omniture

Infosys Mengumumkan Keputusan untuk Suku Tahun Berakhir 30 Jun 2014

Infosys Ltd
2014-07-14 21:15 195

BANGALORE, India, 14 Julai 2014 /PRNewswire/ --

Pertumbuhan hasil suku tahun pertama pada 7.1 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dalam mata wang USD;

Pendapatan per syer suku tahun pertama pada $ 0.84; pertumbuhan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya sebanyak 15.1 peratus; 

Hasil tahun kewangan 2015 dijangka akan meningkat sebanyak 7 - 9 peratus dalam mata wang USD

Sorotan Kewangan

Hasil disatukan di bawah Standard Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2014

Suku tahun berakhir 30 Jun 2014

  • Hasil sebanyak $ 2,133 juta untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2014
    Pertumbuhan berbanding suku sama tahun sebelumnya 2.0 peratus
    Pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya 7.1 peratus
  • Keuntungan bersih sebanyak $ 482 juta untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2014
    Pertumbuhan berbanding suku sama tahun sebelumnya (1.0 peratus)
    Pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya 15.3 peratus
  • Pendapatan per syer (EPS) sebanyak $ 0.84 untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2014
    Pertumbuhan berbanding suku sama tahun sebelumnya (1.2 peratus)
    Pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya 15.1 peratus
  • Aset cair termasuk tunai dan yang bersamaan dengan tunai, aset kewangan sedia untuk dijual, sijil deposit serta bon kerajaan bernilai $ 4,943 juta setakat 30 Jun 2014 jika dibandingkan dengan $ 5,048 juta setakat 31 Mac 2014

Sorotan Lain 

Infosys serta syarikat subsidiarinya

  • Menambah 61 klien sepanjang suku tahun itu
  • Menambah 11,506 kakitangan (kasar) sepanjang suku tahun itu

161,284 kakitangan setakat 30 Jun 2014 untuk Infosys serta syarikat subsidiarinya

"Kami masih memegang keyakinan klien kami dengan menunjukkan kemampuan pelaksanaan serta realisasi nilai yang hebat," kata S. D. Shibulal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Sambil saya menyerahkan obor Ketua Pegawai Eksekutif kepada Vishal, saya yakin beliau akan memanfaatkan kelebihan asas yang mantap ini untuk membawa Infosys ke tahap yang lebih tinggi. Saya ucapkan semoga beliau berjaya dengan cemerlang."

"Kami perhatikan arah aliran positif dalam kejayaan kami mendapat kontrak yang besar sewaktu suku tahun ini. Kami percaya momentum ini akan berguna sambil kami bertumpu pada bilangan yang semakin meningkat," kata U. B. Pravin Rao, Ketua Pegawai Pengendalian. "Kadar keciciran kakitangan merisaukan dan kami melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengekalkan bakat yang bagus."

"Kami memperbaiki prestasi pengendalian sebagai hasil inisiatif pengoptimuman kos kami dan tumpuan terhadap meningkatkan produktiviti dan penggunaan. Ini akan mengimbangi sebahagian daripada impak peningkatan pampasan untuk para kakitangan kami pada suku tahun ini," kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Ini akan membantu kami melabur dalam bidang yang akan mempercepat pertumbuhan."

Ramalan*

Ramalan syarikat ini (disatukan) bagi tahun fiskal yang berakhir 31 Mac 2015, di bawah IFRS adalah seperti berikut:

