omniture

Kemira Oyj Memperkukuh Kedudukan Kepimpinan Global Bahan Kimia Kertas dan Pulpa dengan Mengambil Alih Perniagaan Bahan Kimia Kertas AkzoNobel

Kemira (Asia) Co.,Ltd
2014-07-14 22:01 100

HELSINKI, Finland, 14 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Kemira telah mencapai persetujuan permulaan bagi mengambil alih perniagaan bahan kimia kertas global AkzoNobel. Pihak tersebut juga akan memeterai perjanjian pengedaran untuk perniagaan silika koloid AkzoNobel bagi tujuan pengekalan dan juga aplikasi saliran untuk industri kertas. Tarikh akhir urusniaga yang dicadangkan itu dijangka berlangsung pada suku pertama 2015 dan tertakluk kepada syarat penutupan lazim, termasuk penyiapan prosiding perundingan pekerja dan juga kelulusan daripada pihak berkuasa persaingan di negara tertentu. Nilai Perusahaan urusniaga bagi perniagaan bahan kimia kertas AkzoNobel adalah sebanyak EUR 153 juta.

Perniagaan bahan kimia kertas AkzoNobel melibatkan produk untuk pengekalan dan pensaizan, selain bahan kimia kertas lain termasuk produk penyalutan dan kekuatan basah. Pada tahun 2013, hasil pendapatan bagi perniagaan bahan kimia kertas yang dibeli adalah sebanyak EUR 243 juta (EMEA 40 peratus, Amerika 30 peratus serta APAC 30 peratus). Lebih 50 peratus hasil pendapatan tersebut berkaitan dengan gred papan pembungkusan. Operatif EBITDA bagi perniagaan yang dibeli pada tahun 2013 adalah sebanyak EUR 23 juta. Kemira menjangkakan sinergi tahunan melebihi EUR 15 juta menjelang akhir tahun 2016 menerusi pengambilalihan tersebut.

"Kemira merupakan peneraju global dalam pembangunan, kepakaran aplikasi dan pembekalan bahan kimia untuk industri pulpa dan kertas. Pengambilalihan ini merupakan langkah penting dalam melaksanakan strategi kemajuan kami dan ia dapat meningkatkan kedudukan kami dengan signifikan, terutamanya dalam industri pembungkusan dan papan, serta dapat mengukuhkan kedudukan kami di rantau Asia Pasifik. Ini turut memperlihatkan komitmen kami terhadap industri ini dengan mempelbagaikan tawaran kami kepada para pelanggan kami di serata dunia. Bahan kimia kertas AkzoNobel amat bersesuaian untuk Kemira dan kami meletakkan harapan untuk mencapai sinergi perniagaan teknologi dan kewangan yang signifikan," ujar Jari Rosendal, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kemira.

"Kami dengan bangganya mengumumkan persetujuan permulaan ini. Kemira merupakan pemain yang mantap dalam pasaran ini dan menerusi jualan perniagaan Bahan Kimia Kertas ini, kami akan meneruskan strategi kami untuk memberi tumpuan kepada kedudukan menerajui pasaran," ulas Ton Buchner, Ketua Pegawai Eksekutif AkzoNobel. "Penjualan pelaburan atau kepentingan perniagaan ini membolehkan perniagaan Bahan Kimia Pulpa dan Prestasi kami memberi tumpuan terhadap aktiviti utamanya."

Source: Kemira (Asia) Co.,Ltd
Related Links:
Keywords: Chemical Paper/Forest Products/Containers Acquisitions, mergers, takeovers