omniture

Yili Group Menang Dua Anugerah Inovasi Tenusu IDF

Yili Group
2023-10-23 16:11 43

CHICAGO, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Tenusu IDF (IDF Dairy Innovation) telahpun diumumkan secara rasmi di Sidang Kemuncak Tenusu Dunia 2023 yang diadakan mulai 16 hingga 19 Oktober di Chicago. Yili Group merupakan satu-satunya syarikat tenusu global yang diberi penghormatan dengan dua Anugerah Inovasi Tenusu IDF. Anugerah-anugerah ini memberi pengiktirafan kepada Yili atas pencapaiannya yang cemerlang dalam inovasi tenusu dan produk lestari.

The IDF Dairy Innovation Awards Ceremony
The IDF Dairy Innovation Awards Ceremony

Kempen "Mengisytiharkan Sayang Anda kepada Bumi Dengan Tindakan-Pembungkusan Mesra Alam SATINE Tanpa Dakwat atau Cetakan" ("Declaring Your Love to the Earth with Actions-SATINE Environmentally Sustainable Packaging with No Ink or Printing") Yili memenangi anugerah "Inovasi dalam Pembungkusan Lestari". Setiap kotak direka bentuk berwarna putih tulen tanpa cetakan dakwat tradisional, dengan hanya maklumat produk yang diperlukan dicetak dengan laser. Dengan penutup diperbuat daripada tebu dan kotak luar dibuat dengan bekas susu kitar semula, kira-kira 260kg plastik boleh dijimatkan untuk mengeluarkan setiap 100,000 kotak luar, yang dapat mengurangkan dengan banyak penggunaan bahan mentah dan membantu Yili menerajui jalan ke arah pembangunan lestari industri ini. Richard Walton, seorang ahli panel penilai anugerah berkata, "Inovasi dan aspek-aspek kelestarian yang dibawakan oleh Yili ke pasaran pada hari ini adalah amat mengagumkan. Terutamanya pada pembungkusan, ia merupakan bungkusan yang cantik, tanpa dakwat dan lebih mengagumkan, ia juga boleh dikitar semula."

"Lolipop Keju Ambien" ("Ambient Cheese Lollipop") Yili juga mencapai kejayaan dengan memenangi anugerah "Inovasi dalam Pembangunan Produk Baharu dengan Fokus pada Keselamatan Makanan dan Pemakanan Pengguna." Dengan menambah bifidobacterium lactis BL-99 ke dalam produk itu, Yili telah melancarkan kategori baharu iaitu lollipop keju kanak-kanak yang boleh disimpan pada suhu bilik, lalu dapat mengatasi batasan logistik rantaian sejuk tradisional dan jualan suhu rendah dalam pasaran. "Lolipop keju ambien merupakan satu idea hebat yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. Ia sangat bagus dan memberi khasiat kepada orang ramai. Inovasi ambien adalah luar biasa kerana kini anda boleh membawa kebaikan produk tenusu, malah probiotik ke kawasan-kawasan yang tidak tersedia sebelum ini," tambah Richard Walton.

Aliran pencapaian yang berterusan dalam inovasi disokong oleh rangkaian inovasi global Yili. Setakat ini, Yili telah menubuhkan 15 pusat inovasi di peringkat global, melancarkan usaha kolaboratif dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif makanan sihat bersama rakan-rakan kongsinya dan menjalin kerjasama berkaitan inovasi bersama kolej dan universiti luar negara, institusi penyelidikan saintifik dan rakan kongsi termasuk International Life Sciences Institute, Wageningen University & Research di Belanda, University of Lincoln di New Zealand, Technical University of Munich di Jerman dan University of Cambridge di U.K., serta institusi pengajian tinggi domestik seperti Peking University, China Agricultural University, Sichuan University dan Jiangnan University, dengan tujuan untuk mengumpulkan ilmu pengetahuan untuk inovasi tenusu dari seluruh dunia dan memudahkan kerjasama berhubung inovasi dalam seluruh rantaian industri.

Yili telahpun komited untuk mengambil pendekatan berpusatkan pengguna, mencipta penemuan ulung dan membangunkan kelebihan yang kompetitif dalam teknologi teras bagi menjadikan produk sihat sesuai untuk semua kumpulan individu, semua senario pengambilan dan kitaran hayat penuh.

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail Awards New products/services Trade show news