  • Hasil dijangka akan meningkat 7 - 9 peratus

Sorotan Perniagaan

  • Kami bekerjasama dengan peneraju automotif global bagi mereka bentuk konsep baharu dalam kesedaran pemandu dan telematik keselamatan. Prinsip teras bukti konsep adalah untuk mengurangkan kelalaian pemandu, mengurus beban pemandu dan turut membenarkan penumpang membolehkan pemandu dengan kemampuan pengemudian dalam talian
  • Kami telah melancarkan versi berasaskan awan untuk penyelesaian Pengurusan Bekalan Percubaan Klinikal kami bagi membantu syarikat sains hayat meningkatkan kecekapan proses percubaan klinikal dan turut memacu kolaborasi lebih hebat antara syarikat farmaseutikal dan organisasi penyelidikan kontrak
  • Perkhidmatan perundingan kami terus memberikan penyelesaian inovatif untuk para klien kami. Syarikat insurans ulung telah melibatkan kami untuk membangunkan app telefon pintar yang membenarkan ibu bapa menetapkan persetujuan pemanduan berasaskan app yang ringkas dengan anak remaja mereka yang memandu. App itu membantu menetapkan kawasan, tempoh dan sepantas mana remaja itu boleh memandu dan pemandu remaja itu boleh mengumpul mata "batu selamat" yang kemudiannya boleh ditebus untuk ganjaran
  • Kami terus mencapai kemajuan yang signifikan dalam usaha kami untuk mempercepat perubahan digital klien kami. Perniagaan Awan dan Data Besar kami telah melaksanakan lebih 260 penglibatan setakat ini dan telah berjaya mendapat lebih 20 persetujuan penglibatan baharu dalam suku tahun lepas ini
  • Kami dilibatkan oleh syarikat farmaseutikal ulung bagi membangunkan app Android B2C (Perniagaan ke Pengguna) untuk mempromosikan inisiatif anti-nikotin mereka. Pembangun yang menerajui untuk permainan video telah bekerjasama dengan kami untuk mereka bentuk, membina serta mengekalkan platform untuk permainan mudah alih yang memberikan pemain pengalaman terhubung yang disepadukan dengan platform perangkaian sosial
  • Finacle™ mengekalkan momentum pertumbuhan mereka dengan 9 kontrak baharu dan 13 pelancaran rasmi seluruh dunia. Eastern Bank, bank yang dimiliki bersama yang terbesar dan tertua di Amerika Syarikat, telah memilih penyelesaian e-perbankan, perbankan mudah alih serta pemberitahuan perusahaan Finacle bagi memudahkan perbankan untuk para pelanggan mereka dan untuk memacu pertumbuhan. FONDEP, salah satu institusi kewangan mikro yang menerajui di Maghribi, telah memilih Infosys Finacle untuk program perubahan perbankan teras strategik mereka
  • Infosys Public Services Inc. telah dilibatkan bagi memperbaiki perkhidmatan ahli untuk pelan National Medicaid dan Medicare Plan dan mengurangkan kos pengendalian dengan merasionalkan landskap teknologi mereka. Kami hijrahkan sistem pentadbiran Medicare Advantage mereka ke platform TriZetto FACETS™ dalam model kapasiti terurus
  • Perniagaan platform dan produk kami telah menyaksikan daya tarikan yang bagus sepanjang suku tahun ini. Syarikat perkhidmatan kewangan multinasional besar yang bertapak di Eropah, kini membuka pintunya untuk pengguna digital, dan telah memilih BrandEdge untuk menilai semula strategi pertumbuhan mereka. Syarikat perdagangan pakaian dan aksesori sukan yang menerajui di India telah memilih InteractEdge untuk mereka bentuk dan turut melancarkan laman web e-Dagang saluran omni yang pertama di negara itu
  • Kami membuat permohonan untuk 5 paten tersendiri, di India dan di AS, sewaktu suku tahun keempat, menambah kepada jumlah sebanyak 523 permohonan paten tersendiri dalam pelbagai peringkat pelaksanaan paten di India, AS dan juga bidang kuasa lain. Setakat ini kami telah mendapat kelulusan 177 paten oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat, 3 paten oleh Pejabat Paten Luxembourg serta 1 paten oleh Pejabat Paten Australia

Anugerah dan Pengiktirafan

  • Dewan Perdagangan Indo-Amerika telah mengiktiraf Infosys untuk Kecemerlangan dalam Inovasi dan Kecemerlangan Alam Sekitar, Kesihatan & Keselamatan
  • Infosys Public Services memenangi pengiktirafan 'Kontraktor Kerajaan Terhebat' pada 24 Jun 2014 semasa 'Anugerah Tiket Panas' tahunan ke-13 Majlis Teknologi Virginia Utara (NVTC) kerana membangunkan penyelesaian inovatif untuk membantu kerajaan
  • Infosys Public Services telah diperingkatkan pada kedudukan ke-16 dalam senarai 100 Informatik Penjagaan Kesihatan 2014 dan dalam kedudukan 20 teratas untuk tiga tahun berturut-turut, berdasarkan hasil daripada produk dan perkhidmatan IT penjagaan kesihatan
  • Infosys telah diiktiraf sebagai pemenang dalam pertandingan Simulasi Realiti 2014 yang dianjurkan oleh MSC Software. Pasukan pemenang daripada Infosys telah menggunakan teknologi simulasi MSC untuk mendiagnosis osteoporosis dengan lebih baik dan turut mengkuantitikan risiko kepatahan tulang dengan tepat
  • Infosys telah diiktiraf sebagai pemain utama dalam menyediakan perkhidmatan profesional kepada Industri Minyak dan Gas oleh IDC Energy Insights
  • Sewaktu suku tahun itu, Infosys Finacle™ telah memenangi lima anugerah kecemerlangan perbankan antarabangsa dengan perkongsian bersama kliennya semasa Anugerah Pengurus Bank Asia 2014 tahunan. Ini termasuklah dua anugerah setiap satu untuk perbankan teras dan pelaksanaan penyelesaian saluran, dan satu anugerah untuk pelaksanaan pengurusan perbendaharaan
  • Infosys BPO telah memenangi Anugerah Latihan Kebangsaan Merak Emas 2014. Ia juga diisytiharkan sebagai pemenang di Institusi Kebangsaan untuk Anugerah Kualiti dan Keandalan di India
  • Infosys BPO dan Procter & Gamble bersama telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Penyumberan Luar 2014
  • Infosys menggondol empat anugerah semasa Anugerah Pilihan Juruanalisis KCG

