omniture

Penyedia rantaian bekalan berpacukan teknologi Inteluck umum AS$34 Juta dalam Pendanaan Siri C

Inteluck
2023-10-24 11:01 59

SINGAPURA, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Inteluck, penyedia penyelesaian rantaian bekalan berpacukan teknologi di Asia Tenggara, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penyempurnaan pusingan pendanaan Siri C, memperoleh pelaburan sebanyak AS$34 juta. Pusingan tersebut dipimpin oleh firma ekuiti persendirian berfokus Filipina Navegar dan disertai oleh pelabur sedia ada East Ventures, firma modal teroka (VC) yang terkemuka di Asia Tenggara. Favour Capital memberi khidmat nasihat kewangan yang eksklusif.

Inteluck, a technology-driven supply chain solution provider in Southeast Asia, maximises logistics efficiency by leveraging technology and data to create value for both customers and vendors.
Inteluck, a technology-driven supply chain solution provider in Southeast Asia, maximises logistics efficiency by leveraging technology and data to create value for both customers and vendors.

Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Kevin Zhang, penerima anugerah 'Forbes 30 under 30', Inteluck membina platform B2B digital yang menyediakan perkhidmatan rantaian bekalan berpacukan teknologi kepada perusahaan, mencakupi pengangkutan muatan lori penuh, pengurusan gudang, pengangkutan barang angkut antarabangsa, pengedaran serta penyelesaian rantaian bekalan tersuai.

Beribu pejabat di Singapura, Inteluck mewujudkan kedudukannya yang kukuh di Filipina, Thailand dan Vietnam. Dengan kemasukan modal baharu, Inteluck bersedia untuk mengembangkan jejak serantaunya, memperdalam kehadirannya dan memperkukuh keupayaannya.

Zhang membawakan pengalaman yang luas dalam rantaian bekalan logistik, teknologi IoT dan industri rentas sempadan B2B Asia Tenggara. Melengkapi kepimpinan Zhang, ahli-ahli pasukan teras datangnya daripada firma-firma peringkat tinggi, membawakan kepakaran penting kepada syarikat yang berkembang pantas ini.

Bagi perusahaan, tawaran unggul daripada Inteluck ialah penyelesaian rantaian bekalan sehenti dan komprehensif yang memberi akses kepada kumpulan besar yang terdiri daripada lebih 14,000 lori penghantar tersedia untuk ditempah atas-permintaan. Melalui platform tersebut, perusahaan boleh meluaskan liputan geografi mereka dengan mudah dalam seluruh rantaian bekalan, mengekalkan pengawasan penghantaran pada masa sebenar dan meningkatkan operasi secara fleksibel semasa tempoh permintaan tinggi.

Seterusnya, Inteluck secara asasnya dapat memperkasa tulang belakang industri trak Asia Tenggara yang terabai - pemandu trak bersaiz kecil hingga sederhana. Dengan mengintegrasikan bahagian ini ke dalam platformnya, Inteluck bukan sahaja dapat meningkatkan permintaan untuk perjalanan batu-pertama-hingga-pertengahan, tetapi juga meningkatkan penggunaan kumpulan pengangkutan dan memudahkan pembayaran yang lebih pantas.

Inteluck berasa bangga dapat menyediakan perkhidmatan rantaian bekalan kepada lebih 300 perusahaan antarabangsa dan tempatan yang terkenal daripada pelbagai industri, termasuk telekomunikasi, barangan pengguna bergerak pantas, pembuatan, e-dagang dan penghantaran ekspres.

"Sektor logistik Asia Tenggara, dianggarkan bernilai $300 bilion, sedang mengalami perubahan ketara, dengan pasaran baru muncul semakin berkembang pesat. Hari ini, ia bukan hanya tentang penghantaran; kini terdapat tumpuan tinggi pada kos, kualiti perkhidmatan dan reputasi pembekal. Inteluck berada di barisan hadapan perubahan ini, memanfaatkan data dan teknologi untuk memodenkan logistik B2B baik untuk sebelah-permintaan mahupun bekalan," jelas Zhang.

"Dengan menyediakan kepada perusahaan (permintaan) dengan akses kepada lebih banyak trak pada satu platform, berserta kelebihan seperti penghantaran lebih pantas, masa penghantaran yang lebih baik dan penentuan harga yang kompetitif, kami memperkasa mereka untuk memperkemas operasi dan mencapai penjimatan kos yang signifikan. Dalam masa yang sama, rangkaian pemandu trak kami (bekalan) mengalami peningkatan penggunaan serta keuntungan, lalu mewujudkan ekosistem yang saling menguntungkan untuk semua pihak berkepentingan," tegas beliau.

Nori Poblador, Rakan Pengurusan Navegar, menyatakan, "Tatkala industri ini berkembang daripada peningkatan perdagangan, penaiktarafan infrastruktur dan pembangunan sektor-sektor tradisional, Inteluck berkedudukan baik untuk mengatasi cabaran logistik B2B unik Filipina dan negara-negara jirannya. Kevin dan pasukannya mendapat sokongan penuh kami dalam bab pertumbuhan yang seterusnya ini."

"Pendekatan inovatif daripada Inteluck benar-benar sejajar dengan visi kami untuk mendorong inovasi yang membawakan produktiviti dan kecekapan melalui penyelesaian teknologi. Mereka memanfaatkan teknologi canggih dan platform berpacukan data bagi merevolusikan ekosistem rantaian bekalan dan memberi impak positif baik kepada pembekal mahupun pelanggan di rantau ini. Menerusi keupayaan pasukan mereka dan pertumbuhan yang konsisten, kami berasa amat teruja untuk meneruskan sokongan kami kepada Inteluck dengan menggandakan pelaburan kami," kata Roderick Purwana, Rakan Pengurusan di East Ventures.              

Latar Belakang Navegar

Navegar ialah firma ekuiti persendirian berpangkalan di Manila yang melaburkan modal dan meminjamkan kepakaran kepada syarikat-syarikat Filipina yang berkembang pantas, membantu mereka berkembang dan berjaya dalam persekitaran yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Ditubuhkan pada tahun 2013, firma ini memiliki aset bawah pengurusan sebanyak lebih AS$300 juta dan telah mengambil kepentingan yang penting dalam syarikat-syarikat, seperti TaskUs (NASDAQ: TASK), Intellicare, The Bistro Group, Royale Cold Storage, Great Deals E-commerce Corp. dan Dali Discount AG. Firma ini disokong oleh pelabur global, termasuk syarikat perkhidmatan kewangan besar dan juga institusi kewangan pembangunan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Navegar, sila kunjungi www.navegar.com.ph.

Latar Belakang East Ventures

East Ventures ialah sebuah firma modal teroka sektor-agnostik perintis dan terkemuka. Ditubuhkan pada tahun 2009, East Ventures telah berubah menjadi platform holistik yang menyediakan pelaburan pelbagai peringkat, bermula daripada pelaburan peringkat Benih kepada Pertumbuhan, untuk lebih 300 syarikat teknologi di seluruh Asia Tenggara. East Ventures dinamakan sebagai dana modal teroka (VC) berprestasi terunggul yang paling konsisten di peringkat global oleh Preqin dan pelabur yang paling aktif di SEA dan Indonesia oleh pelbagai media. Tambahan pula, East Ventures ialah firma modal teroka pertama di Indonesia yang menandatangani Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI), disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Source: Inteluck
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Venture Capital Supply Chain/Logistics