ke Siena dan Prato. Sebelum sampai ke pusingan akhir di Bologna, pemandu dan pemandu arah akan melintasi laluan Futa dan Raticosa. Dari Bologna, pusingan terakhir tersebut akan merangkumi Ferrara dan Mantua, dan sekali lagi akan melalui Tasik Garda dengan Valtenesi dan Salò sebelum perarakan klasik diadakan di Viale Venezia di Brescia.
Untuk menyertai 1000 Miglia, kereta anda mestilah mempunyai atau telah memohon sijil daripada Registro 1000 Miglia.
Senarai kereta yang layak https://www.registro1000miglia.it/requirements
Ferrari Tribute, 1000 Miglia Green, Kereta Pandu Sendiri (Self-drive Car) dan Kereta Badan Amal (Charity Car) akan mendahului pertandingan kereta bersejarah ini.
Penyertaan adalah mulai 7 November, maklumat boleh didapati di 1000miglia.it.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2253300/Mille_Miglia.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1761166/4353796/1000_Miglia_Logo.jpg?p=medium600