Latar belakang Infosys Ltd 

Infosys ialah peneraju global dalam penyelesaian perundingan, teknologi serta penyumberan luar. Kami membolehkan klien, di lebih 30 negara, untuk berada selangkah di hadapan arah aliran perniagaan baru muncul dan mengatasi persaingan. Kami membantu mereka berubah dan berjaya dalam dunia yang kian berubah dengan mencipta bersama penyelesaian pemecah kebiasaan yang menggabungkan maklumat strategik dan kecemerlangan pelaksanaan.

Sila layari http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak US$ 8.25 bilion dan lebih 160,000 kakitangan, sedang menghidupkan cogan kata Building Tomorrow's Enterprise® hari ini.

Kenyataan Perlindungan Selamat 

Beberapa kenyataan dalam siaran ini tentang prospek pertumbuhan masa hadapan kami ialah kenyataan pandang ke hadapan berkenaan jangkaan perniagaan masa hadapan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'kenyataan perlindungan selamat' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, yang melibatkan sebilangan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan turun naik dalam pendapatan, turun naik dalam kadar tukaran mata wang asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk beberapa faktor yang mungkin akan menjejaskan kelebihan kos kami, kenaikan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkemahiran tinggi, limpahan masa dan kos untuk kontrak harga tetap dan rangka masa tetap, kepadatan klien, pengehadan ke atas imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus pengendalian antarabangsa kami, penurunan permintaan bagi teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk melengkapkan dan turut menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan jayanya, liabiliti untuk kerugian dalam kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang mendapat pelaburan strategik oleh Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, larangan undang-undang bagi mengumpul modal atau membeli syarikat di luar India, serta penggunaan harta intelek kami yang tidak dibenarkan dan keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan ke atas industri kami. Risiko tambahan yang boleh memberi kesan kepada keputusan pengendalian masa hadapan kami digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami dalam Borang 20-F bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2014 dan pada Borang 6-K bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013. Semua pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys boleh membuat kenyataan bertulis dan lisan tambahan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami kepada para pemegang saham. Tambahan lagi, sila ambil maklum tarikh siaran akhbar ini telah dinyatakan pada awal siaran ini, manakala sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung di dalam ini pula adalah berdasarkan anggapan yang kami percaya adalah munasabah setakat tarikh yang tercatat itu. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin akan dibuat dari masa ke masa oleh atau bagi pihak syarikat ini kecuali diperlukan oleh undang-undang.

Infosys Limited dan syarikat subsidiari

Kunci Kira-kira Disatukan Ringkas Tidak Diaudit setakat

(Dalam juta dolar kecuali data syer)



30 Jun 2014

31 Mac 2014

ASET



Aset semasa



Tunai dan kesamaan tunai

4,164

4,331

Aset kewangan sedia untuk dijual

467

367

Pelaburan dalam sijil deposit

97

143

Kebolehterimaan dagangan 

1,524

1,394

Hasil belum dibil 

493

469

Alat kewangan terbitan 

16

36

Prabayaran dan aset semasa lain 

483

440

Jumlah aset semasa 

7,244

7,180

Aset bukan semasa



Harta tanah, loji, peralatan 

1,354

1,316

Muhibah 

359

360

Aset tidak ketara 

54

57

Aset kewangan sedia untuk dijual 

216

208

Aset cukai pendapatan tertangguh 

109

110

Aset cukai pendapatan 

252

254

Aset bukan semasa lain 

37

37

Jumlah aset bukan semasa 

2,381

2,342

Jumlah aset 

9,625

9,522

LIABILITI DAN EKUITI



Liabiliti semasa



Kebolehterimaan dagangan

17

29

Liabiliti cukai pendapatan semasa 

441

365

Deposit klien 

7

6

Hasil tidak terperoleh 

143

110

Kewajipan faedah kakitangan 

175

159

Peruntukan 

62

63

Liabiliti semasa lain 

811

792

Jumlah liabiliti semasa 

1,656

1,524

Liabiliti bukan semasa



Liabiliti cukai pendapatan tertangguh

10

11

Liabiliti bukan semasa lain

59

54

Jumlah liabiliti 

1,725

1,589

Ekuiti



Modal syer- `5 ($0.16) nilai tara 600,000,000 syer ekuiti diluluskan, dikeluarkan dan diterbitkan 571,402,566 setiap satu, nilai bersih 2,833,600 syer perbendaharaan setiap satu setakat 30 Jun 2014 dan 31 Mac 2014,masing-masing

64

64

Premium syer 

704

704

Perolehan dikekalkan 

8,895

8,892

Komponen ekuiti lain

(1,763)

(1,727)

Jumlah ekuiti usaha pemegang ekuiti syarikat

7,900

7,933

Kepentingan bukan mengawal 

-

-

Jumlah ekuiti

7,900

7,933

Jumlah liabiliti dan ekuiti 

9,625

9,522

 

Infosys Limited dan syarikat subsidiari

Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Disatukan Ringkas yang Tidak Diaudit

(Dalam juta dolar kecuali data syer dan data syer per ekuiti)



Tiga bulan berakhir
30 Jun 2014 

Tiga bulan berakhir
30 Jun 2013

Hasil 

2,133

1,991

Kos jualan

1,344

1,296

Untung kasar 

789

695

Perbelanjaan pengendalian:



Perbelanjaan jualan dan pemasaran

111

103

Perbelanjaan pentadbiran 

142

124

Jumlah perbelanjaan pengendalian 

253

227

Keuntungan pengendalian 

536

468

Pendapatan lain, bersih 

139

103

Untung sebelum cukai pendapatan 

675

571

Perbelanjaan cukai pendapatan 

193

153

Untung bersih lain 

482

418

Pendapatan menyeluruh lain



Item yang tidak akan diklasifikasikan semula sebagai keuntungan atau kerugian:



Pengukuran semula liabiliti/(aset) faedah yang ditakrif bersih 

(3)

1




Item yang mungkin akan diklasifikasikan semula berikutan ini sebagai keuntungan atau kerugian:



Perubahan nilai adil untuk aset kewangan sedia terjual 

3

-

Perbezaan pertukaran untuk penterjemahan pengendalian asing 

(36)

(619)

Jumlah pendapatan menyeluruh lain, bersih cukai

(36)

(618)

Jumlah pendapatan menyeluruh 

446

(200)

Keuntungan daripada usaha:



Pemilik syarikat 

482

418

Kepentingan bukan mengawal 

-

-


482

418

Jumlah pendapatan menyeluruh daripada usaha:



Pemilik syarikat

446

(200)

Kepentingan bukan mengawal 

-

-


446

(200)

Perolehan per syer ekuiti



Asas ($) 

0.84

0.73

Dicairkan ($) 

0.84

0.73

Syer ekuiti purata berpemberat yang digunakan dalam pendapatan pengkomputeran per syer ekuiti



Asas  

571,402,566

571,402,566

Dicairkan 

571,402,566

571,402,566

NOTA:

1.Kunci Kira-kira Disatukan Ringkas sementara dan Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Disatukan Ringkas sementara yang tidak diaudit bagi tiga bulan yang berakhir pada 30 Jun 2014 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 11 Julai 2014

2.Lampiran Fakta yang menyediakan metrik pengendalian syarikat boleh dimuat turun daripada http://www.infosys.com

Muat Turun 

Lampiran Fakta

Siaran Akhbar INR

Hubungi 

Perhubungan Pelabur
Sandeep Mahindroo
+91-80-3980-1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com

Perhubungan Media
Sarah Vanita Gideon, India
+91(80)4156-3373
Sarah_Gideon@Infosys.com

Tara Kozak-Lindsay,
Golin Harris untuk Infosys
+1(212)373-6020
TKozakLindsay@GolinHarris.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162

Source: Infosys Ltd
Related Stocks:
NYSE:INFY
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Awards Earnings Earnings projections or forecasts